AKUPUNTUR JARUM
Pengenalan Akupuntur
Akupuntur berasal daripada perkataan
Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk..
Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan
jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘
acupunture point ’.
Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah
digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti
orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China.
Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada
China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh
rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari
ini.
Sejarah juga ada membuktikan
bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan
sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja
China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang
ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000
SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis
di Beijing, China.
Rawatan Akupuntur
Akupuntur dikatakan salah satu kaedah
rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit
atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika
mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu
pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur .
Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang
terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat
memulihkan kulit seperti sedia kala.
Titik akupuntur mempunyai sifat
elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan
aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau
berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah
mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia
dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang
membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang
pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan
dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan .
Setiap pesakit ditusuk jarum dengan
frekuensi berbeza, dari sekali seminggu sampai tiga kali seminggu
menurut tingkat penyakit yang diderita. Idealnya, menurut Dr. Rizal,
seminggu tiga kali untuk semua penyakit. Kalau seminggu sekali kesannya
tidak begitu bagus. Tapi, kalau pesakit tidak banyak waktu, dapat
dilakukan seminggu dua kali. Bahkan kalau terpaksa, umpamanya untuk
pesakit luar kota atau pulau, terapi dapat dilakukan setiap hari untuk
mengurangi perbelanjaan tambang pengangkutan. “Hasilnya bagus juga.
Satu seri terapi sebanyak 12 kali
tindakan. Meski demikian kalau setelah tiga atau empat kali tindakan
hasilnya sudah bagus, terapi tidak perlu dilanjutkan. Pengubatan dengan
cara ini tidak harus sampai berurutan. “Ada yang baru sekali tusuk,
sudah sembuh. Itu kalau penyakitnya baru. Untuk penyakit yang degil,
boleh diterapi sehingga tiga kali.”
Jumlah jarum yang ditusukkan pada
setiap kali terapi berbeza-beza tergantung pada keperluan dan jenis
penyakitnya. Untuk sakit gastrik, cukup satu titik pada titik lambung.
Sedangkan untuk diabetes perlu penusukan titik-titik diabetes di
sepanjang tulang belakang. Banyaknya 6 – 8 titik. Namun, tak tertutup
kemungkinan adanya titik tambahan di kaki dan tangan untuk meningkatkan
daya tahan tubuh. “Pada prinsipnya dipilih titik utamanya dulu, baru
kemudian ditambah titik pendukungnya. Bahkan, bagi yang merasakan nyeri
di seluruh badan dapat ditusuk sampai 30 jarum.”
Dalam kes penurunan berat badan, si
pesakit ditusuk pada lima titik di telinga, yakni titik lapar, titik
metabolik, titik thyroid, titik lambung, dan titik hypothalamus. Dengan
tusukan itu, pesakit akan makan sesuai keperluan tubuhnya dan enzim ATP
(enzim pembakar kalori) dipengaruhi. Nafsu makan berlebihan dapat
ditekan sehingga keinginan nafsu makan berkurang dan rasa kenyang dapat
dipertahankan. Kesan diet seperti lesu dan lemas diatasi dengan
penusukan pada titik lambung dan tiroid. Meski sedang menjalani terapi,
pesakit dianjurkan tetap diet dan olahraga. Pada anak-anak disarankan
menghindari makanan ringan dan coklat.
Pada penderita penyakit jantung
koroner, terapi akupunktur dapat memperbaiki energi pada organ jantung,
juga meridian sekitar jantung sehingga rasa sakit akibat penyempitan
koroner atau pun tegangan pembuluh darah koroner dapat dikontrol.
Sedangkan pada kes nyeri otot, akupunktur melancarkan energi pada otot
yang kaku, sehingga pengendapan asam susu dari asam urat di sekitar otot
yang sakit dapat larut dan terangkut ke organ pengeluaran.
Pada penderita diabetes, akupunktur
mampu menurunkan kadar gula darah dengan jalan mempengaruhi daya kerja
pankreas. “Bahkan, pesakit yang tadinya harus selalu disuntik insulin,
dengan akupunktur dapat lepas dari insulin. Asalkan pankreasnya masih
berfungsi minimum 25 persen. Kurang dari itu, sulit untuk diperbaiki.
Namun, keadaannya dapat dipertahankan dengan terapi akupunktur agar
tidak lebih buruk lagi. Tiap tiga bulan pesakit menjalani terapi
sebanyak satu set. Dengan begitu gula darahnya dapat stabil, meskipun
masih tinggi.”
Terhadap penyakit kanser, akupunktur
dapat mengurangi nyeri, meningkatkan daya tahan tubuh, memberi rasa
nyaman pada pesakit yang kansernya sudah menyebar, dan menghambat
penyebaran.
Penanganan medis terhadap orang tidak
memiliki keturunan biasanya cuma mengotak-atik organ reproduksi, tetapi
dalam kedoktoran Cina, organ ginjal kanan, yang dianggap sebagai sumber
“api” abadi, juga diperhatikan. Kalau jumlah sperma suami kurang,
ertinya dingin. Terapi diberikan pada titik ginjal kanan, dan juga
penghangatan pada titik tiga jari di bawah pusar (solar flexus) selama
15 minit. Kalau siklus menstruasi isteri tidak normal, “api” pada ginjal
kanan mesti diperbaiki terlebih dahulu.
Dunia akupunktur memang menganggap
ginjal sebagai organ unik. Ginjal kiri berfungsi membersihkan tubuh dari
racun. Ginjal kanan merupakan faktor keturunan dan disebut Ming Men
(Ming = kaisar, Men = api atau pintu).
Jadi, terapi akupunktur tidak cuma menghilangkan gejala penyakitnya, juga penyebabnya.
Pada orang dewasa jarum yang ditusukkan
didiamkan beberapa saat, sebelum kemudian dicabut lagi. Lamanya tusukan
berbeza-beza menurut penyakitnya. Untuk penyakit gastrik, gula,
menstruasi tidak teratur, lamanya penusukan 15 minit. Untuk nyeri, 20 –
30 minit. “Tapi 15 minit, apa pun sudah tercapai. Paling ideal 17 minit.
Menurut istilah Cinanya, Ping Puk Ping Sie, setengah tonifikasi
(mengangkat), setengah menekan,”. Sedangkan pada bayi, jarum diangkat
segera setelah ditusukkan.
Pada keadaan normal, kulit yang ditusuk
dengan jarum biasa akan merasakan sakit. “Sebaliknya, kalau dengan
jarum akupunktur, tidak merasakan sakit, malahan hangat,”
Keberkesanan Rawatan Akupuntur
Pengamal akupuntur berpendapat bahawa
hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang
dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun
terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut ,
elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan
secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.
Pesakit tidak akan berasa sakit ketika
rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah
sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam
kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik
rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya,
rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal.
Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum
melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar,
dan mampu menjalankan aktiviti seharian.
Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur
Rawatan melalui akupuntur mempunyai
banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan
Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat
dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat
merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan
tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit,
cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan
pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut
seperti sakit gigi, gusi dan halkum.
Selain itu, penggunaan kaedah rawatan
akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses
fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting,
masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di
Britan para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit
yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya
di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .
Di samping itu, masyarakat tidak perlu
ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana
belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur.
AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang
digunakan oleh penagih dadah .
Akupuntur jarum
-Terapi yang dikenali ramai dengan
menggunakan jarum khusus yang sangat halus untuk rawatan segala penyakit
medik seperti lumpuh,stroke,sakit urat,diabetes,kanser dan sebagainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan