Isnin, 12 Januari 2015

1st Day School

Assalammualaikum wbt...

Akhirnya tercatat sejarah, my first baby boy who was born 7th years ago now start go to school today.  And, for the first time in my life, i tunggu anak at school. Ceh bercakap oghang puteh kunun.... har har har...

Alhamdulillah, dia okey.  So far so good.  Saya tak bimbang cuma memandangkan dia tidak pernah berada dalam keramaian.  Tidak bersekolah tadika.  Tiada kawan-kawan cuma ada adik-adik sahaja sepanjang umurnya sebelum masuk sekolah.

Seawal pagi dia teruja bangun mandi dan mengenakan uniform sekolah.  Selesai bersiap datang awal ke sekolah.  Dah terpacak bersama abah dan semua adik-adiknya.  Kecuali yang bungsu, ditinggalkan di rumah.  Dah awal kononnya datang untuk masuk darjah satu sejak jam 12 tengahari.  Rupa-rupanya tempat berkumpul di dewan terbuka.  Dah ke sana, punya ramai manusia.  har... har... har...

Selepas itu terus minta dia masuk barisan.  Semakan namanya di 1Gigih (5) selepas ujian PBS dan LINUS 2.0 pada bulan Disember 2014 yang lepas, dia ditempatkan di kelas ke-5.  Tak apa, kerana dia juga tiada pengalaman bersekolah secara formal cuma diajar di rumah membaca dan menulis secara basic.

Hari pertama dah hantar ke sekolah dia dah masuk darjah 1Gigih aku pun balik.  Niat tu tak nak datang cuma nak datang ambil jam 6.20 petang.  Tak jadi, jam 3.20petang aku masuk pagar sekolah, aku nampak dia sedang berjalan seorang di luar kafeteria sambil menjinjit plastik berisi milo ais.  Aku tanya siapa bagi, dia kata cikgu bagi tanya harga dia kata RM1.  Mak oiii... mahal gila.

Bermula dari masa itu aku tidak jadi pulang ke rumah.  Dia pun tak mahu berenggang mahu ikut aku balik.  sebenarnya masa rehatnya jam 3 petang, dia masuk kelas kira nak angkat beg.  Aku kata duduk dan dengar apa kata cikgu.  Dia akur.  Seronok pula aku rasa melihat tingkahnya yang sesekali menjenguk kepala di tingkap melihat aku duduk di luar kelasnya.  Har... har... har... rasa kelakar pula bila ingat aku yang emo sikit.

Nak upload gambar dia hari pertama tapi SD card handphone 'canggih' ni  buat aku sakit hati.  Isk... potong stik betul!  Eh, stim bukan stik.  keh keh keh... Tamat sahaja kelas, lonceng berbunyi dia berjalan paling akhir untuk perhimpunan hari isnin.  Dia masih tak mampu menerima perubahan baru, sikit lagi dia nak ikut aku ke sana sini.  Tapi aku paksa juga diri agar dia ikut apa kata cikgu.

Aku tahu rakan sekelasnya ramai yang fasih menyanyikan lagu negaraku, lagu sekolah... ramai yang sudah pandai bercakap, pandai membawa diri.  Dia ku lihat banyak berdiam dan buat hal sendiri.  Ah, aku kata dalam hati pasal dia tak pernah ikut tadika, dan suasana ini masih baru baginya.  Aku cuba sesuaikan kata hatiku dengan keadaan dirinya.  Sebenarnya diriku sendiri yang enggan berpisah dengannya.

Ah... anak sulungku sudah bersekolah rupanya - ini hakikat perlu aku terima.  Hatiku masih ada sisa keengganan melepaskannya 'bebas' dalam erti kata lain tersendiri mencari arah tuju untuk masa depannya sendiri.  semua benda bermula dari belajar...

Selesai berhimpun, perbarisan pun bubar.  Aku mencari kelibat dirinya.  Ke mana dia menghilang.  Ah... aku cuba berjalan dari kafeteria ke arah pagar masuk.  Mungkin aku terlepas pandang tadi ketika ramai-ramai murid berpusu-pusu ke arah pagar.  Seketika aku menoleh ke belakang, ku lihat dia memandang ke arah kafeteria, dia ingat pesanku, bahawa aku akan menunggunya di kafeteria.  Ah!  aku tersilap rupanya dia bijak juga dan mendengar arahanku.  Dia faham rupanya maksudku.  Aku tersenyum sebaik pandangan mata kami bersatu.

Wajahnya mencerminkan kepenatan, aku memahami kerana selama ini dia banyak menghabiskan masa di rumah bersama adik-adiknya.  Dia bertanya mana air milo aisnya, dia jawab sendiri aku dah menghabiskan air milo itu.  Aku angguk.  katanya lagi, dia nak tidur mengantuk dan penat, aku berkata sampai rumah terus mandi dan pergi mengaji.  Dia senyum dan angguk sambil cakap baik.  Kami berjalan keluar sekolah menuju ke tempat parkir kereta.  Dalam lima minit berjalan kami pun tiba di kereta, sebelum sampai kereta aku membeli nasi lemak kerang.

Melihatkan banyak sangat kenderaan berebut-rebut keluar, aku mengajaknya makan nasi di dalam kereta.  Dia makan Cocktail buah yang ku belikan, aku menjamah nasi lemak.  Selepas makan kami pun bergerak pulang.  Sampai di rumah jam 7 malam.  Huh!  Penat menjaganya di sekolah tapi ada rasa puas.  Aku cuba motivasikannya bersekolah itu seronok.  Aku lagi seronok bila dia tahu apa itu sekolah.

Untuk anak sulungku dan pertama kali jejak kaki ke dalam kelas, semoga perjalanan pelajaranmu berjaya.  Aku hanya ada doa untukmu.

#Travelog Anak Sulungku Masuk Tahun 1.






Tiada ulasan: