Sabtu, 10 Ogos 2013

Mengharapkan keampunan ALLAH SWT

Assalammualaikum w.b.t.

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (284)"

Pengajaran Ayat 284 :
(a) Orang Islam mestilah memohon kepada ALLAH terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
(b) Kita bertanggungjawab terhadap semua perbuatan yang kita lakukan.
(c) Orang Islam hendaklah berusaha mengelak daripada melakukan kesalahan kecil dan besar.
(d) Melanggar perintah ALLAH SWT menjadi satu dosa dan kita perlulah memohon ampun daripadaNYA.
(e) ALLAH SWT akan mengampunkan orang yang dikehendakiNYA. Hak mengampunkan dosa hanya pada ALLAH SWT.

Ibadat-ibadat yang boleh mengampun dosa:
(a) Menunaikan ibadat solat dengan ikhlas dan sempurna.
(b) Sentiasa berdoa dan berzikir kepada ALLAH SWT.
(c) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti ibadat solat dan puasa sunat.

ALLAH SWT akan mengampunkan dosa hambanya yang benar-benar bertaubat di atas segala dosa yang dilakukan.

Tiada ulasan: