Assalammualaikum w.b.t.
Antara Dalil yang menceritakan Lailatul Qadar
Lailatul
Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa
buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .
Firman
Allah SWT :
Ertinya
: "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di
Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam
Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya
: Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh
malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang
lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah
lagi hadis menyebut :
انه
كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya
: "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam
al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر
أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya
: " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan
malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi
isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para
ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam
lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat
tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu
seperti hari esoknya yang tidak terlampau panas dan tidak pula sejuk, matahari
pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari
hadith-hadith yang sohih.
Jawabnya,
tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih
dari itu.
Menurut
pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh
malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith
Nabi menyebut:-
التمسوها
في العشر الأواخر من رمضان
Tarikhnya
Berubah atau Tetap Setiap Tahun
Sebahagian
ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27
Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula
berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu
tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain
dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah
jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan
berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى
رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر،
فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya
: Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir,
sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" (
Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari
tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh
kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh
kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat
bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di
zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh
itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya,
sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة
القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya
: "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, no 1386 )
Doa
Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah
s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak
kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam
firmanNya :
فَمِنَ
النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ
مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya
: Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah
kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang
menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas
dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu
Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi
kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat
apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk
bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat
doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم
مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya
: "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami
dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di
malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan
Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w. kepada Aisyah r.a :-
وقالت
عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول؟
قال:
قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya
: "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu
Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : "
Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat
suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Kata
sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam
21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada
hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam
tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran
tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti
dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira
dengan hari permulaan puasa.
Menurut
Imam sekiranya permulaan puasa jatuh
pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Antara Amalan-Amalan Mulia Untuk
Mendapatkan Keberkatan Lailatul Qadar :
1) Qiamulail
2) Zikirullah
3) Berdoa
4) Membaca Al-Quran
5) Bermunajat
6) Dan banyak lagi amalan
yang diredhai ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan