Khamis, 15 Ogos 2013

Peranan orang yang berilmu

Assalammualaikum w.b.t.

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (18)"

Pengajaran Ayat 18:
(a) Kita tidak boleh menyembah selain daripada ALLAH SWT.
(b) Nabi Muhammad SAW merupakan utusan ALLAH SWT untuk mengajar cara yang benar menyembah ALLAH SWT
(c) ALLAH SWT memberi petunjuk ke arah kebenaran kepada orang yang berilmu pengetahuan.
(d) Orang yang berilmu pengetahuan tinggi akan mudah menerima kebenaran agama Islam.
(e) ALLAH SWT menyediakan kedudukan yang istimewa kepada orang yang berpengetahuan tinggi.
(f) Islam menggalakkan penganutnya menuntut ilmu pengetahuan.

Peranan orang yang berilmu
(a) Dapat mempertahankan maruah agama bangsa daripada pencerobohan musuh.
(b) Memelihara umat Islam dari sebarang kemunduran dan kesesatan
(c) Dapat memajukan umat Islam dan diri sendiri.


Tiada ulasan: