Jumaat, 16 Januari 2015

5th Day to School

Assalammualaikum wbt
(Catatan ini dijadualkan semula)

Masih dalam mood membaca Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR).  Boleh ke MMR. Jika masih ada buku ini aku nak serahkan kepada anak-anak untuk dibaca.

Hari ke-5, 16/01/2015 aku masih hantar dia ke sekolah.  Ah, dia menangis lagi, kali ini lebih lebat airmatanya turun.  Oh Anak, ke sekolah itu tanggungjawab, tapi jangan kau lupakan belajar solat.  Solat itu wajib.  Aku buat rakaman semua yang berlaku sepanjang 5 hari aku temankan dia ke sekolah.  Walaupun aku tidak tunggu di sekolah tapi aku mahu melihat reaksinya.  Ah, hari ini dia masih juga menangis.  Kali ini aku hantar dia terus masuk ke kelas.  Hari Jumaat kelas bermula 2.30petang.

Aku nak upload video tapi telepon buat hal... pula da...

Di pintu masuk dia bagai dipalu kesedihan yang teramat.  Dia enggan masuk ke dalam kelas.  Oh Anak, jangan menangis... hidup ini hanya sekali, saat ini juga hanya sekali dan takkan ada dua kali.  Masuk ke sekolah tahun 1 juga hanya sekali.  tiada apa yang akan berlaku dua kali.  dan jika berlaku pun ia tidak akan berlaku sama seperti pertama kali, percayalah.

Kali ini aku bawa 2 orang adik-adiknya bersama.  yang nombor 2 dan nombor 3.  Mereka cukup suka berlari-lari anak di dewan terbuka sedangkan abang mereka sedang ku pujuk agar masuk ke kelas segera. Kelas dah bermula.  Cikgu dah mengajar.  Anakku masih enggan memasuki kelas 1G.  Maka kami berkampung di depan pintu kelasnya.  Har... har... har...

Kira-kira 2 minit aku memujuknya, akhirnya dia akur masuk ke kelas.  Siap diberi amaran "nanti beritahu abah" sikapnya itu.  Dia terus salam tangan aku dan cium kemudian  masuk ke kelasnya.  Kali ini dia duduk di depan meja berdepan dengan meja guru kelasnya.  Aku pun berlalu bersama adik-adiknya.

Kemudian, memandangkan hari ini hari jumaat dan mereka lewat tiba ke sekolah mungkin tiada masa berehat.  Aku tidak menjenguknya ke sekolah.  Petang sebaik sampai di pintu rumah, dialog formalnya seperti semalam.  Umi dah sekolah, nak mandi kejap lagi pergi mengaji.... itulah ayatnya.  Dia nampak happy dan biasa.

Anak manja, dengan aku macam-macam perangai ye.  Dengan abah takut.  Tapi dia banyak membantu aku di rumah walaupun umurnya baru mahu mencecah tujuh tahun.  Bila aku minta tolong jaga adiknya dia jaga. Bila aku minta bawakan barang dia bawa.  Bila aku suruh dia isikan botol susu dengan air milo untuk adik-adiknya dia buat.  Bila aku jemur atau angkat kain jemuran dia tolong jemur dan tolong angkat ampaian.  Wah sungguh dia berbakti padaku walaupun usianya masih sekecil itu.  Dia suka cium pipiku.  Dia suka tunjukkan kasih sayang kepadaku secara perlakuannya kepadaku. Suka peluk dan cium aku.

Okey kita sambung kisah isnin nanti...


P/s:  Maaflah ye jika bahasa ku ini tunggang terbalik... bagi yang faham.  faham-faham ajelah. :)


#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.




Tiada ulasan: