Assalammualaikum w.b.t.
Bulan Ramadhan, adalah satu bulan rahmat pemberian TUHAN Yang Maha
Esa kepada hamba-NYA untuk melakukan ibadat, mencari keredhaan-NYA, serta
mencari pengampunan serta pahala sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Ramadhan
bukan untuk kita bermalas-malasan kerana menahan penat, lapar dan dahaga. Namun,
Tahukah ANDA bahawa semasa bulan berpuasa inilah pelbagai peristiwa besar yang
telah berlaku yang boleh menjadi pedoman serta kebanggaan pada umat ISLAM
seluruhnya. Perjuangan Islam tetap diteruskan tanpa mengira penat, lapar dan
dahaga semata-mata untuk meneruskan martabat serta mempertahankan AGAMA ISLAM
ke seluruh seantero dunia sehinggakan kuasa-kuasa barat terlalu takut dengan
kekuatan umat Islam satu masa dahulu. Antara Tamadun, sejarah serta peristiwa
besar ISLAM adalah seperti:
BULAN DITURUNKAN AL-QUR'AN
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang
diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan
salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, ALLAH S.W.T juga menurunkan
kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan
Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR
Pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang
pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di
sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal
lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini
melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota
tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera
Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi
ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar
biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut
kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang
Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas
sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi
mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah
menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
"Sesungguhnya Allah
menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang
lemah. Sebab itu bertakwa lah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan
yang nyata."
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan
kemenangan bermaksud membuka Mekah.
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung
Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar
pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi
menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai
ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi
menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan
kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap
taat kepada perintah Nabi Muhammad SAW. Beliau sendiri memimpin tentera seramai
30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera
Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui
kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom
sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom
tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai
sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad SAW
mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman
khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama
Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun
ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL
‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW
menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari
sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al
Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab
Jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut
oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan
tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza.
Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya
menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat
Islam berjaya membebaskan Mekkah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu
tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke
Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka
datang ke Mekkah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar
Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini
dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah
bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa
waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92
Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani
Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut
yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat,
Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk
berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi.
Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang
tinggi nilainya kepada dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH: PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan
tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika
Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit,
Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai
oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa
yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan
umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga
1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan
penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan
mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali
sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi
sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke
Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh
kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai
umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam
Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15
Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit
membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari
Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua
pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih
kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang
memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya
dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal
dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera
Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah
yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan
tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh
dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama
yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan
tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10
Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.
Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang
Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel
sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara
Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya
menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan
sehingga ke Terusan Suez.
Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di
Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar
Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev
sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev
yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi
peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus
mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah
peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al
Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambil alih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah.
Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez
berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa
menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
Oleh itu,
adakah kita masih bermalas-malas di bulan Ramadhan dan menanggap bahawa bulan
Ramadhan ini bulan yang memenatkan, meletihkan dan sebagainya. Dengan peristiwa
besar seperti peperangan menunjukkan bahawa orang zaman dahulu sanggup
berkorban serta mempunyai keimanan yang tinggi walaupun di Bulan Ramadhan untuk
mempertahankan dan memartabatkan agama ALLAH SWT.
Jadi renung-renungkanlah
buat pedoman kita bersama untuk meneruskan perjuangan yang suci ini.
Insha-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan