Sabtu, 20 Julai 2013

Menulis Vs Kesihatan

Assalammualaikum w.b.t

Nak dikatakan RS sibuk memanjang tidak rasa-rasanya tetapi kekangan masa itu terjadi adalah disebabkan kesihatan RS tidak menentu.  Kadangkala bila mana masa-masa sihat, anak-anak pula meminta perhatian.  Sekarang pun banyak masa tertumpu kepada anak-anak yang masih kecil.  Soal menulis ditolak ke tepi dahulu, bukan tidak mahu menulis namun adakalanya kesihatan tidak mengizinkan apatah lagi komitmen kerja bila tiba waktu fixed dengan menyiapkan kertas kerja sehingga terkejar-kejar dengan deadline.  

Tahun ini RS perlu menyediakan 3 Kertas Kerja, bayangkan 1 kertas kerja sehingga 4 Fail Keras penuh dan berat pulak tu... Untuk bulan Ogos sehingga November fullpack memang tak boleh nak buat apa, kerana itu dah tugas yang telah diamanahkan kena beri komitmen terbaik. 

Disebabkan itulah menulis menjadi tempat nombor entah ke berapa dalam senarai RS, sememangnya kemahuan RS menulis itu menjadi satu priority namun tidak jadi begitu.  Kesihatan yang baik RS perlukan untuk bertugas di luar kawasan selama 2 minggu bermula bulan Ogos ini.  21 hari tempoh masa menyiapkan Kertas Kerja untuk satu-satu tugasan.  Sudah tentu tugasan ke-2 pada akhir bulan September baru bermula, kemudian tugasan ke-3 pada akhir bulan November. 

Kesihatan itu EMAS, ia memang EMAS, banyak masa RS kerana tak sihat, adakalanya RS bertanya pada diri sendiri mengapa sering rasa tak sihat.  Sejak 5hb Julai 2013 sehingga 18hb RS menahan rasa pedih di perut dan pinggang yang sakit, Jumpa doktor cuma beri diagnosis kerana gastrik tapi yang sengsara menahan sakit adalah RS.  Mungkin RS sakit kerana alternatif lain kut?  Itu yang terlintas di fikiran.

Alhamdulillah RS sihat hari ini, mampu membaca dengan baik tetapi tidak boleh terlalu berfikir.  Karya-karya yang ada cuma perlu touch-up agar nampak gemerlapan, perlukan masa untuk membaca, mengedit dan menilai satu-satu bab agar ianya lancar dan sedap di baca.

Kesimpulannya RS perlu mencari jalan agar menulis dapat dibuat dengan lancar.  Sekarang dah tahun 2013, novel 1st RS diterbitkan untuk tahun 2011 bermaksud jika tahun ini tiada novel baru sudah 2 tahun RS sepi dari dunia novelis.  RS harap RS mampu seperti novelis-novelis tersohor tanahair, mereka setiap tahun sebuah novel dan ada yang menghasilkan 2 buah novel setiap tahun.  Jelesnya pada kesihatan mereka, begitu sebenarnya.  Bukan RS tak mampu menulis tetapi kesihatan telah diragut begitu.

Akhir kata, doakan RS semoga cepat sembuh dari penyakit ini dan semoga RS mampu menulis dengan baik dan tulisan RS ada 'soul' and 'mate'. Ibarat lagu dan irama andai terpisah pincanglah lagu.

Semoga berjumpa lagi.

salam sayang

RS.

Tiada ulasan: