Bab 13
“MANIS sekali,” kalaulah ucapan itu tidak membuai perasaan
Areej sudah pasti tidak berulang di ruang fikiran alam sedarnya. Hakikatnya ucapan itu sering terlintas di
benaknya, mengingatkannya tentang Emran.
Rindukah itu?
“Areej,” Sarah
menyikunya.
“Nama kau dah dipanggil!”
Nora pula mencuit Areej.
Terkesima
seketika Areej, pantas kakinya diangkat.
“Saya nak
cepat, Sarah dan Nora saya temuduga sekaligus,” Supervisor bernama Aakif di
hadapan mereka sedang memandang dan menunggu reaksi mereka. Hilang terus ayat pujian Emran dari minda
Areej akibat terkejut.
Mereka
bertiga duduk menghadap Aakif. Secara
ringkas Aakif menerangkan skop tugas oleh sebab mereka bertiga adalah pelajar,
Aakif memberi kelonggaran atas budi bicara masa bekerja mereka adalah minimum 4
jam dan maksimum 6 jam sahaja. 6 jam
diberikan pada waktu bukan hari kuliah.
Selesai mengisi borang dan temuduga mereka diberikan topi dan baju
seragam. Tugas mereka akan bermula esok
petang.
“Bestnya dapat kerja,” wajah Areej gembira tak terkata.
Dia
benar-benar bersyukur kerana dapat meringankan beban kos pelajarannya. Kerja sambilan memang diperlukannya saat
ini. Banyak keperluan mahu ditukarnya.
“Terima
kasih pada Khalida, Nora,” Areej
menyampaikan ucapan terima kasihnya.
Mereka pelajar berlainan kelas.
Pasti jarang bertemu.
“Esok dah
boleh mula,” Nora senyum sambil
mengangguk. Khalida satu bilik dengan
Nora.
“Tak sabar
rasanya tunggu esok,” Sarah memeluk erat topi dan baju yang baru
diberi tadi.
“Baiknya
Aakif, beri kita masa berkerja mula enam petang hingga sepuluh malam sahaja,” Nora memandang Areej dan Sarah silih berganti
dengan wajah sayu.
“Tentulah
dia faham kita kan pelajar,” Sarah menepuk bahu Nora.
“Walaupun
gaji ikut jam tiga ringgit sejam sebagai trainee
tapi berbaloi kerana van sewa tak perlu dibayar, kita juga dapat timba
pengalaman,” Areej sedang berkira-kira dalam fikirannya.
Nora pula
sedang mengira pendapatan bulanan yang akan diperolehinya berdasarkan hari dan
jam bekerja penuh dalam sebulan.
“Aku kira
boleh dapat pendapatan dalam tiga ratus sebulan tu dah boleh beli macam-macam,” teruja Nora memberitahu hasil pengiraannya.
Cuma penat bekerja sambil belajar ni.
“Orang jimat
seperti kita tetap akan tahu nilai tiga ratus tu banyak,” sokong Sarah.
“Yang pasti
kena berjimat cermat,” ucap Areej.
“Seringgit
pun banyak bagi yang tahu menilai,” sambung Areej. Dia terasa perit bila bercerita tentang
seringgit. Ada cerita disebaliknya. Kisah masa silamnya.
“Ha-ah betul
kata kau Areej,” sokong Nora.
AREEJ rasa hari-hari yang dilaluinya begitu bermakna
sekali. Setiap detik dan harapan agar
Emran tidak akan mencarinya adalah palsu belaka, hakikatnya dia merindui mamat
sewel itu. Namun usahkan berharap
saja. Muncul akhirnya wajah Emran di
hentian bas selepas mereka selesai kuliah hari ini.
“Assalammualaikum,
Areej,” salam dihulur bersama senyuman manis Emran.
Berdengup
sang hati.
“Eh,
Wa’alaikumussalam,” Areej menegur sambil
mengerling jam tangan tepat jam 4 petang.
Emran
tersenyum. Tangan yang disorok di
belakang dibawa ke depan dan sebuah beg kertas saiz kecil dihulurkan kepada
Areej. Teruja pula Emran bila melihat
keceriaan Areej menyambut kali ini.
“Ole-ole dari Johor untuk Areej,” ujar
Emran menyerahkan beg kertas tersebut.
Matanya tunak memandang si cantik manis yang berbaju kurung merah cerah.
“Wah! Pergi Johor… patut pun lama tak nampak,” mesra saja kali ini bicara Areej. Dia sudah nekad mahu memberi layanan
sewajarnya kepada Emran. Bersikap teruja
mengintai isi kandungan di dalam beg kertas itu. Hakikatnya dia terasa hati dengan pemberian
Emran itu. Macamlah dia miskin sangat
dan meminta simpati pada Emran. Dia juga
tak pernah meminta Emran mengejar dirinya.
Semua ini agenda Emran seorang.
“Ya, awak
suka?” tanya Emran mesra. Dia berasa
hairan dengan sikap dan layanan Areej kali ini tidak seperti hari-hari sebelum
ini.
Angin
perubahan apakah yang menyampuk Areej kali ini?
Hairan di benak Emran bermukim.
“Suka, terima kasih,” Areej
menyembunyikan rasa kurang senang dalam hati.
Emran memberinya kasut dan jam tangan. Areej senyum mendapat hadiah yang dijangka
harganya tak mampu untuknya miliki walaupun sudah bekerja nanti.
Kasut jenama Bonia, dan jam tangan jenama Rolex.
“Kenapa susah-susah,” sambung Areej.
Nilai barangan itu mencerminkan jurang antara mereka sangat
jauh. Kesusahan hidup Areej benar-benar
tidak setanding dengan kemewahan fizikal yang dimiliki Emran. Emran boleh berbuat apa sahaja mengikut
kemahuannya. Sedangkan dirinya perlu
benar-benar teliti berjimat cermat.
“Saya nak pandang wajah Areej puas-puas dulu, boleh kan, baru
Areej balik,” ujar Emran mengharap pengertian Areej. Dia benar-benar lupa beri hadiah itu sebelum
ini.
“Maaf ya
Areej nak cepat, kejap lagi ada hal dengan kawan-kawan,” langkah diundur dengan
hati-hati, tekadnya dalam hati mahu melayani Emran secara bersopan walaupun nalurinya
memberontak.
“Emran datang ni sebab rindukan Areej, tolonglah beri ruang,”
halang Emran dari Areej terus melangkah menaiki bas.
“Lain kali ya kita sembang, Areej nak cepat ni,” Areej meminta diri secara bersopan.
Telepon Emran berdering, Emran bergerak ke depan menjauhi
Areej menghadap keretanya sambil menekapkan telepon ke telinga. Berbual tanpa sedar pemergian Areej.
Saat itulah Areej ambil kesempatan untuk meloloskan diri naik
ke dalam perut bas Universiti. Entah
kenapa hatinya rasa kurang selesa menerima pemberian semahal itu dari
Emran. Terasa dirinya tiada berbeza
seperti gadis-gadis materialistik lain.
Satu penghinaan pada gadis miskin sepertinya. Itu yang sedang menyakiti hatinya saat
ini. Langkah terus diatur menaiki tangga
bas.
Hakikatnya Areej mahu menolak pemberian Emran itu, namun
memikirkan masanya terhad untuk bergegas ke tempat kerja dia telah mengubah
pendirian dengan melayan Emran secara mesra dan menerima hadiah Emran. Entah apakah reaksi dan perasaan Emran
terhadap penerimaannya. Itu suatu
perubahan yang mendadak.
Sebaik berpusing, Emran melihat jalan kosong. Areej sudah menghilang di depan mata. Yang tinggal hanya asap kenderaan berlalu
pergi. Pelajar yang ramai tadinya
bertenggek di hentian bas itu sudah tiada.
Rasanya baru sekejap dia berbual di telepon.
Areej, sampai hati awak tak tunggu saya!
AREEJ tarik nafas. Dia
seperti tidak ingin percaya takdir yang manis ini. Nora dan Sarah sibuk bertanya dan begitu
teruja mengetahui dia menerima pemberian hadiah kasut dan jam tangan dari
Emran. Itu satu kejutan bagi kedua
sahabatnya ini. Ketika ini mereka sedang
berada di dalam van sewa menuju ke tempat kerja. Hari ini dalam sejarah mereka akan
bersama-sama memulakan hari pertama bekerja.
Seronok dan teruja bercampur aduk dalam emosinya bila baru saja bertemu
Emran sebentar tadi dengan ucapan perkataan rindu.
Sewel!
Areej
senyum.
“Apa Emran
kata lagi Areej?” Nora memandang penuh
makna. Meneliti wajah Areej.
Haruman
semerbak Emran tadi masuk ke rongga hidungnya dan masih kekal terasa. Membuatkan Areej terkenang-kenang pada
Emran. Kacak Emran mengenakan kemeja
berwarna hijau lembut, warna kegemarannya.
Emran memakai kemeja itu buatkan Areej tergoda seketika tadi. Kalaulah Emran tahu warna kegemarannya hijau
lembut mahu hari-hari lelaki itu menggoda. Gatal.
“Areej… aku
tanya kau ni, khayal pula dia,” bebel Nora memukul bahu Areej.
“Dia nak
tenung aku sebelum dia balik,” meluncur jawapan tanpa sedar dari mulut Areej.
“Hah!!!”
Sarah dan
Nora tercengang mendengar jawapan Areej.
“Gila ke apa?” ucap
Sarah.
“Percaya atau tidak itu aje katanya,” dengan berani Areej
ambil risiko. Melihat kedua sahabatnya
yang lebih teruja dari dirinya. Jangan
terkesan oleh mereka dia sudah mula buka hati pada Emran.
“Mahal jam Rolex dan kasut Bonia ni,” Nora masih sibuk
meneliti hadiah pemberian Emran. Dia
faham mereka dari kalangan keluarga miskin dan tak mampu barang-barang begitu
cuma satu impian.
“Tak tahu pula aku.
Kau tahu tahap aku dalam barang-barang macam ni kan. Kemiskinan buatkan aku tak perlukan
barang-barang berjenama, cukup asal ada boleh guna dari tak ada langsung,”
secara jujur Areej melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Kedua sahabatnya masing-masing maklum mereka
sama-sama hidup dalam kesusahan.
“Jam ni sahaja tentu dalam ribu ringgit, kasut pun. Aku agak kosnya dalam ribu juga,” kira Nora.
“Macam mana dia tahu saiz kasut kau? Muat ni…”
Areej cuma sengih angkat bahu. Takkan Emran tak tahu kalau dah hari-hari stalker aku.
Nora memang suka ambil tahu tentang barang-barang seperti
itu. Jika mereka berada di dalam café internet Nora suka google perkara tersebut dan memang minat
Nora begitu. Tidak hairan jika Nora tahu
nilai barangan tersebut daripada Areej dan Sarah.
“Nanti kita jalan-jalan tengok kat kedai nak?” cadang Sarah.
Nora angguk-angguk.
Areej mencongak dalam hati.
Memikirkan bicara Nora dan kira-kiranya, niat di hati ingin memulangkan
barang yang diberi Emran tersebut. Tak
sedap rasa hatinya kerana pemberian itu membuat ada jurang perbezaan antara
Nora dan Sarah dengan dirinya. Dia tidak
tahu siapa yang cemburu, siapa yang ikhlas.
Namun, semua itu buat apa untuk difikirkan? Pening sahaja jadinya.
“Aku kira mahu pulangkan.
Tak layak rasanya terima pemberian Emran yang semahal ini!” mulut Areej diketap.
“Gila kau! Orang dah
beri percuma simpan dan pakai ajelah.
Kalau aku dapat lelaki begitu, sumpah aku tak lepas,” Nora seperti selalu tetap melebih-lebih.
“Jangan main sumpah-sumpah dengan aku, nanti betul-betul kau
jadi sesumpah baru padan muka kau,” Areej
menegah kata-kata Nora.
“Hahaha…” Sarah gelak.
Areej dan Nora memandang pelik ke arah Sarah. Tak ada angin tak ada ribut tetiba gelakkan
mereka. Dari tadi tak ada suara.
“Engkau pula ni kenapa?”
Areej hairan kerut kening.
“Ya, tiba-tiba ketawa?”
Nora akui.
“Salahkah aku gelak, aku rasa kelakar aku gelaklah,” Sarah habiskan sisa tawa.
“Apa yang kelakar sangat tu?”
Nora berasa hati tentu dirinya yang digelakkan Sarah.
“Tak ada apalah,” putus Sarah tidak mahu mengeruhkan suasana.
Sebaik selesai bicara, van yang mereka naiki berhenti di MC
Donald.
“Kalau nak lepas pun bila dah dapat kikis sedikit habuan
darinya,” Nora masih minat menyambung
bicara soal Emran ingatkan dah tutup topik pasal Emran.
“Aku tak macam tu,” Areej
memandang tepat wajah Nora tanda protes.
“Adakah patut cakap macam tu,” bidas Sarah pula bereaksi yang sama.
Menduga Nora.
“Ada sebab aku cakap macam tu, bukan aku suka-suka beri idea,
lagipun bila lagi kau nak rasa hidup mewah, sementara orang masih suka boleh
kau minta macam-macam, nanti dah terlepas putih matalah jawabnya.”
“Eh! Engkau ni Nora,
betul-betul gadis materialistik!” marah
Sarah.
“Kau jangan sedap-sedap cop aku materialistik, salahkah cakap
aku Areej?” Nora tolak tubuh Sarah.
Areej senyap.
“Apa yang tak kena dengan kau ni Nora?” Sarah tidak puas hati dengan kelakuan Nora
sebentar tadi padanya. Dia menepis
tangan Nora.
“Itu pendapat aku aje, tak nak terima sudah. Janganlah marah-marah pula macam kau pula
yang lebih-lebih, Areej diam aje aku tengok… tak rugi pun kan cadangan aku
tu,” Nora masih tidak mahu mengalah. Mereka sedang beriringan menuju ke Restoran
Mc Donald.
“Dahlah, kita dah sampai dah ni. Selamat bekerja.” Areej menamatkan perbualan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan