Khamis, 15 Januari 2015

4th Day to School

Assalammualaikum  wbt.
(reschedule catatan ini ya)

Tertinggal kereta api tak apa ada lagi kereta api seterusnya.  Boleh menanti dengan sabar.  Aku terlupa nak cerita pada hari ke-4 apa yang berlaku semasa dia di sekolah.  Sekadar sedikit catatan yang tak luak pun cuma mungkin akan hilang dari peti memori aku sendiri.  Maklumlah usia tua.  Nak kuatkan ingatan bacalah Ar-Rahman 100kali selepas usai solat.

Okey kita cerita pasal dia di sekolah pada hari ke-4.  Bukan tidak mencatat tapi aku cuba mengingat. Sebenarnya aku sedang sibuk membaca sebuah buku Tarbiah Rohani bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin.  Aku baca dengan khusyuk sehingga aku yakin aku faham apa yang ditulisnya.  Isi kandungan buku itu mudah semudah tajuknya.  Okey berbalik kita kepada cerita si dia.

Hari Khamis 15/01/2015 dia, aku hantar ke Sekolah seperti biasa.  Sebelum masuk ke kelas akan ada perbarisan di dewan terbuka.  Seronok tapi dia masih juga menangis ditinggalkan kali ke-4.  Ah... tak apa itulah namanya sekolah.  Biar dia baca dan ingat kisahnya di blog aku ini, sudah hari ke-4 dia masih menangis datang ke Sekolah elok aje.  Tapi sebaik nak tinggalkan dia, dia akan menangis, oh anak fahamilah hati umi ini.  hati Umi ini cuba untuk menerima semua suasana ini yang sedang berlaku.  Umi mahu kau sekolah dengan baik, sihat dan bahagia selalu.  Jangan nangis-nangis ya.  Anak sulung menjadi contoh adik-adik.

Aku bekalkannya nasi dan ayam masak kari, tiba jam 3 petang, aku sudah menanti di kantin sekolah dengan anak ke-2ku, dia datang berlenggang dengan botol berisi air biasa.  Aku tanya air milo mana, dalam beg katanya.  Bekal kenapa tak bawa, dia ketawa dia lupa.  Aku perhati poket baju sekolahnya penuh dengan duit seringgit yang aku beri sejak dari hari isnin.  ada semuanya RM4.  Dia nak beli sosej katanya.  Aku arahkan dia beli sendiri dan berbaris.  Aku tunggu di kerusi.  Kali ini aku bawa anak kedua ku.  Dia berbaris dan aku perhati.

Puas aku mencari kelibatnya di hujung laluan tak kelihatan, rupanya dia masih di kawasan pesanan, dia bagi orang lain lepasinya.  Anak! Oh Anak... masih takut takut.  Dia memandang aku sebaik mata kami bertembung.  Aku nak tergelak mencarinya di tempat lain sedangkan dia masih tersangkut di hadapan penjual.  Sewaktu dia berbaris, panjang barisan di belakangnya masih panjang.  Ketika ini barisan semakin kurang dan ada 3 orang kanak-kanak lain dibelakangnya.  Hahaha... dia beri mereka beli dulu.  Oh Anak!

Akhirnya dia selesai membeli dan membayar.  Pengalaman kali pertamanya membeli.  Tapi bukan sosej yang dibeli dia beli nugget ayam.  Aku tanya kenapa tak beli sosej - sosej yang sejak dari hari isnin dia nak tapi sering habis.  Dia beritahu ada tinggal 1 aje sosej.  Kenapa tak beli?  Dia tunjuk nugget. Makanlah kataku.  Dia ambil satu dan beri aku 2 ketul, satu ketul ku aju kepada adiknya.  satu ketul lagi ku beri kembali kepadanya.  Dia tak makan 1 ketul yang mula-mula tu dia gigit dan beri padaku.  Aku beri pada adiknya.  Adiknya makan semuanya.  Haha... dia bukan nak makan pun, dia cuma nak membeli.  Anak oh Anak!

Selesai makan waktu rehat itu, aku arahkan dia kembali ke kelas, dia pun berjalan sambil mengendong botol berisi air biasa.  Aku panggil namanya, dia berpaling dan melambai.  Bai Umi... Bai jawabku.  Dia okey aje dia nampak tidak cengeng.   Sewaktu menghantarnya tentu dia menangis tak nak masuk kelas sebab rasa terkurung dan tak bebas.  Di rumah dia boleh buat apa sahaja, tengok apa sahaja.  Tapi di kelas?  Dia kena duduk dengar cakap cikgu.  Belajar baik-baik mana dia nak.  Dia tidak ke pra sekolah.  Aku yakin dia boleh menjadi seorang anak yang baik dan berguna.

Anak, bacalah catatan ini dengan hati terbuka.  Ini catatan secara terbuka kepada semua orang untuk berkongsi suka duka kau mula-mula bersekolah.  Kau punya hati yang putih dan halus, belum kenal apa itu hitam putih kehidupan.  

Petang dia pulang dengan baik di pintu rumah lagi dia panggil namaku.  
"Umi..."
"ya!"  jawabku.  
"Sudah sekolah."
"bagus." jawabku. 
"Pergi mandi nanti nak mengaji lagi," sambungku.
Dia terus ke bilik air selepas menanggalkan pakaian sekolahnya.
"Nasi dan ayam mana?" soalku bertanyakan bekalnya.
Dia cepat-cepat buka beg dan tunjukkan kepadaku.
Dia makan bekal tersebut.
"Ada apa-apa cikgu beri?"  soalku selepas dia selesai makan.
"Ada."  Dia hulurkan kad rawatan pergigian warna hijau.
Semasa menghantarnya tengahari tadi, sewaktu perhimpunan cikgu ada pesan kad warna hijau itu akan diedarkan.
Aku meneliti kad tersebut di depan abahnya.  Abahnya berkata isikan selengkapnya.

Untuk hari ini dia berjaya pergi ke sekolah.  Dia belum berjaya makan bekalnya dengan baik.  Itu kelakar.  Tapi aku cuba juga praktikkan kepadanya agar makan bekal.  Bekal walaupun 2 biji sosej atau 3 ketul nugget.  Agar dia tahu erti bersyukur dan berjimat.  Agar dia tahu kos untuk hidup semakin meningkat.  Aku harap dia boleh mengerti.  Aku berdoa dia boleh mengerti.  Aku berdoa agar dia boleh menerima.  Aku berdoa agar dia tahu bawa diri.  Insha-Allah.

P/s:  Maaflah ye jika bahasa ku ini tunggang terbalik... bagi yang faham.  faham-faham ajelah. :)


#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.

  



Tiada ulasan: