Rabu, 31 Julai 2013

Peristiwa Besar semasa Bulan Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t.
 
Bulan Ramadhan, adalah satu bulan rahmat pemberian TUHAN Yang Maha Esa kepada hamba-NYA untuk melakukan ibadat, mencari keredhaan-NYA, serta mencari pengampunan serta pahala sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Ramadhan bukan untuk kita bermalas-malasan kerana menahan penat, lapar dan dahaga. Namun, Tahukah ANDA bahawa semasa bulan berpuasa inilah pelbagai peristiwa besar yang telah berlaku yang boleh menjadi pedoman serta kebanggaan pada umat ISLAM seluruhnya. Perjuangan Islam tetap diteruskan tanpa mengira penat, lapar dan dahaga semata-mata untuk meneruskan martabat serta mempertahankan AGAMA ISLAM ke seluruh seantero dunia sehinggakan kuasa-kuasa barat terlalu takut dengan kekuatan umat Islam satu masa dahulu. Antara Tamadun, sejarah serta peristiwa besar ISLAM adalah seperti: 

BULAN DITURUNKAN AL-QUR'AN
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, ALLAH S.W.T juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. 

PERISTIWA BADAR  Pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125. 

"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertakwa lah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."


ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi
Muhammad SAW. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: 

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata."

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad SAW. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.


ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad SAW mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA 
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab Jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir. 


PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekkah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekkah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.


PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL) 
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat. 


PEPERANGAN ZALLAQAH: PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.                                                                          


PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.


TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL 
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. 
 
Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambil alih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Oleh itu, adakah kita masih bermalas-malas di bulan Ramadhan dan menanggap bahawa bulan Ramadhan ini bulan yang memenatkan, meletihkan dan sebagainya. Dengan peristiwa besar seperti peperangan menunjukkan bahawa orang zaman dahulu sanggup berkorban serta mempunyai keimanan yang tinggi walaupun di Bulan Ramadhan untuk mempertahankan dan memartabatkan agama ALLAH SWT.

Jadi renung-renungkanlah buat pedoman kita bersama untuk meneruskan perjuangan yang suci ini.

Insha-Allah.
 

Selasa, 30 Julai 2013

Sambungan Malam Lailatul Qadar

Assalammualaikum w.b.t.
 
Antara Dalil yang menceritakan Lailatul Qadar
 
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .

Firman Allah SWT :
 
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Waktunya
 
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampau panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun
 
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر،
 
 فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
 
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين


Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :
 
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
 
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w. kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول؟
 
 قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut Imam  sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
 
Antara Amalan-Amalan Mulia Untuk Mendapatkan Keberkatan Lailatul Qadar :
 
1)    Qiamulail
2)    Zikirullah
3)    Berdoa
4)    Membaca Al-Quran
5)    Bermunajat
6)    Dan banyak lagi amalan yang diredhai ALLAH
 

Isnin, 29 Julai 2013

10 Hari Malam Lailatul Qadar

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Syukur kita kepada ALLAH S.W.T kerana masih memberi kehidupan dan nyawa kepada kita semua untuk terus melakukan AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR… Di kesempatan Ramadhan yang penuh keberkatan inilah kita perlu memperbanyakkan pahala dan menghapuskan dosa-dosa yang lalu dengan memohon taubat… Dengan 10 malam Ramadhan terakhir ini, ALLAH telah menjanjikan Pembebasan dari Api Neraka kepada kita dan malam yang lebih baik dari 1000 Bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan.”              
-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a.-

Lailatul Qadar

'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. 

Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. 

Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. 

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasulullah S.A.W. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

 
Sejarah ringkas Malam al-Qadar

Apabila sahabat-sahabat RasulullahS.A.W. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu ALLAH ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Bilakah Malam LAILATUL QADAR

1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.

2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

 
Siapakah yang mendapat Lailatul Qadar

1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah S.A.W “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

 
Apakah Doa dan amalan Lailatul Qadar

1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.

3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika kebetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)

4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ


Cuaca pada malam Lailatul Qadar

1. Cuaca malam Lailatul Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).

2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

 
Cerita ganjil yang berlaku pada malam Lailatul Qadar

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat disahihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang yang tertentu sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.

Ahad, 28 Julai 2013

Sejarah Mee Segera

Assalammualaikum w.b.t
 
Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.



Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi. Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.





Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.




China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.



Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

Sabtu, 27 Julai 2013

Janji Syurga Untuk Isteri

Assalammualaikum w.b.t.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud:Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)”.
Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya”. (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untukistimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

 Rasulullah SAW bersabda,"Lihatlah di mana dirimu pada suamimu,sesungguhnya ia adalah syurga atau nerakamu."(Thabrani)
   Allah SWT berfirman,"Mereka (para isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu (para suami) adalah pakaian bagi mereka."(alBaqarah ; 187)
   Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Ibrahim Ali bahawa tempat ketenangan bagi seorang suami adalah isterinya.Begitu juga sebaliknya ketenangan seorang isteri adalah suaminya.Di antara keduanya akan terbentuk rasa kasih sayang dan cinta.Ini adalah satu nikmat daripada Allah bagi manusia.Melalui pernikahan Islam menghendaki agar hubungan lelaki dan wanita menjadi kuat ,mantap dan kekal serta dapat menjadi pasangan yang bersatu dalam kerja,maksud,tujuan dan cita-cita.
   Sedangkan Syeikh Abdul Halim mengatakan Allah menghendaki daripada seorang wanita solihah agar menjadi pententeram hati bagi suami dengan segala makna kata 'tenteram' yang meliputi ;- kepuasan,ketenangan,kebahagiaan,kedamaian dan seterusnya.
   Asmaa' Binti Kharijah menasihati anak perempuannya ketika melangsungkan pernikahan anak perempuannya iaitu ;-
  • Wahai anakku,kini engkau telah keluar dari sarang yang di situlah engkau dahulu dilahirkan sehingga engkau menjadi besar.Kini engkau akan beralih ke satu hamparan dan rumah yang engkau belum mengenalnya dan juga engkau harus berkawan dengan seseorang yang belum tentu serasi denganmu.
  • Itulah suamimu,jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit bagimu.jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi sebagai tiang untukmu.
  • Janganlah engkau menyibukkannya dengan  bermacam kesukaran,sebab,itu akan membuatkan ia meninggalkanmu.
  • Janganlah engkau terlampau menjauh daripadanya,agar ia tidak melupakanmu,tetapi jika dia mendekatimu,maka dekatilah ia.
  • Peliharalah suamimu itu dengan benar,baik hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lainnya.Janganlah kiranya suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula mendengarkannya melainkan yang enak dan jangan pula melihatkannya melainkan yang indah .
  • Apa yang penting seorang isteri adalah sendi utama di tengah-tengah rumahnya.Seorang isteri hendaknya banyak duduk di dalam rumahnya,sedikit berbicara dengan jiran tetangganya dan jangan masuk ke rumah jiran kecuali dalam keadaan yang sangat perlu.
  • Seorang isteri hendaknya menjaga suaminya baik di waktu suami berpergian atau ketika suami di rumah.Usahakanlah agar suami selalu berada di dalam keadaan 'gembira'.Jangan sesekali kamu mengkhianati suamimu dan hartanya.Dan jangan pula kamu keluar dari rumahnya melainkan dengan ada izin daripada suamimu.
  • Sekiranya ada seorang kawan suamimu datang ke rumahmu dan beliau berada di muka pintu rumah tetapi saat itu suamimu tidak ada di rumah maka tidak perlulah kamu cuba untuk bercakap-cakap dengannya.Hendaklah kamu sentiasa menjaga perasaan 'cemburu' suamimu terhadapmu.
  • Seorang isteri hendaklah merasa puas dengan apa yang ada pada suamimu.Mengenai apa sahaja yang di rezeqikan Allah SWT padanya.Kamu harus mendahulukan hak suamimu di atas hakmu sendiri serta hak keluarga lainnya.
   Demikianlah nasihat seorang ibu yang budiman kepada puterinya dalam kewajipannya untuk menjadikan puterinya sebagai isteri yang solihah dan taat pada suami.Maka ada beberapa hal yang selayaknya ditunaikan oleh setiap wanita solihah terhadap suaminya dalam rangka mewujudkan keredhaan Allah SWT dan suami sehingga menjadi bekal menuju syurga.
                                               Hak Suami.

    Rasulullah SAW bersabda,"Wanita tidak dapat menunaikan hak Allah SWT sehingga dia menunaikan semua hak-hak suaminya walaupun suaminya memintanya (untuk menggaulinya) di atas pelana kenderaan,tetap belum tertunaikan haknya."(Thabrani)
   Bersabda Rasulullah SAW,"Wahai sekalian wanita!Bertaqwalah kepada Allah SWT dan peganglah keredhaan suamimu.Sesungguhnya wanita apabila mengetahui akan hak-hak suaminya dia akan tetap berdiri selama makan siang dan makan malamnya."(Abu Nuaim)
   Aisyah R.anha berkata,"Wahai kaum wanita,sekiranya kamu tahu hak-hak suamimu yang harus kamu penuhi,kamu pasti menyapu debu-debu dari kedua tapak kaki suamimu dengan wajahmu."
   Hadis-hadis di atas secara jelas telah menekankan betapa tingginya hak seorang suami yang harus ditunaikan oleh isteri.Akan tetapi di zaman sekarang ini,berapa ramaikah isteri-isteri yang ambil kisah dalam menunaikan hak-hak suaminya?Bahkan,jangankan menunaikan hak-hak suami,rasa ingin tahu apakah 'hak-hak' seorang suami pun masih ramai yang tidak mahu ambil tahu.
   Hak manusia yang paling utama ditunaikan bagi seorang isteri adalah suaminya.Selagi hak-hak suami belum ditunaikan selagi itulah hak-hak Allah SWT belum terpenuhi.Allah SWT akan tanya kembali di akhirat nanti mengenai hak-hak sesama manusia,samaada ditunaikan ataupun tidak.Sehebat mana pun si isteri beribadah kepada Allah SWT,tetap Allah SWT menganggap belum tertunaikan hakNya jika si isteri belum menunaikan hak-hak suaminya.
   Ada beberapa hak yang utama menjadi kewajipan isteri untuk menunaikannya.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,"Hak suami atas isteri adalah,bermalam di tempat tidurnya,menyenangkan janjinya,mentaati perintahnya,tidak keluar rumah kecuali dengan izin daripadanya dan tidak membenarkan siapa sahaja yang dibenci suaminya masuk ke rumah."(Thabrani)
   Alim Ulamaa' telah menyimpulkan beberapa hak-hak suami yang harus dipenuhi oleh isteri,di antaranya ialah ;-
  • Taat kepada suami.
  • Menjaga kehormatan suami.
  • Bersikap menyenangkan di hadapan suami.
  • Berhemah dalam mengeluarkan harta suami.
  • Tidak benarkan lelaki lain masuk ke rumah tanpa izin dari suam.i
  • Tidak menolak ajakan suami untuk bersetubuh.
  •  Menjaga rahsia suami.
  • Tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
  • Menjaga hartanya.
  • Menerima giliran sekiranya mempunyai saudara 'madu'.
   Masih banyak lagi hak-hak suami ke atas isterinya selain di atas.
   Sekarang ini,ramai wanita faham akan hak-hak dirinya sendiri terutama dalam 'pemberian' nafkah ataupun material tetapi dalam hal agama?Sedikit sekali wanita yang ambil peduli sehingga sangat jarang mereka menuntut hak-hak itu daripada suaminya.Ini menyebabkan fitnah demi fitnah pun muncul di mana-mana.
                                            Taat Kepada Suami.

   Rasulullah SAW bersabda,"Sekiranya aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud di hadapan selain Allah SWT maka sesungguhnya aku perintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya.Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya,tidak seorang isteri itu menunaikan hak-hak Allah SWT sebelum dia tunaikan semua hak-hak suaminya.Hinggakan,seandainya suaminya 'meminta' dirinya dan kala itu dia berada dia tas pelana kenderaan,tidaklah boleh dia menolaknya."(Ahmad,IbnuMajah,Ibnu Hibban)
   Allah SWT berfirman,"Lelaki lebih kuat daripada wanita."(An Nisaa' :24)
   Sebagai wanita solihah,haruslah yakin dan terima dengan penuh kerelaan bahawa suaminya adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan berkedudukan di bawah suaminya.Juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk taat kerana kesolihan itu berkait rapat dengan ketaatan.Tidak boleh seseorang dikatakan solih jika dia tidak mempunyai ketaatan.Orang yang tidak taat adalah orang yang bermaksiat.Sebagaimana firman Allah SWT,"Adapun orang-orang yang solihah adalah qanitaatt (orang-orang yang taat) dan hafizaat (orang-orang yang menjaga diri)saat suami tiada dengan sebab penjagaan Allah SWT ke atasnya."(An Nisaa':34)
   Dalam 'Huququl Mar'ah' dikatakan bahawa isteri yang tidak taat kepada suami bererti dia telah bermaksiat kepada suaminya dan isteri yang bermaksiat kepada suami bererti dia telah bermaksiat kepada RasulNya dan barangsiapa bermaksiat kepada Rasulullah SAW bererti dia telah bermaksiat kepada Allah SWT.Jadi wajarlah sekiranya Malaikat mendoakan laknat kepada isteri yang tidak mentaati suaminya.
   Imam Nawawi Rah.a menulis bahawa, Isteri mesti sedar bahawa dirinya adalah milik suami seperti tawanan yang lemah yang tak berdaya di hadapan suami.Selalu tunduk dan taat kepada suami.Sehingga Alim Ulama' telah berpendapat bahawa,
  • Segala perbuatan isteri mesti ada izin daripada suami .
  • Isteri hendaklah merasa malu terhadap suami.
  • Tidak berani menentang suami.
  • Menundukkan pandangan di hadapan suami.
  • Merendahkan suara.
  • Taat kepada suami apabila diperintahkan oleh suami selain perkara yang membawa kemaksiatan kepada Allah SWT.
  • Diam ketika suami bercakap.
  • Hantar suami ke muka pintu ketika suami mahu keluar rumah.
  • Menyambut ketika suami hadir dengan manis muka.
  • Menunjukkan rasa cinta kepada suami.
  • Mencium suami sebelum tidur.
  • Memakai wangian ketika berada di samping suami.
  • Selalu berhias ketika berhadapan dengan suami.
  • Tidak berhias ketika ketiadaan suami di sisi.
   Ketaatan kepada suami adalah mutlak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Ibnul Jauzi bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah wajib.Namun ketaatan yang wajib itu terbatas,iaitu hanya perkara yang dihalalkan bukan yang diharamkan,contohnya,sekiranya suami mengajak bersetubuh ketika haid,pada siang hari di bulan Ramadhan,mengajak untuk tidak solat dan sebagainya,maka tidak wajib taat.Allah SWT tidak akan menyuruh mentaati makhluk dalam hal-hal yang bertentangan denganNya.
   Syeikh Abdul Halim menambah,sekiranya suami menyuruh untuk berhias seperti Jahiliyyah,berkumpul dalam majlis yang bercampur lelaki dan wanita maka isteri tidak wajib untuk taat kepada suaminya.
   Selanjutnya beliau menulis bahawa seorang wanita solihah mestilah berhati-hati agar kekurangan yang ada pada suami tidak menjadi alasan untuk membantah perintahnya.Kurang harta,ilmu,kedudukan mahupun kebangsawanan terutama apabila isteri itu sendiri mempunyai kelebihan tersebut lebih tinggi daripada suaminya,seharusnya seorang isteri itu bertaqwa kepada Allah SWT,istiqamah dengan batas-batas syariatNya semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.
   Ada satu cerita pada zaman Nabi SAW,ada seorang lelaki mahu berangkat pergi berperang,dia berpesan kepada isterinya,"Wahai isteriku,jangan sekali-kali keluar dari rumah ini sehingga aku pulang." Kebetulan ayah isterinya menderita sakit,maka isteri tadi mengutuskan seorang lelaki pergi menemui Nabi SAW.Rasulullah SAW bersabda kepada utusan itu,''Suruhlah isteri itu taat kepada suaminya."Maka wanita itu taat kepada suaminya dan tidak berani keluar dari rumahnya.Selepas itu ayahnya pun meninggal dunia tetapi dia tetap sahaja di rumahnya dan tidak sabar menunggu kepulangan suaminya.Maka Allah SWT mewahyukan kepada NAbi SAW,"Sesungguhnya Allah SWT telah mengampuni ayah wanita itu kerana ketaatan kepada suaminya."
   Untuk itu,sangat ditekankan kepada para isteri agar tidak mencari-cari kelemahan suami sehingga mempengaruhi ketaatannya kepada suami.Jika dicari kelemahan itu pasti akan menjumpainya dan perkara ini boleh menghancurkan rumahtangga sendiri.Sekiranya kelemahan itu terlihat jua oleh mata kita,tugas isteri adalah cuba memperbaikinya dengan cara bijaksana tanpa mengurangi rasa hormat dan taat kepada suami.
                                            Khidmat/Melayani Suami.

   Rasulullah SAW telah memberi perhatian yang tinggi kepada setiap isteri dalam berkhidmat kepada suami seperti dalam nasihat Baginda SAW kepada puterinya Fathimah R.Anha,Rasulullah SAW bersabda,
  • Wahai Fathimah,wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya,Allah SWT akan menetapkan pada setiap biji tepung itu,kebaikan,menghapuskan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
  • Wahai Fathimah,yang lebih utama dari seluruh keutamaan yang disebutkan di atas adalah keredhaan suami ke atas isterinya.Andaikata suamimu tidak redha kepadamu maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fathimah,kemurkaan suami adalah kemurkaan Allah SWT.
  • Wahai Fathimah,tidaklah wanita yang berkhidmat melayani suaminya sehari semalam dengan rasa senang hati dan penuh keikhlasan serta niat yang betul melainkan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan memakaikannya dengan pakaian hijau gemerlapan pada hari qiamat dan menetapkan baginya pada setiap rambut pada tubuhnya 1000 kebaikan dan Allah memberi kepadanya pahala 100 ibadah haji dan umrah.
  • Wahai Fathimah,apabila seseorang isteri itu tersenyum manis kepada suaminya,Allah akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang.
  • Wahai Fathimah,wanita yang membentangkan tempat tidur  untuk suaminya dengan senang hati,malaikat pemanggil dari langit akan menyerunya untuk menghadapi amalnya dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang sudah lalu dan yang akan datang.
  • Wahai Fathimah,seseorang wanita yang meminyaki rambut  dan janggut suaminya,mencukur kumisnya dan memotong kukunya,Allah SWT akan memberinya arak yang masih tertutup ,murni dan belum terbuka dari sungai-sungai dalam syurga Allah.Allah akan mudahkan saat sakratulmautnya,kuburnya akan ditemui sebagai taman-taman syurga dan Allah menetapkan baginya bebas dari api neraka dan selamat melalui titian sirat.

   Ibnu Mas'ud RA berkata,Nabi SAW bersabda,"Apabila seorang isteri membersihkan pakaian suaminya maka Allah mencatatkan baginya 1000 kebaikan dan mengampuni kesalahannya dan segala sesuatu yang disinari oleh matahari meminta ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat baginya."
   Ali RA berkata,"Jihad seorang wanita adalah menguruskan suaminya dengan baik."
   Dalam 'Mustadrak' dinukilkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Tugas seorang wanita adalah,membuka pintu dan menyambut suaminya." Dalam sabdanya yang lain,"Seorang isteri bertugas untuk menyediakan bekas air dan tuala untuk membasuh tangan suaminya."
                                          Keredhaan Suami.
   Hendaklah difahami bahawa keredhaan suami adalah kunci kebahagiaan hidup seorang isteri.Ini yang seharusnya selalu diusahakan,Rasulullah SAW,"Sesiapa sahaja wanita yang meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya maka dia kan masuk syurga."(Tirmidzi,Ibnu Majah,Hakim)
   Rasulullah SAW bersabda,"Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa sunat pada waktu adanya suami di sisi melainkan di izinkan oleh suaminya.Juga tidak boleh isteri membenarkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya."(Bukhari,Muslim)

   Rasulullah SAW bersabda,"3 orang yang tidak akan naik solat mereka dari kepala walaupun sejengkal ;-
  1. Seorang lelaki yang mengimami suatu kaum padahal mereka membencinya.
  2. Seorang isteri yang bermalam padahal suaminya marah padanya.
  3. 2 orang saudara yang bermusuhan.(Ibnu Majah)."
    Rasulullah SAW bersabda," 3 orang yang solat mereka tidak akan diterima dan tidak akan sampai kebaikan mereka ke langit;-
  1. Hamba yang lari daripada majikannya,sehingga dia kembali.
  2. Isteri yang dimarahi suaminya sehingga suaminya redha kepadanya.
  3. Orang yang mabuk sehingga dia sedar."
   Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa suatu ketika Fathimah R.Anha,datang menemui Rasulullah SAW,ketika melihat Rasulullah SAW,bercucuranlah airmatanya dan riak wajahnya berubah kesedihan.Nabi SAW bertanya,"Kenapa denganmu anakku?" Fathimah R.Anha menjawab,"Wahai Rasulullah SAW,malam tadi aku dan Ali bergurau dan aku tercakap sesuatu yang membuatkan dia marah padaku.Ketika aku melihat dia (Ali) marah,aku menyesal dan mula rasa susah hati maka aku berkata kepadanya,'Hai kekasih ku,kesayanganku,maafkanlah kesalahanku,lalu aku mengelilinginya dan merayu kepadanya sebanyak 72 kali sehingga dia akhirnya dia rela dan mentertawakanku dengan segala kerelaannya,tapi aku tetap merasa takut kepada Tuhanku."
   Rasulullah SAW  bersabda kepada Fathimah R.anha,
"Wahai anakku demi zat yang telah mengutusku sebagai Rasul dengan agama yang benar,sesungguhnya sekiranya kamu mati sebelum Ali RA rela kepadamu maka aku tidak akan menyembahyangkan mayatmu."
     Kemudian Baginda bersabda lagi,
  • "Wahai anakku,tidakkah kamu tahu,kerelaan suamimu itu adalah kerelaan Allah dan kemurkaan suamimu itu adalah kemurkaan Allah.
  • Wahai anakku,seorang perempuan yang beribadah betul-betul seperti ibadahnya Maryam A.s puteri Imran tetapi suaminya tidak redha kepadanya maka Allah tidak akan terima segala amal ibadahnya.
  • Wahai anakku,amal yang paling utama bagi para wanita ialah ketaatannya terhadap suaminya 
  • dan sesudah itu tidak ada lagi amal yang paling utama daripada 'bercumbu'dengan suami.
  • Wahai anakku,duduklah satu jam bercium dengan suami lebih baik dari beribadah 100 tahun dan di catat pada setiap pakaian yang dipakai pada waktu bercium tadi seperti pahala seorang yang mati syahid.
  • Wahai anakku,sesungguhnya seorang wanita yang mencium suaminya,memakai pakaian kepada suami dan anak-anaknya,maka sudah pasti baginya syurga.Allah memberikan untuk setiap pakaian yang dipakai dari berbagai jenis pakaian,sebuah kota di dalam syurga.
    Syeikh Abdul Halim mengatakan bahawa seorang muslimah yang bijak adalah yang merasa bahawa  suaminya  sangat serasi dengannya walaupun ada kekurangan suami dalam segi keduniaan.Perkara ini sama sekali tidak mempengaruhi kehidupan rumahtangganya,dia redha dengan apa yang dimiliki suaminya.
   Suri tauladan bagi wanita solihah adalah pasangan-pasangan solihin yang terdahulu.Lihatlah bagaimana mereka mendapatkan 'kunci' tersebut dalam kehidupan mereka.Abu Dardaa' RA berpesan kepada isterinya,"Jika kamu lihat aku sedang marah,maka maafkanlah aku,dan sekiranya aku lihat kamu sedang marah,aku akan memaafkanmu.Kalau tidak demikian maka kita tidak akan pernah bersahabat."
   Imran ibnu Hathan pernah berkata kepada isterinya seorang wanita yang sangat cantik dan muda pula.Sementara itu dia sendiri adalah lelaki yang tidak tampan dan kurang menarik,
"Sesungguhnya aku dan kamu akan masuk syurga,InsyaAllah."
Isterinya bertanya,"Bagaimana itu boleh berlaku?"
Imran  menjawab,"Aku telah diberi oleh Allah SWT isteri yang secantik kamu,lalu aku bersyukur dan kamu telah diberi oleh Allah SWT suami sperti aku,lalu kamu bersabar."(Ibnu Abi Rabbah)
   Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabatnya,"Mahukah aku beritahu kalian,bakal isterimu di syurga?"
Para sahabat R.anhum menjawab,"Ya,ya Rasulullah SAW."
Rasulullah SAW bersabda,"Mereka itu ialah,setiap isteri yang penuh dengan kasih sayang dan banyak anak(subur) dan apabila dia marah atau diganggu atau dimarahi oleh suaminya,lalu dia menyerahkan dirinya dan berkata,'Ini tanganku,terserah kamu,aku tidak boleh tidur selagi kamu tidak 'rela'kanku."(Thabrani)
   Jika melihat hadis di atas nampaknya mudah sekali bagi seorang wanita untuk masuk syurga Allah SWT.Seolah-olah syurga bagi wanita itu hanya 2 langkah sahaja,'redha Allah dan redha suami',itu sahaja.Untuk mendapatkan redha Allah dan redha suami memerlukan keimanan dan amal solih.

                             
                                Perbicaraan Dengan Suami.


   Wanita yang solihah adalah wanita yang sentiasa menjaga percakapannya di hadapan suaminya.Jangan sampai akibat perkataannya boleh membawa kepada kemurkaan Allah dan menyakiti hati suami.Sememangnya hal ini berlaku kerana dorongan nafsu dan emosi yang tidak terkawal.
   Perkara inilah yang sangat-sangat dikhuatirkan oleh Nabi SAW.Diriwayatkan bahawa ketika Baginda SAW mengerjakan solat Kusuf,terbayang-bayang di minda Rasulullah SAW syurga dan neraka.Di dalam neraka itu,Rasulullah SAW melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.Para sahabat R.Anhum bertanya,apakah sebabnya?Rasulullah SAW menjawab,"Mereka tidak mengakui kebaikan suami dan tidak berterima kasih kepada suami.Yakni kamu berbuat baik kepada isterimu sepanjang hayatmu tapi suatu ketika apabila pergaduhan atau salah faham,mereka berkata,'Aku tidak pernah dapat apa-apa kebaikan pun daripada kamu.''(Muttafaqun Alaih)
   Ya'la Ibnu Munabbih menceritakan,ada seorang suami yang datang berjumpa Rasulullah SAW,menceritakan bahawa setiap kali dia datang,maka isterinya yang solihah menyambutnya dengan kata-kata,"Selamat datang wahai Tuan pemilik rumah,jika kehendakmu adalah untuk akhiratmu,semoga Allah meningkatkan dengan kemahuanmu itu.Jika kehendakmu untuk duniamu,semoga Allah SWT sentiasa memberi rezqi dan merestuimu."
Mendengar demikian Rasulullah SAW bersabda,"Untuk isterimu itu pahala separuh pejuang di jalan Allah.Dialah pekerja yang berada di bawah pimpinan Allah."
   Puteri Sa'id Ibnu Musayyab yang terkenal dengan kesolihannya,mengajarkan kepada para isteri bagaimana caranya berkelakuan di hadapan suami,beliau berkata,"Tidaklah kami berbicara dengan suami-suami kami kecuali sepertimana kalian berbicara di hadapan raja-raja kalian."(Ahkamun Nisaa')
   Syeikh Zakaria mengulas tentang perkara ini,beliau mengatakan,"Maka dari riwayat-riwayat ini dapat difahami bahawa penyebab mengapa wanita kebanyakannya masuk neraka.Dalam sebuah hadis mengenai Hari Raya,diceritakan bahawa setelah mendengar nasihat Rasulullah SAW,semua kaum wanita telah membuka perhisan emas dan perak dari telinga dan leher mereka,lalu diletakkan di dalam kain Bilal RA yang bertugas mengumpulkan sedekah pada masa itu.
   Dinukilkan oleh Syeikh Ahmad Hussin dalam buku 'alMaraatul Muslimaat Amamaat Tahdiyaat' bahawa satu kali As-Sya'bi bertanya kepada Syuraih Al-Qadhi tentang rumahtangga.Syuraih berkata."Selama 20 tahun aku belum pernah melihat sesuatu yang membuatkan aku kesal dengan isteriku.Semenjak malam pertama aku bertemu dengan isteriku,ternyata dia sangat cantik,tidak ada bandingannya.Ketika aku melaksanakan 2 rakaat solat syukur,aku melihat isteriku juga melakukan perkara yang sama.Dia berkata kepadaku,"Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah,aku memohon pertolohan kepada Allah SWT,sesungguhnya aku adalah seorang wanita yang tidak tahu sedikit pun tentang kebaikanmu,maka jelaskanlah kepadaku apa yang kamu suka,agar aku boleh menunaikannya dan apa yang kamu tidak suka,agar aku dapat meninggalkannya.Dalam kaummu ramai wanita yang layak kamu nikahi dan dalam kaumku ramai lagi lelaki yang layak menjadi suamiku.Tetapi Allah sudah tetapkan ini terjadi,aku sudah menjadi milikmu.Kerjakanlah apa yang Allah telah perintahkan kepadamu,milikilah aku dengan sebaik-baiknya atau ceraikan aku dengan sebaik-baiknya.Aku sampaikan hal ini dan aku memohon kepada Allah untukmu dan diriku."
   Syuraih melanjutkan,"Wahai Sya'bi,demi Allah,dia membuatkanku berceramah dengan masaalah tersebut.Aku berkata," Alhamdulillah,Nahmaduhu wa Nusolli Alaa Rasulihil Kareem.Sungguh kamu telah mengatakan sesuatu yang jika kamu dapat buktikan kebenaran tentang perkara ini,itu nasibmu.Tetapi jika kamu hanya mengada-ada maka hal itu hanya akan 'berbalik' kepadamu.Aku suka ini dan itu,aku tidak suka ini dan itu.Apa yang kamu lihat dari kebaikanku maka sebarkanlah dan apa yang kau lihat dari keburukanku maka sembunyikanlah."
   Isteriku berkata," Siapakah jiran tetanggamu yang kamu benarkan masuk ke rumah?Agar aku membenarkannya dan siapakah mereka yang kamu tidak suka untuk memasuki rumahmu agar aku tidak membenarkannya."
Aku menjawab."Si Fulan,adalah orang baik-baik dan si fulan adalah orang yang tidak baik."
"Wahai Sya'bi,aku hidup dengannya selama 20 tahun belum pernah aku rasa  tidak puas hati kepadanya tentang sesuatu perkara kecuali sekali,itu pun ketika aku berbuat zalim kepadanya."
   Untuk itu diingatkan bahawa seorang isteri mesti menjadikan perbicaraannya dengan suami sebagai penghibur suaminya.Apabila isteri ada 'keluhan' haruslah dilihat waktu dan keadaan suami.Ambil kira tentang suami,yang mana suami pun ada perkara yang banyak menggunakan tenaga dan fikirannya.Maka,walaupun berbagai masalah yang dihadapi si isteri,sebaiknya isteri menyambut dan berhadapan dengan suami dengan kata-kata yang menghiburkan hati dan menyenangkan suami.Jangan sesekali tidak ambil peduli dengan keadaan suami,jadi isteri mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan dan menyakiti suami.
   Nabi SAW bersabda,"Solat seorang wanita yang menggangu suaminya dengan lidahnya tidak diterima oleh Allah walaupun dia berpuasa setiap hari,bangun dan solat di waktu malam,membebaskan hamba sahaya dan membelanjakan hartanya di jalan Allah.Wanita yang lidahnya busuk yang menyakiti suaminya dengan cara seperti iniadalah orang yang pertama akan masuk ke dalam api neraka."(Biharul Anwar ;203)


                                               Menghiburkan Suami.



   Firman Allah SWT yang bermaksud,"Agar kamu merasa tenteram kepadanya."(Ar-Rumm :21)

   Dalam ayat di atas memberi isyarat bahawa wanita haruslah menjadi sebagai 'pelabuhan' ketenteraman,kedamaian dan keamanan bagi kaum lelaki.Ini merupakan tugas fitrah wanita dalam kehidupan ini yang penuh dengan segala macam kesulitan.
   Ummu Mukiminin,Khadijah R.Anha sebagai teladan nombor satu dalam aspek ini.Ketika Rasulullah SAW mengalami ketegangan,Khadijah R.Anha telah meringankan bebanan perasaan yang ditanggung oleh Baginda SAW.Beliau menyejukkan dan menghiburkan Rasulullah SAW seraya berkata,"Demi Allah,Allah tidak akan pernah menghinamu kerana kamu telah menyambung perasaan,membela orang yang dalam kesusahan,menutup kebutuhan orang yang tidak punya,memuliakan tetamu dan menolong sedaya upaya dalam menegakkan kebenaran.
   Ali RA menasihati kepada pasangan suami isteri,"Hiburkanlah hati dari masa ke semasa sebab sekiranya hati itu berbuat benci maka ia akan menjadi buta."
   Sesungguhnya inilah yang diinginkan oleh para suami yakni mendapat ketenangan dan penghibur hati daripada isterinya sendiri sehingga dalam wujudnya 'Rumahku Syurgaku'.
   Syeikh Abdul Halim Hamid mengatakan bahawa,sesungguhnya Allah SWT menjadikan isteri itu sebagai tempat berteduh agar suami tenang dan tenteram di haribaannya.Cinta yang ditunjukkan kepada suami dengan hati nan lembut penuh dengan kasih dan sayang akan segera melenyapkan segala perasaan kusut,penat dan letih setelah bergelut dengan gelombang kehidupan yang penuh cabaran.Setiap orang mengimpikan seorang teman yang mahu mendengar dan berbagi rasa dengannya,termasuklah suami.Wajarlah jika suami mahu keluarganya menjadi sebagai tempat untuk menghiburkan dan melegakan hatinya.Ini semua akan diperolehi setelah isteri memahami perkara tersebut.
   Sebaliknya adalah sangat dicela bagi isteri-isteri yang tidak pandai menghibur suami.Rasulullah SAW bersabda,"Mana-mana wanita yang bermasam muka apabila berhadapan dengan suaminya,maka akan dimurkai Allah SWT sehingga dia dapat membuat suaminya senyum dan redha dengannya." Dalam riwayat lain menyebutkan,"Mana-mana wanita yang derhaka dengan suaminya, akan bangkit dari kuburnya dengan wajah yang berubah menjadi hitam."


           Kisah Isteri Dalam Menghiburkan Suami.



Kisah 1.


   Ketika putera Abu Talhah RA wafat,berkatalah Ummu Sulaim R.Anha kepada keluarganya,"Janganlah kalian memberitahu Abu Talhah tentang anaknya sehingga aku sendiri yang akan beritahunya."
Maka datanglah Abu Talhah RA pada waktu berbuka puasa,lantas mereka  berbuka puasa.Kemudian Ummu Sulaim RAanha berdandan dengan sangat cantik yang tidak  pernah dilakukan sebelum ini maka tertariklah Abu Talhah RA kepada isterinya maka terjadilah hubungan suami isteri pada malam itu.Setelah isterinya (Ummu Sulaim R.anha) merasa bahawa Abu Talhah RA telah puas,berkata lah Ummu Sulaim R.anha kepada Abu Talhah RA,"Wahai Abu Talhah,apa pendapatmu apabila ada satu kaum meminjamkan barang pinjaman kepada kaum lain,ketika kaum tersebut ingin meminta barangnya kembali,apakah yang meminjam itu ada hak untuk menghalang?"
Abu Talhah RA menjawab,"Tidak."
Ummu Sulaim R.anha berkata,"Mohonlah pahala Allah SWT untuk anakmu."Maka marahlah Abu Talhah RA seraya berkata,"Kenapa kau biarkan aku sehingga aku kotor(berjunub) begini baru kau khabarkan kepadaku tentang anakku?" Maka berlalulah Abu Talhah RA menemui Nabi SAW lalu menceritakan kepada Nabi SAW tentang perkara itu.
Maka berkatalah Rasulullah SAW,"Semoga Allah memberkati malam kalian berdua."
Setelah itu hamillah Ummu Sulaim R.anha,kemudian beliau melahirkan bayinya.Ketika pagi tiba,Ummu Sulaim R.anha membawa bayinya kepada Rasulullah SAW dan Abu Talhah RA menitipnya dengan beberapa buah kurma,kemudian Rasulullah SAW mengambil buah kurma itu dan mengunyahnya,lalu memasukkan ke dalam mulut bayi dengan dioleskan ke seluruh rongga lantas memberinya nama,Abdullah.(Muttafaqun Alaih)

Kisah 2.


   Ketika Fathimah Binti Abdul Malik,isteri Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz memasuki kamarnya dan mendapati suaminya sedang duduk di atas sejadah sambil menangis.Beliau bertanya kepada suaminya,"Mengapa kamu menangis sebegini rupa?"
Khalifah Umar menjawab,"Ohh malangnya wahai Fathimah,aku diberi tugas menguruskan ummat seperti ini.Yang sentiasa bermain di fikiranku ialah nasib si miskin yang kelaparan,orang yang merintih kesakitan,orang yang terasing di negeri ini,orang tawanan,orang yang sudah tua,janda-janda yang sendirian,orang yang mempunyai tanggungan keluarga yang besar dengan pendapatan yang kecil dan orang yang senasib dengan mereka di seluruh pelusuk negeri ini,baik di timur atau di barat,utara mahupun selatan.Aku tahu,Allah akan minta pertanggungjawaban dariku pada hari qiyamat sedangkan pembela mereka yang menjadi lawanku kelak adalah Rasulullah SAW.Aku betul-betul merasa takut tidak dapat mengemukakan jawapan di hadapannya,itulah sebabnya aku menangis...."
Pada saat itulah Fathimah menghiburkan suaminya dengan penuh kasih sayang walaupun suaminya banyak masanya untuk menunaikan kepentingan agama dan ummat sehingga tiada masa untuk menguruskan dirinya sendiri.


                               Berdandan Untuk Suami.


   Sabda Rasulullah SAW,"Tiada yang lebih bermanfaat  bagi seorang mukmin setelah ketaqwaannya kepada Allah SWT  iaitu isteri yang solihah.Jika diperintahkan dia taat,jika suami melihatnya menyenangkan."(Ibnu Majah)
   Syeikh Abdul Halim Hamid,menasihati kepada para isteri,hendaklah isteri menjadi Ratu kecantikan dan keindahan di dalam rumahnya,membawa keredhaan kepada Rabbnya dan menciptakan kebahagiaan untuk suaminya.Islam mengajar wanita muslimah agar berhias dan berdandan,memakai wangi-wangian,bersolek dan sebagainya tetapi dengan syarat itu semua dilakukan untuk suami sahaja dan sangat-sangat dilarang jika dilakukan untuk selain suami.
   Ibnu Jauzi menjelaskan mengenai berdandan seseorang wanita di hadapaan suaminya,katanya,"Setelah usai perciptaan dan sempurna kebagusannya,dituntut selalu berada di dalam keadaan berhias dan bersih dengan menggunakan alat-alat kosmetik,bermacam pakaian dan berbagai fesyen dandanan yang sesuai dengan selera suami."
   Syeikh Abdul Halim Hamid telah memberikan beberapa nasihat unutk para isteri dalam perkara berhias ini;
  • Hati-hatilah jangan sesekali pandangan suami jatuh pada sesuatu yang dibencinya seperti kotoran dan bau yang tidak enak atau sifat-sifat yang menjengkelkan.
  • Bervariasilah dalam berdandan dan menggunakan wangi-wangian kerana dengan cara itu ada kesegaran dan daya tarik.
  • Usaha sedaya upayalah untuk memenuhi selera suami meliputi warna baju,jenis fabrik serta fesyennya,aroma parfum,gaya rambut dan lain-lain seperti celak dan pemerah kuku.
   Ada seorang wanita yang bertanya kepada A'isyah R.anha tentang pemerah kuku,maka beliau menjawab,"Boleh memakainya tapi aku tidak menyukainya kerana kekasihku (Nabi SAW) dahulu tidak suka baunya."(Abu Daud,An-Nasaa'i)
   Dalam Fathul Qadir disebutkan bahawa Alim Ulama' telah berkata,"Berhias seseorang wanita serta mengharumkan badannya dengan wangian adalah faktor utama yang dapat mengukuhkan bangunan cinta kasih suami isteri.Ia dapat menjauhkan perasaan benci dan enggan di antara mereka kerana mata,hidung adalah jendela hati,darinya cinta keluar.Sekiranya suami melihat sesuatu yang menjengkelkan atau sesuatu yang tidak disukainya seperti dalam berpakaian dan gaya berhias isterinya,maka ini akan tereksan juga dalam hati suami dan lahirlah perasaan benci dan enggan terhadap isterinya."
   Seorang wanita solihah juga mesti bijak dalam memilih waktu-waktu yang tepat dan sesuai unutk berhias dan memakai wangian agar dapat menarik dan memikat hati suami,antaranya ialah;-
  • Semasa istirehat.
  • Semasa bergurau senda dan bersembang dengan suami.
  • Pada waktu anggota badan banyak dalam keadaan terbuka(Yakni sebelum subuh,istirehat siang hari dan selepas isyak)
  • Semasa berjima' denagn suami.
   Jangan berhias dengan berlebih-lebihan seperti menghabiskan terlalu banyak wang membeli alat-alat untuk berhias,menggunakan waktu sehingga berjam-jam untuk berhias dan sebagainya.Ini termasuk dalam perbuatan yang membazir sahaja.




                                              Jimaa'.


   Rasulullah SAW bersabda,"Sebaik-baik wanita di antara kamu adalah yang paling menjaga dan pandai membangkitkan syahwat.Paling menjaga kemaluannya dan yang paling pandai mengghairahkan syahwat suaminya."(Dailami)
   'Yang paling menjaga'.....maksudnya ialah menjaga aurat serta kehormatannya dari lelaki ajnabi.Sedangkan 'yang pandai mengghairahkan syahwat'...adalah hanya ditujukan kepada suami.Inilah isteri yang paling baik iaitu pandai menggoda,pandai menghibur,pandai merayu,pandai bersolek dan berdandan di hadapan suaminya.
   Rasulullah SAW bersabda kepada Jabir RA,"Alangkah baiknya jika isterimu itu seorang gadis yang kamu dapat bermain-main dengannya dan dia dapat bermain-main denganmu."(Bukhari,Muslim)
   Anjuran utama bagi wanita solihah dalam masalah jimaa' dengan suami ialah jangan sesekali menunda-nunda ajakan suami untuk berhubungan badan apalagi menolaknya ketika isteri dalam keadaan sihat.Menyegerakan keinginan suami dalam urusan tempat tidur (jimaa') adalah sangat besar pengaruhnya dalam hubungan cinta kasih antara suami isteri.
   Rasulullah SAW bersabda ,"Seorang wanita itu datang dalam bentuk syaitan, sekiranya salah seorang daripada kamu melihat wanita yang memikatnya segeralah mendatangi isterinya kerana perkara itu boleh menyejukkan gelojak nafsu yang ada dalam dirinya."(Muslim)
   Rasulullah SAW bersabda,"Allah melaknat isteri yang suka berkata 'nanti'...nanti'(dalam memenuhi ajakan suaminya)."(Thabrani)
Hikmah-hikmah dalam menyegerakan panggilan suami dalam hubungan jimaa' ini adalah;-
  • Dapat memenuhi hubungan biologis suami hingga puas.
  • Menjaga sehingga tidak terjerumus dalam perzinaan.
  • Jika menolak maka akan timbul syak wasangka suami kepada isteri.
  • Menjaga keharmonian rumahtangga.
   Sebaik-baiknya isteri yang solihah tahu waktu-waktu yang tepat untuk berhubungan dengan suami,agar hubungan tersebut akan tercipta suasana yang harmoni,mesra dan berkesan.Waktu-waktu tersebut adalah ;-
  • Setelah suami pulang dari berpergian yang jauh.
  • Malam ketika merayakan sesuatu.
  • Saat berbaik-baik setelah berlaku pergaduhan.
  • Ketika banyak ujian.
   Nabi SAW bersabda,"Jika seseorang isteri bermalam dengan meninggalkan tempat tidur suaminya para Malaikat akan melaknatnya sehinggalah dia kembali kepada suaminya."(Bukhari,Muslim)
   Rasulullah SAW bersabda,"JIka suami memanggil isterinya,maka hendaklah isteri mendatangi suaminya walaupun dia sedang berada di atas tungku."(Tirmidzi,Nasaa'i)
   Islam mengatur hubungan lelaki dan wanita agar menjadi hubungan yang suci dan bersih.Anjuran Rasulullah SAW agar isteri jangan menolak ajakan suami dalam hubungan seksual adalah termasuk untuk menjaga hubungan bersih dan suci agar terhindarnya perzinaan,maka isteri mestilah berusaha memberikan layanan kepada suami bila-bila masa saja dengan layanan yang terbaik kecuali pada masa-masa yang Allah SWt haramkan bersetubuh iaitu  ;-
  1. Ketika sedang haidh.
  2. Ketika Nifas.
  3. Ketika berpuasa wajib di Bulan Ramadhan.
  4. Ketika Haji dan Umrah sebelum tahallul.



   Syeikh Abdul Halim Hamid menasihatkan bahawa ada satu tatatertib yang harus diperhatikan oleh isteri agar pertemuan dengan suaminya akan menjadi pertemuan yang menyenangkan dan indah.sebahagian tatatertib itu adalah ;-
  1. Memulakan dengan membaca doa.
  2. Menjaga tempatnya dengan bersih dan harum juga penampilannya yang menarik.
  3. Saling membisikkan ungkapan-ungkapan mesra agar sentiasa harmoni.
  4. kelembutan ketika melakukan jimaa'.
  5. Tidak menyudahi jimaa' sehingga kedua-duanya merasa redha dan puas.
   Hendaklah diingatkan bahawa makruh untuk bersetubuh pada 3 malam dari sebulan iaitu,awal,pertengahan dan akhir bulan.Abu Hurairah RA berkata bahawa syaitan menghadiri persetubuhan malam-malam tersebut.



                                 Setia Terhadap Suami.



 Seterusnya kebaktian seorang isteri kepada suaminya ialah 'kesetiaan'.Walau apa pun keadaan suami samaada miskin,kaya,sakit,sihat,ketika ada atau ketika tidak ada,wanita solihah tetap menjaga kesetiaannya terhadap suami.
   Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya setia dengan janji(termasuk akad nikah) adalah sebahagian daripada iman."(Hakim,Baihaqi)
    Rasulullah SAW bersabda," 3 perkara tergolong dalam kebahagiaan iaitu ;-

  1. Isteri yang apabila kamu memandangnya,menyenangkanmu,
  2. Apabila kamu meninggalkannya (di sebabkan sesuatu urusan) kamu merasa yaqin akan kesetiaannya.
  3. Perkataannya menyenangkanmu.
Dan 3 perkara yang termasuk kesengsaraan ialah;-

  1. Isteri yang apabila kamu pandang menjemukan.
  2. Apabila engkau pergi,kamu tidak merasa aman terhadapnya(khuatir dikhianati)
  3. Perkataannya selalu mengumpatmu.(Hakim) 
   Mengenai perkara ini ada satu kisah,A'isyah R.Anha berkata,"ketika penduduk Makkah di beri tawaran untuk menebus tawanan-tawanannya maka di utuslah Zainab Binti Rasulullah SAW untuk menebus suaminya ,Abul-Ash Bin Rabi' dengan hartanya.Beliau membawa rantai perhiasan milik." ibundanya,Khadijah R.Anha.Beliau pun masuk dengan membawa rantai itu untuk menebus Abul-Ash.
Ketika Rasulullah SAW melihatnya Baginda sangat terharu dan berkata,"Apa pendapat kamu semua  jika dia dibebaskan dan tebusannya itu dikembalikan kepada Zainab."
Mereka menjawab ,"Boleh.".
   Maka Rasulullah SAW membawanya dan berjanji untuk membiarkan Zainab menuju ke arah suaminya.Kemudian Rasulullah SAW mengutus Zaid Ibnu Haritsah RA dan seorang lelaki Anshar seraya berkata kepadanya,"Aku harap kalian terus berada di Batnu Yakjuj hingga Zainab melewati kalian berdua."
Akhirnya mereka berdua mendampinginya dan datang bersama Zainab.(Abu Daud)
   Syeikh Abdul Halim Hamid berkomentar bahawa kisah ini ada 2 nilai kesetiaan;-

  1. Kesetiaan isteri kepada suami.Zainab menebus suaminya yang ketika itu masih musyrik dengan harta yang paling berharga iaitu rantai milik ibunya.
  2. Kesetian suami kepada isterinya.Tersentuh perasaan Rasulullah SAW apabila melihat rantai milik isterinya Khadijah R.Anha.Baginda SAW membebaskan tawanannya dan mengembalikan semula rantai itu kepada puterinya,Zainab R.Anha.
   Zaid Ibnu Aslam merumuskan bahawa yang dimaksudkan setia itu ialah,
''Wanita yang selalu mendirikan solat,mengeluarkan zakat dan tidak pernah membawa lelaki lain ke tempat tidur.Perkara ini sama nilainya dengan orang yang berjihad di jalan Allah."
   Muslim Ibnu Yasir Rah.a mengatakan bahawa," Tidak ada lelaki yang merasa gembira seperti gembiranya terhadap 3 perkara,iaitu;-

  1. Isteri yang baik.
  2. Jiran yang baik.
  3. tempat tinggal yang baik.
   Al-Asmu'i berkata ,"Aku telah masuk ke sebuah kampung tiba-tiba ada seorang wanita yang sangat cantik wajahnya berada di bawah naungan lelaki yang buruk wajahnya.Aku bertanya kepada wanita itu,"Wahai wanita,apakah kamu redha berada di bawah lelaki sperti dia?'' Dia menjawab,'Wahai kamu,diamlah!Sesungguhnya kamu telah berbuat buruk dalam perkataanmu.Semoga dia berbuat baik dalam apa saja perantaraan dia dengan Penciptanya maka memberikan pahalanya kepadaku atau barangkali aku berbuat buruk dengan perantaraanku dengan Penciptaku lalu dia menjadikannya sebagai seksaanku.Apakah aku tidak redha kepada apa yang diredha Allah untukku? Maka kata-kata wanita itu membuat aku terdiam,"
   Nabi SAW bersabda,"Aku melihat-lihat ke dalam Neraka,sebahagian besar penghuninya adalah wanita."
Para wanita bertanya,"Mengapa wahai Rasulullah SAW?" Rasulullah SAW bersabda,"Mereka selalu mengutuk dan mengingkari keluarga(Yakni suami yang menggaulinya)"(Muttafaqun Alaih)
   Syeikh Abdul Halim Hamid menulis bahawa,setia menjaga diri di kala pemergian suami adalah 'wajib syar'i'  dan bukan sekadar galakan dan bersifat semulajadi sahaja.Makanya kami merasa perlu untuk menjelaskan bagaimanakah bentuk penjagaan/kesetiaan seorang isteri ketika ketiadaan suami.Di ringkaskan seperti berikut;-

  • Menjaga rahsia-rahsia suami.
  • Menjaga anak-anak.
  • Menjaga harta suami.
  • Menjaga maruah  dan kehormatan diri.
  • Menjaga hubungan baik dengan sanak saudara dan keluarga terdekat.
   Beliau melanjutkan,'Janganlah menyingkap rahsia dan membantah suami.Apabila kamu menyingkap rahsianya kamu tidak akan merasa aman dari perceraian dan apabila kamu membantah perintahnya bermakna kamu telah melukai hatinya.'

   Ali RA juga telah menasihati ,"Kebaikan di dunia dan di akhirat ada 2 iaitu,menjaga rahsia dan berkawan dengan orang yang baik-baik.Dan kejahatan juga ada 2 iaitu, mengungkap rahsia dan berkawan dengan orang yang tidak baik."