Isnin, 15 Julai 2013

SUP KAKI AYAM RS

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah,

PARA pembaca yang budiman,


Hari ini RS ingin berkongsi resepi simple iaitu sup kaki ayam.  Berikut adalah bahan-bahannya dan cara-cara memasak sup simple RS ini :

1 Biji Bawang Merah (dihiris nipis-nipis)
2 Biji Bawang Putih (dihiris nipis-nipis)
2 Keping Asam Keping
1 Batang kecil kayu manis
300gm Kaki Ayam (telah dibuang/potong kuku)
Air
1 Sup Bunjut Adabi
Sedikit Garam
Cara Memasak: 
  1. Rebus Kaki Ayam sehingga empuk dengan air paras penuh.  Api hendaklah perlahan.  Bila Kaki Ayam dah empuk, air dah surut tambahkan air separas tinggi kaki ayam dalam periuk.
  2. Masukkan asam keping, bawang putih, bawang merah, bunjut, kayu manis.
  3. Didihkan.  Tambah sedikit garam sebagai perasa.
  4. Hidangkan.
Selamat mencuba.

Tatitu...  

Tiada ulasan: