Isnin, 20 Julai 2015

Si Pemburu Hangat - Bab 10

Bab 10

PETANG itu, Emran tidak pulang ke kondonya yang terletak di One Borneo atau singkatnya dikenali sebagai 1B.  dia perlu bertindak cepat, dia mahu pulang ke rumah orang tuanya berbincang dengan ayahnya agar secepat mungkin menyunting bunga di taman larangan.  Arah pemanduannya terus ke rumah orang tuanya di Taman Bukit Sepanggar.  Dia  mahu rebut peluang kerana peluang cuma datang hanya sekali.
            Sebaik tiba sesaat kemudian, abahnya masuk di belakang keretanya.  Kira mereka serentak tiba di halaman rumah itu.
“Emran bila sampai?”  Esmail yang baru turun dari kereta terus menyapa sebaik saja terpandangkan anak bungsunya yang masih bujang itu.
“Baru lagi abah.  Masih panas lagi injin ni,”  Emran segera mencium tangan abahnya.
“Kenapa abah tengok badan Emran dah makin kurus?”  Esmail menilik badan Emran dari atas ke bawah.
Enam minggu tidak bertemu Emran cuma berhubung melalui panggilan telepon.  Anaknya ini kalau menyentuh soal kerja, senyap saja mendiamkan diri.  Muncul pula mengejut.  1B ke Taman Bukit Sepanggar bukannya jauh pun.  Tapi dia sedia maklum Emran berada di Kuala Lumpur sebelum ini menguruskan soal syarikatnya.
Sejak tinggal berasingan Emran hanya menghantar khabar melalui panggilan telepon, cuma sesekali balik.  Sejak kenal Areej pula, sikap main perempuan Emran berubah.
“Jangan ikutkan hati dan perasaan itu sangat, Emran kena belajar bersabar juga.  Bawa-bawalah rehatkan fikiran dan badan dengan pergi bercuti.  Ini kerja melulu,”  Esmail mengajak anaknya masuk.
Emran mena’akul maksud abahnya macam tahu-tahu sahaja masalahnya adalah hati dan perasaan.  Ini soal hati abah…
“Abah pun pernah muda dan merasai perasaan begitu, melalui fasa tersebut perlukan ketabahan,”  Esmail menepuk bahu Emran sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Abah ni macam baca skrip drama tv,” wajah abahnya dipandang untuk menanti jawapan.
“Abah bukan apa, umi kamu tu petang-petang begini asyik menonton drama di slot tv3 tu,”  lapor Esmail pada anaknya tentang isterinya yang ketagih drama melayu di slot tv3.
Emran tertawa perlahan.
“Wow!!! Sejak bila umi minat drama melayu?”
Apa yang diketahui Emran uminya kurang melayan drama di tv.
“Sejak drama Nora Elena, Seindah Sakura, dan banyak lagi yang umi kamu sebut abah ingat-ingat lupa tajuk drama dan sekarang tengah kemaruk menonton Cinta Pandang Kedua di TV9 sambil ketawa terkekek-kekek seorang kat depan TV.  Abah pun kurang layanan…”  Esmail tergelak.
“Tak tahu pula Emran umi dah mula minat drama melayu…”
“Jangan harap nak kacau umi kamu tu, peminat fanatik drama novel sekarang ni.  Ini TV kejap lagi nak tayangkan drama apa tu tajuk tu… terpaksa rela… tentu lekat lagi umi depan tv3 tu,”  beritahu Esmail pada anaknya.
“Kerana terpaksa aku relakan…”  Emran ketawa senang dengan kebahagiaan orang tuanya. 
“Oh mengumpat saya ke?”  kejut Zahira yang muncul seketika.
Dua-dua insan yang duduk di sofa tersenyum.
“Saya lapor apa yang betul!”  Esmail memandang Zahira penuh erti.
Zahira tersenyum cuma.
“Emran dah lama sampai?”  Zahira yang cukup gembira dengan kehadiran anak teruna bujangnya.
“Emran rindu masakan umi, umi sedang buat apa?” 
“Umi sedang masak untuk makan malam, sekejap lagi umi nak menonton drama tv,”  Zahira tidak mahu menyentuh tentang Emran yang tidak menjenguknya lebih sebulan.
Khabar tentang anaknya itu diketahuinya melalui panggilan telepon.  Sibuk menguruskan perniagaan ke sana sini.  Dia faham Emran dalam fasa bertungkus lumus menaikkan perniagaan dan hubungan cinta. Dia cukup bersyukur kini Emran sudah ada teman wanita bernama Areej tapi gertakannya tentang Emran akan bertunang itu tak menjadi?  Atau Emran ada rancangan tersendiri.  Dia sudah cukup bersyukur Emran balik petang ini walaupun cuma mahu menjenguknya.
“Makan dulu sebelum balik,” pinta Zahira.
“Boleh memang dah lapar sangat ni tak sabar nak jamah masakan umi,”  ucap Emran sambil mengusap perut laparnya.  Sebenarnya dia rasa gemuruh untuk menyampaikan hasratnya mahu meminang Areej.
“Naik dulu mandi buat apa yang patut, dah solat asar?”  arah Zahira.
“Memang niatnya nak mandi dan solat.  Emran naik dulu,”  bilik Emran terletak di tingkat atas rumah itu masih tidak berubah.  Di kepala Emran sudah pelbagai rancangan agar Areej tak mungkin menolak hasratnya lagi.  Dia mahu Areej sebagai isterinya.
“Kenapa Umi tengok Emran macam ada sesuatu yang nak cakap?”  Emran bangkit.  Sengaja untuk mengelak sebenarnya.  Umi ni kalau bab soal jawab dia boleh jadi kelu.  Buat masa sekarang dia sedang mengumpul kekuatan untuk menyuarakan hasratnya.  Emran tidak menjawab cuma memberi isyarat tunggu nanti kepada Uminya.  Langkah terus diatur naik ke atas.
“Biarlah dia tenangkan fikiran, anak baru balik awak dah terjah macam-macam,”  Esmail membela anak terunanya.  Dia bukan tidak tahu Emran tengah kemaruk pada gadis baju kurung biru itu.  Selagi di bawah kawalan Emran dan tak abaikan solat, dia tak kisah sangat.
“Jangan risaulah saya cuma ambil berat bukan sekejap dia senyap, ini sebulan tanpa dengar khabar,” ucap Zahira sebelum berlalu ke dapur semula.
Esmail tarik nafas saat yang sama matanya jatuh pada surat khabar di atas meja.  Namun fikirannya melayang mengingati kisah Emran dan Areej.  Dia sudah selidik tentang gadis itu.  Apa lagi bila melihat perubahan Emran selama ini dia tahu aktiviti Emran yang selalu usung perempuan berbeza-beza.  Dia tidak kisah sangat, tapi bila gadis bernama Areej dibawa dan diperkenalkan kepada isteri dan dirinya menjadi satu fokus utama kepada perangai Emran yang berubah itu.  Mungkin Emran sudah punya keinginan mahu mendirikan rumahtangga.  Komitmen ke arah itu bukan mudah dibentuk oleh anaknya yang seorang ini.
Saat ini Esmail sangat terharu.  Keengganan Areej menerima Emran merupakan satu pangajaran buat anak terunanya itu.  Setiap kali bertukar-tukar pasangan tidak pernah menginsafkannya, jika tidak kerana penolakan demi penolakan Areej Emran masih dengan tabiat yang sama.  Menabur wang kepada gadis-gadis yang tak menghargai cuma inginkan kesenangan dengan cepat semata-mata.
Terkadang jika Emran rimas dengan perempuan-perempuan yang dimanjakan dengan kebendaan Emran lari tidur di banglonya, baru isteri dan dirinya dapat meleraikan rindu pada anak teruna bujangnya, nak harapkan kakak-kakak dan abang-abang Emran untuk datang menjenguk tunggu hari rayalah jawabnya.  Masing-masing jauh dan berkeluarga.  Sibuk dengan dunia sendiri.  Cuma Emran yang ada dekat.
“Apa lagi yang nak dibaca?” soal Zahira menjenguk di pintu dapur.
“Tak ada apa, cuma hal kerja,”  balas Esmail berpaling melihat isteri kesayangannya yang sudah duduk di tepinya memasang tv untuk menonton drama.  Tentu sudah siap masak.
“Dahlah tu, cukup-cukuplah dengan akhbar tu, mandi dan solat dulu, saya dah siap masak tunggu masa nak makan saja,”  beritahu isterinya
“Baiklah puan Zahira!”  Esmail berseloroh.

“Abang, nanti panggil Emran sama ya,” pinta Zahira. Tersengih Esmail.

Tiada ulasan: