Assalammualaikum w.b.t.
"Wahai
sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertakwa. (21) Dialah
yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta
segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan
diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu
berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah
kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua
mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).(22)"
Sebab-sebab ALLAH melarang melakukan kerosakan
(a) Kerana perbuatan tersebut boleh membawa penderitaan kepada orang lain.
(b) Perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri.
(c) Kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang.
(d) Boleh menyebabkan masyarakat akan menjadi kucar kacir.
Contoh-contoh kerosakan
(a) Kerosakan ke atas diri sendiri
Contoh : Meminum arak, menagih dadah.
(b) Kerosakan ke atas orang lain
Contoh : Merompak, mencuri, membunuh.
(c) Kerosakan ke atas harta awam
Contoh : Merosakkan telepon awam, membuang sampah di merata tempat.
Pengajaran ayat 21-22 surah Al-Baqarah :
(a) ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang melampai batas.
(b) Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH.
(c) Segala kejadian dan kesempurnaan ciptaan ALLAH ini hendaklah dijaga.
(d) Kita perlu menjaga harta benda sendiri dan harta benda orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan