Selasa, 9 Disember 2014

Ku Menanti Kamu - Prolog


Ku Menanti Kamu

[Adakah rasa yang kurasai ini, sama rasa seperti kau rasa]

Prolog

Dalam Ilusi
Aku sentiasa mengingatimu
Dalam Fantasi
Kau terasa dekat di hati
Dalam mimpi
Aku sentiasa melihatmu
Dalam realiti
Bilakah kita bertemu
Dapatkah Aku
Melupakan Kenangan bersamamu
Yang bertamu untuk kesekian tahun
Sepi di dalam kalbuku
Bersama dentingan dengup jantung
Tanpa henti menyebut namamu
Datanglah
Hadirkanlah dirimu
Untuk sekali ini
 

ditulis oleh Suhana Adam



Masa kini.

KATA-KATA itu indah.  Kata-kata itu suatu pengucapan yang lahir dari setulus hati.  Kata-kata itu bukan sebuah janji tapi ia suatu dahan untuk berpaut.  Bolehkah dia berpegang cuma pada suatu kata-kata untuk dijadikan jaminan untuknya menanti.  Entahlah Suhana tidak pasti jika ada kisah seperti dirinya. 
 “Hana, kita masih di dalam bumi yang sama.  Bila awak mendongak ke atas, langit biru akan kelihatan.  Kalau awak membisu begini saya tahu awak masih enggan berbicara, saya tidak dapat berbuat apa-apa.  Tapi saya hanya mampu memberitahu awak lukisan perasaan saya pada awak.  Saya akan merindui awak selalu. Saya akan sentiasa mengingati awak.”
Dengan tiba-tiba sahaja Suhana mengingati suatu kata-kata dari seseorang kepadanya.  Ketika itu debaran bermula di dadanya dengan kencang.  Benarkah ini cinta?  Atau cuma mainan perasaannya sahaja.  Bertahun menghilang dan dia kini kembali.  Cuma kali ini tetap sama, debaran bermula di dadanya dengan kencang untuk si dia.
Sudah tentu ini cinta.
 

Tiada ulasan: