Assalammualaikum wbt.
Aku dah start kerja hari ini. Phewww... berlambak-lambak kerja... masih tak settle lagi. 5 hari cuti sebab nak uruskan hal-hal keluarga. Rupanya bekerja ini kena bersihkan dulu 'kolam jiwa'. Sering istighfar, selawat dan zikrullah. Insha-Allah hati tenang dan buat kerja dengan teratur walaupun tak sepenuhnya selesai kita rasa tenang dan damai.
Selalulah sebut "Sallaullahu ala Muhammad, Sallaullahu Alaihi Wassalam." Tanpa mencub kita takkan tahu hasilnya.
Kita sambung kisah anakku masuk tahun 1.
Hari ini, hari sebenar ujian untuknya. Dihantar ke sekolah oleh abahnya. Tidak dijenguk semasa rehat. Dan diambil semasa pulang. Seperti tidak dijangka ada sesuatu yang berlaku.
Dia tidak membeli dengan duit yang diberi.
Dia tidak makan bekal yang dibawa.
Dia tidak hantar kertas untuk mesyuarat PIBG tapi kad rawatan dah hantar.
Dia okey cuma dia kurang faham.
Ada cerita yang buat aku terkejut. Dia naik bas sekolah, pemandu bas tu bawa dia balik ke sekolah dan abahnya cari dia di seluruh kawasan sekolah. Akhirnya jumpa dia dari luar sekolah. Itu cerita baru dia hari ini.
Oh anak belajar banyak benda.
Oh anak ingat pesan umi.
Oh anak jangan buat jantung umi lari keluar meloncat-loncat.
Ingat ada umi tunggu di sini. Umi kerja. Kau sekolah.
Balik dari sekolah dia mandi bersiap untuk mengaji. Tapi dia malu bila kita sering cakap tentang kesalahannya kelakuannya. Dia malu dan beri satu kelakuan yang aku sahaja yang faham dia tidak suka tapi dia tidak cakap cuma memberontak seperti buat sesuatu yang kita tak suka. Contohnya cuba mengoyak baju sekolahnya? Menarik tali lehernya dengan kasar?
Sekarang, saat ini dia dah jadi kanak-kanak normal. Dia tidak meragam. Cuma aku risau kerana dia ikut naik bas sekolah orang! Oh Anak....
Okey kita sambung kisah dia nanti...
P/s: Maaflah ye jika bahasa ku ini tunggang terbalik... bagi yang faham. faham-faham ajelah. :)
#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan