Rabu, 7 Ogos 2013

Doa dan kepentingan dalam kehidupan

Assalammualaikum w.b.t.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.(186)"

Hikmah berdoa kepada ALLAH SWT.
(a) Merapatkan hubungan kita sebagai hamba ALLAH SWT dengan ALLAH SWT.
(b) Merupakan ibadat yang membolehkan kita memperolehi pahala ke atas perbuatannya.
(c) Menjauhkan kita daripada perkara larangan ALLAH SWT

Pengajaran Ayat 186
(a) Umat Islam hendaklah berdoa memohon pertolongan daripada ALLAH untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.
(b) Manusia boleh berusaha, tetapi ALLAH yang menentukan.
(c) ALLAH akan memperkenankan doa orang-orang yang beriman.
(d) Mengerjakan perintah ALLAH dengan ikhlas dan berdoa untuk kebaikan menjadi tanggungjawab setiap mukmin.
 

Tiada ulasan: