Jumaat, 9 Ogos 2013

Keagungan ALLAH SWT

Assalammualaikum w.b.t.

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)"

Manusia wajib mematuhi dan mengikuti segala peraturan dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
ALLAH SWT menetapkan alam ini berputar mengikut peraturan yang disediakan seperti pertukaran siang dan malam.  Setiap yang berlaku akan menurut ketetapan yang ditentukan oleh ALLAH SWT sebagai tanda keagungan ALLAH Taala.

Pengajaran Ayat 255
(a) Kewujudan ALLAH Maha Agung dan Maha Berkuasa.
(b) Bukti keagungan Tuhan dari segi akal ialah kewujudan alam ini dan seisinya, dari segi seisi peredaran dengan sempurna pasti ada pentadbir yang Maha Agung kuasanya.
(c) Memikirkan kejadian lama membolehkan kita meyakini keagungan ALLAH SWT.
(d) Kita hendaklah patuh pada perintah ALLAH SWT.


Tiada ulasan: