Jumaat, 29 Mei 2015

SERAI VS KANSER

SERAI VS KANSER

Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan biasa yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Padahal, minyak asiri dalam tanaman ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.  Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun. Berikut ini beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

– Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

– Ubat gangguan pencernaan
Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.

– Detoksifikasi
Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.

– Manfaat pada sistem saraf
Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

– Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.

– Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.

– Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

– Kesihatan wanita
Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

Tiada ulasan: