Assalammualaikum wbt
Bertemu kita lagi.
Bertemu kita lagi.
Hari ini 13/1/2015 - hari kedua persekolahan selepas ditangguhkan kerana musibah banjir yang melanda negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Semalam aku bertanya kepadanya, ada apa-apa cikgu beri. Dia kata ada. Dia terus buka beg ambil kertas dan hulurkan kepadaku. Aku teruja kerana dia faham soalanku. Aku teringat kata-kata cikgu pada masa penilaian dibuat pada bulan Disember 2014 yang lalu, bahawa dia anakku tahu dan betul menjawab kertas ujian yang diberikan cuma secara audio dia akan menyebut nama gambar-gambar yang ditanya di dalam bahasa Inggeris. Terbit rasa hairan dalam hatiku. Kenapa jawab lisan bahasa Inggeris tapi jawab dalam paper bahasa melayu, tak ke pelik namanya tu.
Sebaik sampai di sekolah aku membawanya ke kafeteria, belikan dia sebotol solivate sudah dihabiskannya terus dan 3 ketul nugget ayam tak dihabiskannya sebab dia masih kenyang baru makan di rumah tadi.
Hari ini aku menghantarnya sampai ke dewan terbuka, rupanya masuk jam 1 petang untuk hari selasa hingga Khamis, akan ku take note. Ku minta dia masuk barisan sebelum masuk ke kelas. Dia bimbang aku tidak datang semula, wajahnya kelihatan risau. Aku berkata aku ada dan datang rehat nanti di kafeteria. Aku arahkan dia dengar apa kata cikgu. Dia bergerak ikut jalan yang cikgu arahkan sambil memeluk milo dalam botol yang aku bekalkan. Semalam ku tanya kenapa dia beli milo ais, dia kata dia nak minum. Jadi aku kata padanya nanti bawa dalam botol. Dia cukup gembira.
Selepas menghantarnya aku terus balik, seketika jam sudah menunjukkan hampiri 3 petang. Selesai solat Zohor aku terus memecut kereta menuju ke sekolahnya. Tidak jauh hanya ambil masa 5 minit sahaja dari rumah tetapi jalan sesak sedikit. Sampai di sekolah aku ke kelasnya yang berdekatan dengan dewan terbuka. Aku duduk di luar kelasnya dari arah yang sama seperti semalam. Dia boleh melihat aku dari balik cermin kelasnya dengan jelas.
Aku merakam pergerakan waktu rehat, ingat nak upload tapi memandangkan SD Card reader entah kat mana letak aku batalkan niat. Dia berjalan keluar dari kelas paling akhir. Dia memandang aku dengan senyuman. Aik, sudah tidak peduli padaku lagi yang duduk menunggunya. Dia berjalan sambil senyum dan menunjukkan tanda naik ibu jari yang bermakna bagus. Aku melambainya supaya dekat. Dia melambai menolak aku. Aku senyum. Hari ini dia dah mula proses menerima suasana sekolahnya.
Sampai di dewan perhimpunan yang berdekatan kafeteria aku mencapainya. Aku katakan kepadanya aku belikan dia nasi lemak dan susu soya. Dia senyum dan cukup suka dengan susu soya. Ah! Mana mungkin ku lupa dia satu-satunya anakku yang minum susu berasaskan soya. Tidak mahu susu jenis lain. Dia bertanya bolehkah dia minum soya itu, aku angguk. Dia ambil dan hulurkan padaku untuk membuka straw dalam plastiknya lagi. Aku membantunya.
Kemudian aku menunggunya sambil membuat sedikit kerja merakam. Ah anakku, kalaulah kau tahu apa yang ada dalam hatiku ini... alangkah indahnya jika aku dapat menguruskan kehidupannya persekolahannya dan dirinya sehingga dewasa, alangkah nikmatnya nikmat itu, tapi mulai minggu depan aku sudah sibuk berkerja. Sudah pasti kerja berlambak-lambat di pejabat. Oh anak tabahkan hatimu dan belajarlah baik-baik.
Pulang aku menanti dan menunggu di kafeteria, dia tak muncul-muncul. Ah! mana dia ni? aku tak risau cuma aku tahu hari ini mereka dibekalkan sebeban buku teks untuk di bawa balik. Puas ku tinjau dan cari wajahnya tidak kelihatan. Akhirnya aku melangkah ke kelasnya di 1 Gigih. Rupanya ada jalan keluar lain. Dia sedang membelakangkan aku. Ah, sebaik aku pegang bahunya matanya merah mendadak. Aku tahu dia takut ditinggalkan dan dia bimbang aku tidak datang-datang. Oh anak naluri ibumu ini tajam! Dapat dirasakan apa yang kau rasai itu.
Hari ini dia ceria dan sudah hilang keengganannya melekat padaku.
#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan