Assalammualaikum wbt...
Nak tahu cerita hari ini, jom kita sambung cerita.
Nak tahu cerita hari ini, jom kita sambung cerita.
Hujan! Petang ni 14/1/2015 hujan turun secara tiba-tiba bila tiba jam 6.00 petang anakku pulang dari sekolah. Jawabnya dia kena menanti di sekolah. Kita sambung pasal dia menanti di sekolah tu ye kita cerita sambungan cerita semalam...
Hari ini terima bantuan persekolahan sebanyak RM100 ringgit. Kemudian selesai jam 11.20am aku ke kedai koperasi sekolah, ku dapatkan baju sukan hijau, anakku ahli sukan warna hijau, buku tulis RM0.80 sen sebuah senipis 60pgs. Lencana sekolah RM0.80 satu. Kemudian kami balik ke rumah, aku perlu tampalkan lencana dan namanya di baju sekolah.
Nak tahu tak siapa nama anakku itu? Satu nama besar di Malaysia, dan di Indonesia juga dan nama itu juga adalah pemenang voice of Asia tahun 80-an dulu. Ah... ia cuma sebuah nama. Nantilah akan aku beritahu juga siapa pemilik nama yang pendiam ini.
Sebaik selesai menampal nama dan lencana, abahnya datang menghantar ke sekolah. Dia masuk jam 1.00 petang, dia okey sahaja hari ini. Tiada tanda-tanda tidak mahu ke sekolah. Malah dia cukup bersedia memakai baju sekolah dan minta sebotol milo dibekalkan. Aku bekalkannya sebotol air putih dan sebotol milo dan satu kontena mee goreng. siap aku pesan jangan lupa makan bekal waktu rehat. Dan bawa keluar bekal ke kantin dan makan ya? Dia angguk dan kata okey.
Sebaik jam 3.00 petang aku pun memandu kereta menuju ke sekolahnya. Menunggunya di kantin sekolah seperti semalam. 2 hari yang lalu. Abahnya berpesan bilik darjahnya di bilik komputer hari ini. Jadi aku pun tunggu sahaja sambil melihat ke arah bilik komputer disebelah kantin. Sebaik dia muncul di tangannya botol milo dan bekal mee goreng.
Aku berkata padanya, mana garfu yang aku bekalkan. Dia jawab dalam beg. Kenapa tak bawa? Dia terpinga-pinga. Aku kata lain kali bawa boleh makan mee goreng. Selepas itu aku arahkan basuh tangan dan makan mee goreng yang dibawa. Aku bawakannya roti dan yakult (biru). Dia cukup gembira ada yakutl terus dia minta minum yakutl dulu sebelum makan mee goreng. Dia nampak segak kerana bertali leher biru. Harga RM9.00 satu helai. Mak ai! Mahalnya.... barang apa yang tak mahal pada hari ini. Suami ku beritahu, harga milo dah naik! Alahai... dah naik lagi untuk kali ke-5... Mak ai!
Aku pulang ke rumah. Petang suamiku berpesan, dia akan ambil anak balik sekolah, jadi aku bersetuju sahaja. Hujan... alahai... alangkah baik jika aku tunggu dia petang ni, tapi suami kata tunggu hujan berhenti dulu. Tepat 6.30pm hujan pun berhenti, suami ke sekolah ambil dia. Pulang ke rumah suami beritahu, dia tak ada di pondok dekat pagar tepi jalan besar dan dia juga tak ada di kantin sekolah... mana suami jumpa dia? Suami kata dia jumpa dia sedang duduk termenung seorang diri tanpa sesiapa di dewan terbuka. Alahai kesiannya. Dia nampak okey sahaja.
Sampai kat depan pintu rumah, dia masuk terus tanggalkan pakaian sekolah dan katanya nak mandi. Sebelum itu aku sedang sibuk di ruang tamu membalut buku-buku teksnya dengan plastik baru. Dia pula ternampak bekas keropok, kotak susu soya dan terus bertanya siapa beli? Aku kata aku beli. Aku kata padanya ada yakult dalam peti ais pergi ambil tinggal sebotol. Dia minum Yakult sambil senyum dia kata lagi siapa beli, aku jawab aku beli. Dia memandangku dan terus berkata dia nak mandi nak pergi mengaji. Aku kata okey pergi mandi nanti nak mengaji. Dia nampak okey walaupun kena menanti kedatangan abahnya untuk ambilnya di sekolah sekejap ini. Kasihan dia... kerana hujan. Lagipun abahnya ambil tunggang motor. Sebenarnya dia nak ikut aku jalan-jalan pergi beli barang-barang tapi dia tak kata apa-apa. Cuma bahasa matanya memandang aku buat aku mengerti apa keinginannya. Dulu tak seperti hari ini dah anakku. Kau dah bersekolah, nantilah kita membeli belah bersama lagi...

Tabahlah wahai anakku, inilah proses baru bagimu. Inilah masa untuk kau belajar banyak perkara. Masih terlalu banyak untuk kau belajar lagi. Ini adalah permulaan hidupmu bagi mencapai segala yang kau impikan kelak. Aku tahu walaupun kau pendiam kau tetap boleh! Semoga kau terus berusaha!
P/s: Maaflah ye jika bahasa ku ini tunggang terbalik... bagi yang faham. faham-faham ajelah. :)
#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan