Ahad, 21 Julai 2013

Belajar tentang Plot

Assalammualaikum w.b.t

Urutan dalam sesebuah cerita itu dipanggil Plot.  Terdapat 5 peringkat plot iaitu :
  • Plot Permulaan 
Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita.
  • Plot Perkembangan 
Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain. 
  • Plot Perumitan/Konflik 
Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita. 
  • Plot Klimaks 
Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan
  • Plot Peleraian
Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka.

Hasil google RS itulah maksud Plot.  Jadi pada adik-adik yang berminat mahu menjadi novelis pastikan faham dahulu tentang plot sesebuah cerita kerana ada 3 kategori iaitu Maju, Mundur dan Campuran.

Plot maju adalah seperti 5 plot di atas mengikut turutan, manakala;
Plot mundur adalah dimulakan dengan plot no.5 dan ke atas no.1
Plot campuran pula adalah di mulakan dari mana-mata plot cerita contohnya dimulai dengan konflik terlebih dahulu dan pengenalan kemudian klimaks, peleraian seterusnya pengenalan.

Jadi yang mana satukah plot cerita yang adik-adik kehendaki?  Selamat menulis...
 
Moga berjumpa lagi.

RS.

Tiada ulasan: