Jumaat, 19 Julai 2013

Apa itu Fobia



Fobia merujuk kepada ketakutan yang tidak rasional, boleh dikatakan tidak waras sehingga menjadikan seseorang menjauhi sesuatu benda atau situasi demi mengelakkan diri daripada dengan apa yang ditakutinya.  Terdapat fobia yang pelik dan aneh, jarang sekali berlaku kepada masyuarat setempat.  Namun ia memang wujud kepada sebilangan pihak yang tidak mampu mengawal emosi mereka.  Terdapat 3 kategori fobia utama dan 5 jenis fobia yang pelik.  
3 fobia utama seperti yang diketahui daripada sumber. Pertama adalah fobia spesifik bermaksud fobia terhadap sesuatu objek atau situasi contohnya labah-labah, ketinggian ataupun ketika terbang.  Kedua, fobia social iaitu ketakutan terhadap perkara memalukan atau dimalukan dalam suasana bersosial. Ketiga, adalah agoraphobia iaitu fobia untuk berada jauh dari tempat yang difikirkan selama.
5 jenis fobia yang pelik iaitu resah apabila berada di tempat suhu sejuk tinggi, yang dikenali sebagai cryophobia seperti di Umiat di Alaska dan Yakutsk di Siberia, kebiasaannya mereka ini akan mengelak untuk pergi tempat itu.  Kedua Hodophobia di mana takut dengan kenderaan yang dinaiki mereka dan kurang percaya dengan orang lain yang memandu kenderaan itu dan mereka lebih suka memandu sendiri.  Ketiga, Macrophobia yang bermaksud takut menunggu terlalu lama, memang benar semua orang tidak suka menunggu dan mereka jenis ini mengalami ketakutan yang luar biasa sehingga panik teruk dan muntah.
Dianggarkan 18% daripada jumlah penduduk Amerika Syarikat menderia fobia.  Seseorang itu boleh mendapat fobia daripada apa saja.

Tiada ulasan: