Assalammualaikum
(Utama beri salam, wajib jawab salam)
Apa khabar? Di page ini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana untuk menetapkan MATLAMAT dan mencapai IMPIAN. Yang penting NIAT perlu set semasa sedar dari tidur hendaklah POSITIF! Ia sangat mudah dicapai.
RAHSIA OTAK:
1. PerMUDAHkan urusan orang lain.
2. Masa, usaha, tenaga kita beri MANFAAT kepada orang lain, organisasi dan masyarakat.
3. Bangun jam 4 pagi setiap hari baca Al-Qur'an, solat sunat sebelum subuh dan solat subuh.
4. Sedekah setiap hari RM1.00 ke masjid.
5. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (Kekasih ALLAH).
6. Jaga hubungan dengan ibubapa/Suami isteri/anak-anak.
7. Cari ELMU (Emosi + Ilmu) (contohnya baca tentang genre motivasi/buku perubatan yang bukan minat)
8. Buat tindakan kepada 'KEPAKARAN' diri. (Contohnya buat kek/menjahit/Tutor/Homestay dll)
9. Tuhan mengikut sangkaan (fikir/rasa/cakap/buat yang baik-baik adalah DOA).
10. Bebas masa.
12. Cari 'GURU' yang berjaya. 'MENTOR' yang telah estabhlish.
13. Selesaikan dulu 'URUSAN ROHANI' - ada sesuatu yang tersekat. (Contohnya tak solat)
14. Kita takkan nampak POTENSI diri sendiri jika tak tengok potensi orang lain.
15. Jangan dengki, iri hati, khianat - doakan kejayaan orang lain.
16. Perniagaan adalah buat duit (jangan buat pinjaman untuk memulakan perniagaan).
17. SHARE/Kongsi apa yang kita ada/tahu.
18. Cakap selalu 'Saya KAYA dan BERJAYA'.
19. 90% KEGAGALAN kerana tidak tetapkan 'MATLAMAT'. (Contoh Matlamat 36 Juta setahun)
20. BERSYUKUR dengan nikmat ALLAH.
21. Berniaga kena ada SISTEM.
22. OTAK ketika bangun waktu pagi (4pagi) neutral, mental kita dalam positif. Vibration diri kita akan pulang balik kepada diri jika setiap pagi kita setkan otak positif. So sentiasa positif.
23. Jangan bersangka BURUK.
24. Hidup bahagia.
25. Bebas masa.
26. Kekayaan jiwa.
27. Menjadi seorang Dermawan.
28. Perhubungan kerohanian.
29. Potensi untuk diri jadi Inspirasi pencetus perubahan.
30. Bersikap seperti orang dalam Syurga. Repeatation is the mother of success.
31. "Rabbana atina fiddunia hasanah, wa fil akhirati hasanah wakina azzabbannar"
32. Orang yang berjaya adalah orang banyak dibenci apa yang dibuatnya.
33. Selawat 1kali ALLAH balas 10x (siapa tak nak?)
34. Mendoakan orang lain adalah kunci bahagia.
35. Selalu istighfar.
36. Tidur sebantal, mimpi lain-lain (ALLAH beri musibah untuk beri rezeki yang lebih baik).
37. Menjemput itu lebih mudah dari mencari REZEKI.
38. Contoh: Baling siling orang dalam terowong, orang pungut tidak dongak ke atas... baling berkali-kali syiling pun orang tu takkan dongak ke atas... tapi cuba sebongkah batu baling ke dalam terowong, orang itu akan mendongak ke atas. Simboliknya : Orang yang alpa pada ALLAH sentiasa diberi kesihatan, rezeki yang baik nikmat yang baik tetapi sering lupa tanggungjawabnya kepada ALLAH, sekali diduga seperti banjir besar, habis punah ranap kekayaan dan nikmat kesenangannya. Kenapa? Bala itu datang sebagai peringatan kepada orang lain dan orang itu sendiri. (Memberi lebih baik dari menerima).
39. Kuasai Emosi - adakah seperti yoyo mudah dipengaruhi oleh orang lain atau ada 'stand' sendiri.
40. Impian yang jelas, Niat yang jelas, sikap terbuka kepada peluang.
BUAT!
"TINDAKAN luar biasa, CABARAN luar biasa sudah pasti HASIL luar biasa"
"Membuat apa yang ALLAH suruh, dan meninggalkan apa yang ALLAH larang"
"Ego adalah pembunuh kejayaan"
"Rezeki adalah yang kita cari, tapi ALLAH adalah penentunya,"
"Fokus"
"Siapa kawan kita akan menentukan siapa kita"
"Man Jadda Wan Jadda"
"Otak boleh pengaruhi persekitaran"
"Perkara yang paling payah buat adalah Memulakannya"
Catatan ini adalah nota untuk diri saya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan