Rabu, 24 Julai 2013

Cucilah Buah Pinggang

Assalammualaikum w.b.t
Semua sedia maklum buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi. Ia menapis darah kita untuk mengeluarkan garam atau bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan. Di sini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. 

Terdapat satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan garam serta bahan-bahan lain dari dalam badan kita dengan kos RM 2.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan bahan-bahan lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Siapa tak kenal daun sup, go to pasar sayur tanya penjual sayur tu sure dia beritahu yang mana satu daun sup...

Thanks mr.google akan banyak membantu awak semua!

Selamat mencuba!

Untuk awak semua di bawah ini adalah imej daun sup :

Tiada ulasan: