Selasa, 13 Ogos 2013

Mencontohi keadilan Zulkarnain

Assalammualaikum w.b.t.

Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (93) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? (94) Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (95) Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. (96) Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97)

Intisari ayat 93-97
(a) Bahawa sesungguhnya Zulkarnain itu hanya menyeksa (memerangi) kaum-kaum yang kafir terhadap ALLAH SWT.  Tetapi orang-orang yang beriman dan berbakti dibalasnya dengan kebajikan, sedang perintah-perintah yang disampaikan kepada mereka ialah perkara-perkara enteng sahaja (tidak berat)
(b) Zulkarnain ialah seorang pemerintah yang adil dan bijak.
(c) Perkara yang melambangkan kebijaksanaan beliau ialah dengan mendirikan tembok kebal untuk menyelamatkan rakyatnya daripada ancaman Yakjuj dan Makjuj yang mengancam kehidupan mereka.

Pengajaran ayat 93-97
(a) Pemerintah hendaklah menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.
(b) Rakyat perlu patuh kepada perintah pemerintah.
(c) Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat sangat penting untuk kebahagiaan hidup.
(d) Pemerintah yang adil, bijaksana dan beriman akan dihormati rakyat.
 
 

 

Tiada ulasan: