Isnin, 5 Ogos 2013

Berbakti kepada ibubapa dan masyarakat

Assalammualaikum w.b.t.

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. (83)"

Sikap anak-anak terhadap ibu bapa :
(a) menerima nasihat dan teguran.
(b) tidak menyakiti hati mereka.
(c) merendahkan suara apabila bercakap.
(d) menolong dan membantu menguruskan kerja-kerja di rumah.

Islam juga menyeru umatnya menjalinkan hubungan baik dengan anak yatim dan orang miskin, cara kita membantu anak yatim dan orang miskin.
(a) memberi perlindungan dan segala kelengkapan termasuk tempat tinggal.
(b) mengadakan kutipan derma sebagai sumbangan.
(c) memberi bantuan pendidikan yang sempurna.

Pengajaran ayat 83 :
(a) Orang yang beriman wajib menyembah ALLAH SWT.
(b) Kita juga diwajibkan mentaati perintah ibu bapa dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya.
(c) Hubungan baik sesama manusia hendaklah sentiasa dijaga terutama terhadap anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Kita hendaklah saling mendoakan kebahagiaan sesama manusia, tidak mengira keturunan atau kedudukan.

Tiada ulasan: