Rabu, 22 Julai 2015

TELINGA KIRI DENGUNG DAN BERGETAR 11.16AM

BENARKAH?  MUNGKIN JANJINYA TELAH TIBA: 

Dalam salah satu daripada ceramahnya, beliau ada menyebut tentang tanda kematian. Tapi sebelum tu dia ada tanya peserta.

Ustazah : Pernah tak  telinga kiri atau kanan kamu tiba-tiba berdengung?

Kami peserta : ............................... (bunyi cengkerik)

Ustazah : Sebenarnya kalau telinga tu tiba-tiba rasa berdengung, orang yang daun tertulis namanya di arasy(kurang pasti samada arasy) telah gugur dan tersentuh daun yang tertulis nama kita. Kalau tersentuh sebelah kiri daun kita, telinga sebelah kiri berdengung. Kalau tersentuh sebelah kanan daun kita, telinga sebelah kanan kita berdengung. So, kesimpulannya dalam masa beberapa hari tak lama lepas tu, empunya daun yang tertera nama yang gugur tu akan pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Wallahu alam.


Orang terdekat dengan kita akan pergi... Who?
Siapakah orang daunya di atas kita itu?

10 Julai 2015 - Aku sayu sangat rupanya ada orang jauh tu sudah melukai aku.  Kenapa?
17 Julai 2015 - Raya pertama aku sayu sebab aku tak dapat dekat dengan emak aku.
22 Julai 2015 - Dengung telinga kiri beberapa saat bergetar.  Tak pernah berlaku, baru first time.

Andai aku dijemput pulang dalam masa terdekat ini:

AKU MOHON AMPUN DAN MAAF PADA SESIAPA YANG KENAL ATAU TIDAK KENAL YANG PERNAH AKU LUKAI ATAU TIDAK PERNAH AKU LUKAI, YANG TAHU AKU SIAPA DAN YANG TAK TAHU AKU SIAPA, AKU MOHON DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI MOHON MAAFKAN SEGALA KESILAPAN DAN HALALKAN MAKAN  MINUMKU YANG AKU MAKAN SAMA ADA SENGAJA ATAU TANPA SENGAJA.

RINI SYANIRA 2015


 

Tiada ulasan: