Ahad, 4 Ogos 2013

Ciri-Ciri orang yang bertakwa

Assalammualaikum w.b.t.

"Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya."

Surah Al-Baqarah ayat 1-5 menyatakan dengan jelas tentang ciri-ciri orang yang bertakwa iaitu :
(a) Berusaha membentuk dirinya mematuhi perintah ALLAH.
(b) Sentiasa beriman kepada kita ALLAH.
(c) Orang yang bertakwa percaya kepada benda-benda ghaib dan sentiasa mempertingkatkan amalan kepada ALLAH.

Pengajaran ayat 1-5 tersebut adalah :
(a) Al-Qur'an menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
(b) Kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Qur'an wajib dipercayai.
(c) Umat Islam dikehendaki berpegang teguh kepada ajaran Al-Qur'an untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
(d) Isi kandungan Al-Qur'an adalah tepat dan benar.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Wajib mensyukuri nikmat ALLAH

 Assalammualaikum w.b.t.
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (21) Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).(22)"

Sebab-sebab ALLAH melarang melakukan kerosakan
(a) Kerana perbuatan tersebut boleh membawa penderitaan kepada orang lain.
(b) Perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri.
(c) Kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang.
(d) Boleh menyebabkan masyarakat akan menjadi kucar kacir.

Contoh-contoh kerosakan 
(a) Kerosakan ke atas diri sendiri
      Contoh : Meminum arak, menagih dadah.
(b) Kerosakan ke atas orang lain
      Contoh : Merompak, mencuri, membunuh.
(c) Kerosakan ke atas harta awam
      Contoh : Merosakkan telepon awam, membuang sampah di merata tempat.

Pengajaran ayat 21-22 surah Al-Baqarah :
(a) ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang melampai batas.
(b) Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH.
(c) Segala kejadian dan kesempurnaan ciptaan ALLAH ini hendaklah dijaga.
(d) Kita perlu menjaga harta benda sendiri dan harta benda orang lain.