Assalammualaikum w.b.t.
"Alif, Laam, Miim. (1) Kitab
Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi
orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu
orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan
juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan
kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan
sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya."
Surah Al-Baqarah ayat 1-5 menyatakan dengan jelas tentang ciri-ciri orang yang bertakwa iaitu :
(a) Berusaha membentuk dirinya mematuhi perintah ALLAH.
(b) Sentiasa beriman kepada kita ALLAH.
(c) Orang yang bertakwa percaya kepada benda-benda ghaib dan sentiasa mempertingkatkan amalan kepada ALLAH.
Pengajaran ayat 1-5 tersebut adalah :
(a) Al-Qur'an menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
(b) Kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Qur'an wajib dipercayai.
(c) Umat Islam dikehendaki berpegang teguh kepada ajaran Al-Qur'an untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
(d) Isi kandungan Al-Qur'an adalah tepat dan benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan