Khamis, 28 Mei 2015

JENIS MAKANAN KURANGKAN SAKIT KEPALA


Top of Form
Ada pelbagai jenis sakit kepala dengan peringkat berbeza-beza. Tetapi satu perkara yang sama adalah datangnya sakit kepala membuat segala bentuk aktiviti menjadi terganggu. Sakit kepala adalah gejala dari beberapa ketidakseimbangan fizikal dan mental.

Sebahagian dari kita biasanya meminum atau menelan ubat anti sakit untuk meredakannya. Padahal, sebenarnya ada alternatif selain ubat yang boleh membantu masalah sakit kepala. Beberapa makanan dan cecair diyakini boleh membantu mengusir rasa sakit di kepala. Inilah lapan di antaranya:

1. Kentang:
Sakit kepala yang muncul akibat mabuk tak hanya disebabkan kerana dehidrasi tetapi juga kerana hilangnya elektrolit seperti kalium. Maka dari itu, menikmati makanan yang kaya dengan kalium boleh membantu meringankan sakit kepala. Kentang mengandungi banyak kalium yakni 100 gram, sedangkan kentang panggang (dengan kulitnya) mengandungi kalium hingga 600 mg.

2. Pisang:
Pisang tidak hanya kaya dengan potasium tetapi juga magnesium (pisang saiz sedang mengandung 10% dari cadangan pengambilan harian anda). Magnesium dapat meringankan migrain anda dan sakit kepala akibat tekanan. Sejumlah kajian telah menghubungkan antara kekurangan magnesium dan sakit kepala migrain. Penelitian menujukkan bahawa sekitar separuh dari semua pesakit migrain mempunyai magnesium terion dalam darah dalam jumlah yang sedikit.
Magnesium, yang dikandung dalam pisang, melindungi tubuh dari sakit kepala dengan cara merelaksasi pembuluh darah. Selain itu, magnesium mempunyai kesan menenangkan sehingga berguna untuk meredakan sakit kepala akibat tegang. Apricot kering, avokado, almond, kacang mete, beras merah, kacang-kacangan dan biji-bijian merupkan makanan lain yang kaya dengan magnesium.

3. Kopi:
Kafein dalam kopi bermanfaat sekaligus berbahaya bagi korban sakit kepala. Kafein merupakan zat yang umum dalam resipi dan ubat-ubatan tidak untuk sakit kepala kerana dapat meredakan rasa sakit dan 40% lebih berkesan dalam mengubati sakit kepala. Kafein juga membantu tubuh menyerap ubat sakit kepala lebih cepat, sehingga ubat tersebut lebih cepat bekerja. Kafein boleh menjadi pereda sakit kepala yang sangat berkesan, terutama migrain, tetapi jika diambil terlalu banyak boleh membuat sakit kepala kembali kambuh. Jadi, dianjurkan untk meminum kopi tidak lebih dari 2 atau 3 cawan satu hari.

4. Biji-biji serelia utuh (whole grain):
Jika anda menjalani diet rendah karbohidrat, anda akan mula menguras sumber utama tenaga untuk otak, iaitu cadangan glikogen. Selain itu juga menjadikan tubuh kehilangan cecair dengan cepat sehingga menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi bersamaan dengan berkurangnya tenaga ke otak boleh menyebabkan timbulnya sakit kepala. Jika anda mengambil makanan-makanan karbo yang sihat seperti (biji-bijian seperti roti gandum, bijirin gandum, oatmeal, dan buah-buahan), tidak hanya boleh mengusir rasa sakit pada kepala tetapi juga meningkatkan mood anda.

5. Tembikai:
Dehidrasi adalah penyebab am timbulnya sakit kepala, maka pertimbangkan untuk meminum air yang banyak dan mengasup makanan yang kaya dengan air (seperti tembikai). Buah yang kaya dengan air ini juga mengandungi mineral penting, seperti magnesium, yang merupakan kunci untuk mengelakkan sakit kepala. Anda juga boleh cuba minuman sukan berelektrolit jika mungkin mengalami sakit kepala selepas bersenam dalam masa yang lama kerana kehilangan banyak mineral dalam tubuh.

6. Ikan:
Ikan berlemak (seperti salmon, tuna, dan makarel) bermanfaat sebagai ubat untuk sakit kepala migrain kerana kaya dengan asid lemak penting, omega-3. Asam lemak omega-3 boleh menghalang keradangan yang sering mencetuskan timbulnya migrain. Jika tidak boleh makan ikan ini setiap hari, tidak perlu bimbang. Anda boleh mengambil suplemen minyak ikan dan menambah makanan seperti biji rami, walnut, tahu, dan kacang soya untuk tambahan omega-3 pada diet anda.

7. Biji bijan:
Biji bijan kaya dengan kandungan vitamin E dan boleh membantu menstabilkan kadar estrogen dan mencegah migrain selama tempoh anda. Selain itu, biji bijan juga kaya dengan magnesium, yang selanjutnya akan membantu pencegahan sakit kepala. Makanan lain yang mengandungi vitamin E dalam jumlah tinggi antara lain, kacang-kacangan, minyak zaitun, dandelion, gandum, dan kentang manis.

8. Halia:
Bottom of Form
Selain menjadi ubat untuk mual, halia mempunyai sifat anti-keradangan dan anti-histamin juga berguna untuk memerangi sakit kepala. Masaklah halia tersebut atau kombinasikan dengan minuman lain seperti teh.

Tiada ulasan: