Assalammualaikum wbt...
Nak kongsi sedikit cerita tentang si anak. Sedikit sangat info hari ini.
Satu lagi, dia siap tunjuk dalam bag... katanya: tadaa... dia buka zip poket bag. Dia siap cakap dah hantar umi. Aku kata oh kertas PIBG tu dah hantar. Dah tak dah katanya. Aku tersenyum.
Nak kongsi sedikit cerita tentang si anak. Sedikit sangat info hari ini.
Dia diberi dua kotak susu coklat percuma, sekotak dia dah minum dan bila aku buka beg jumpa lagi baki sekotak susu tersebut. Aku terus kata padanya, susu... dia kata ini adik dia punya dia beri terus pada adiknya yang nombor dua. Apa lagi gembira sakanlah si adik dapat satu kotak susu.
Satu lagi, dia siap tunjuk dalam bag... katanya: tadaa... dia buka zip poket bag. Dia siap cakap dah hantar umi. Aku kata oh kertas PIBG tu dah hantar. Dah tak dah katanya. Aku tersenyum.
Oh anak kau tetap ingat pada pesanku. Kongsi dan beri pada adik-adik. Ko dapat dua kotak ko beri adikmu sekotak. Umi bangga.
Oh anak kau masih tidak makan bekal mu hari ini. Kau kata kau beli sosej di kantin tapi duit seringgit yang bernilai RM4 masih ada dalam beg sekolahmu.
Oh anak moga kau cepat bercakap.
Apa yang menarik, dia menangis ketika sesi pesekolahan hari pertamanya dalam keadaan senyap. Hanya airmatanya yang mengalir lesu. Tidak seperti seorang rakan sekelasnya yang meraung-raung tidak mahu ditinggalkan oleh si ayah. Hampir 1/2 waktu belajar murid itu tidak masuk ke kelas dipujuk ayahnya di luar kelas. Tapi bezanya dengan anak aku ini, adalah budak itu enggan sekolah tapi faham bicara. Anak aku pula cakap tunggang langgang tatabahasa.
Boleh kata gula-gula kereta, yang membawa maksud gula-gula itu ada dalam kereta. Aku faham maksudnya tidak pada orang lain. Itu istimewanya dia.
So, far hari ini seperti tiada yang berlaku yang pelik-pelik macam semalam.
Okey kita sambung kisah dia nanti...
P/s: Maaflah ye jika bahasa ku ini tunggang terbalik... bagi yang faham. faham-faham ajelah. :)
#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan