Jumaat, 9 Januari 2015

FB friends call Rem Dambul




1
Hampir seluruh zaman remaja dan awal dewasa saya dihabiskan di Semenanjung Malaysia. Saya ada keluarga angkat di serata tempat: dari Langkawi di utara, sampai ke Pontian di selatan. Dari Kg. Semarak di pinggir Kuala Lumpur, sampai ke Kerteh di Terengganu.

Ok, I had lost contact with some of them. But I forever cherish the good times I had with all those nice families. Selama hidup merantau di Semenanjung, saya berpeluang bertemu dengan ramai insan mulia. Yang bukan saja melayan saya dengan baik tanpa sebarang diskriminasi; bahkan ada ketika memberi layanan istimewa lebih daripada biasa hanya kerana saya ini orang Sabah.
Memang saya juga ditakdirkan berjumpa dengan orang yang menganggap Sabahan sebagai persona non grata di Tanah Melayu. Tetapi manusia jenis begini sangat, sangat minoriti. Trust me, racist and bad people are everywhere. Di Sabah sendiri pun ada ramai. But we shouldn’t judge the entire community based on few isolated cases.
2
Suatu ketika dulu, lebih 80% guru di SMK Mat Salleh (sekolah menengah berhampiran rumah kami di Ranau) datangnya dari Semenanjung. Saya tidak bersekolah di sana; tapi 10 adik-beradik saya yang lain (from 14 siblings) pernah mendapat pendidikan menengah di sana. Menerusi pembacaan majalah sekolah mereka, serta kegedikan saya menyibuk di kawasan sekolah itu sekali-sekala; saya dapat tau tentang komposisi guru tersebut.

Ini cerita 2-3 dekad dahulu, ketika penerbangan Semenanjung-Borneo masih terlalu elusif. Bukan macam sekarang, sudah ada servis bajet “everyone can fly”. Most of the teachers were young fresh graduates; and could only come home every two year. Bayangkan beban emosi, mental dan fizikal yang mereka terpaksa korbankan.
Natijah daripada pengorbanan-pengorbanan itu; maka telah lahir ramai Sabahan yang terdidik ilmu. Lantas menjadi pemikir yang instrumental dalam mengolah lanskap sosioekonomi dan sosiopolitik negeri Sabah pada masa kini. ‘Pemikiran’ merupakan salah satu sumber berharga bagi sesebuah wilayah; yang nilainya melebihi kepentingan sumber alam seperti balak dan minyak.
3
Saya kadang-kadang tidak faham dengan sentimen anti Semenanjung; dan propaganda ‘Sabah untuk Sabah’. Yang lebih sedih lagi, dalang-dalang utama di sebalik agenda itu sebenarnya suatu ketika dahulu pernah berguru 80% dengan komuniti yang dibencinya. Bahkan anak-anak mereka sendiri pun masih di bawah asuhan kelompok yang sekarang sedang ditentang itu.

Memiliki semangat kenegerian – ini tidak salah. Menyedari tentang kemunduran komuniti sendiri lalu bangkit memperjuangkan emansipasi bangsa – itu adalah sifat terpuji. Tetapi yang SALAH – bila kita guna alasan bahawa kita ini ‘mangsa yang terpinggir’ untuk memangsakan pula orang lain yang tidak bersalah. Begitu mudah melupakan budi yang pernah disemai dengan main pukul rata secara simplistik.
Jurang dan segregasi yang memisahkan wilayah Sabah dan Semenanjung: bukan semudah melihat perbezaan ‘kau dan aku’. Ini bukan masalah sesama manusia pada peringkat individu. Jadi perlukah menuding jari: kau dari Semenanjung dan aku Sabahan jati? Isu ini adalah natijah daripada satu sistem yang sangat kompleks. Punca kebejatannya tidak hanya datang dari federal; bahkan banyak juga yang berkudis dari kemelut-kemelut peringkat lokal.
4
Siapa yang tidak cintakan negeri kelahiran; dan siapa yang tidak mahu berjuang untuk mendukung kegemilangan etnik sukunya? Saya sendiri pun ada semangat begini yang sangat tebal. Bukan saja menjulang tinggi; bahkan sudah sampai tahap terbang mengawang-awang ke langit terbuka!

Tetapi dalam dunia liberalisasi dan globalisasi sekarang; survival, sama ada di peringkat individu mahupun komuniti, tidak boleh bergelinjang sukahatisendirisendiri sahaja. Kita berada dalam zaman yang semua bentuk sempadan telah dirobohkan. Kekuatan hanya boleh dipupuk menerusi sinergi dan kolaborasi secara efektif dengan pelbagai pihak lain di sekeliling.
Ada sejuta cara bagaimana memperkasa kelompok sendiri tanpa perlu prejudis kepada komuniti lain. Ada seribu jalan bagaimana memperkuat masa depan Sabah tanpa perlu memusuhi sesiapa. Kadangkala kerana terlalu membenci segala yang datang dari luar; kita sebenarnya alpa pada musuh-musuh di kalangan sendiri. Yang sedang bersenang-lenang meruntuhkan kekuatan kita dari dalam, tanpa diberi sebarang pengawasan.
5
Agenda Borneo, sebagai misalnya; bukan sekadar soal meningkatkan peratus perjawatan orang Sabah dari segi kuantiti. Tetapi ia bermaksud memperbaiki kualiti penyertaan Sabahan dalam perjawatan awam; khususnya hal-hal yang berkait dengan decision-making. Ini haruslah berlaku secara organik, mengikut merit yang betul. Bukan secara semberono, sekadar mengisi kouta.

Malaysia dan Sabah, secara relatifnya masih sebuah negara/negeri yang begitu muda. Both Europe and North America took more than 300 years to be where they are at now. Dan sepanjang proses kenegaraan tersebut – kedua-dua benua itu telah bergulat dengan pelbagai konflik, perang sivil berdarah dan kemelut turun-naik peradaban.
I’m not suggesting we should take the same bloody and long winding routes. No. Kita sudah belajar dari sejarah lama; jadi kita boleh menyusur short-cut yang lebih harmoni. But my point is: we should not expect more than what our young 50-year-something of nationhood could have realistically provided. Kita perlu izinkan kenegaraan ini tumbuh secara natural, bukan secara paksaan.
6
Of course, I would love to see my fellow QUALIFIED Sabahans to be given the opportunity to lead our own state. Because naturally, we the native Sabahans understand this very land much better and how things work around here.

Tapi jika diberi pilihan situasi, antara: (i) dipimpin oleh seorang warga Semenanjung yang berwibawa; juga memahami agenda Borneo dan komited kepada usaha memperkasa komuniti lokal; dan (ii) dipimpin oleh seorang anak jati Sabah yang lebih taksub kepada agenda mempertahankan kuasa peribadi dan tidak prihatin kepada keperluan memperjuang dan memperkasa citra tempatan –
Maka, saya jauh lebih rela memilih yang pertama. Jangan kerana terlalu fanatik kepada semangat negeri, sampai kita sabotaj arahtuju dan masadepan komuniti kita sendiri.
7
Baik, itu tentang soal memilih pemimpin organisasi.

Bagaimana pula tentang soal memilih suami yang misali? Sila rujuk semula gambar lama ini. Dalam ramai-ramai lelaki itu, ada seorang yang hatinya belum dimilki. Sila guna kanta pembesar untuk mencari siapakah jejaka budiman yang belum laku-laku itu.
Sesiapa yang berjaya dalam ujian ini; boleh memohon untuk menjadikan lelaki itu bakal suami. Dan sebagai warga Malaysia yang anti prejudis; tawaran ini dibuka kepada semua gender tanpa diskriminasi – wanita, lelaki dan khunsa, semua boleh. Terima kasih.

Aku suka catatan FB Rem Dambul ni tak berat sebelah.

Tiada ulasan: