Khamis, 8 Ogos 2013

Tidak ada paksaan memeluk ISLAM

Assalammualaikum w.b.t.
 
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256)"

Pengajaran Ayat 256.
(a) Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.
(b) Islam membawa kebenaran yang jelas dan nyata.
(c) para pendakwah hendaklah memberi penerangan dengan baik serta memberi teladan yang sempurna.
(d) Peperangan dalam Islam dibolehkan jika diancam musuh.
(e) Orang yang benar-benar beriman akan sentiasa berada pada jalan hidup yang mulia.
(f) Islam merupakan agama untuk semua manusia.

Orang Islam dilarang memaksa orang bukan Islam memeluk Islam kerana akan merosakkan kesucian agama Islam.

Kita hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam pergaulan supaya orang lain tertarik untuk memeluk Islam.

Tiada ulasan: