Isnin, 5 Ogos 2019

TIPS HADKAN MENONTON TV

1. TEMPATKAN TV DITEMPAT KHAS YANG UTAMA DIDALAM RUMAH SEPERTI RUANG TAMU.
Jika TV berada di ruang yang terbatas dari penglihatan kita, anak-anak mungkin menonton TV tanpa pengetahuan kita.

Pastikan TV dikelilingi dengan barangan lain seperti buku-buku, atau rak-rak yang  menyimpan barangan lain seperti permainan kanak-kanak.

Ini dapat mengalih tumpuan anak-anak dari melihat hanya TV adalah hiburan utama (malah satu-satunya) didalam rumah.



2. TETAPKAN PERATURAN KHAS MENONTON TV.
Menonton TV adalah dilarang semasa menyiapkan kerja rumah, masa makan bersama keluarga, dan apabila anak-anak melakukan kerja mengemas rumah atau kerja penting yang lain.

Benarkan anak-anak menonton TV pada waktu yang telah ditetapkan beberapa jam sehari, dan kuatkuasakan peraturan dengan menutup TV setelah waktu yang telah ditetapkan tamat.



3. LANGGAN PAKEJ ASTRO YANG PALING MINIMUM ATAU TIDAK MELANGGAN ASTRO LANGSUNG.
Anak-anak akan lebih cenderung untuk bergantung kepada TV sebagai hiburan mereka jika mempunyai ratusan saluran yang boleh dipilih.

Disyorkan supaya anak-anak hanya dibenarkan menonton tv tidak lebih dari 3 jam sehari. Biarkan anak-anak banyak menghabiskan masa dengan aktiviti lain.

Jika astro anda ada fungsi PVR, gunakan kelebihan itu untuk merekod supaya anak-anak tidak terlepas rancangan kegemaran mereka, tetapi dalam masa yang sama kita boleh memastikan mereka tidak menonton TV sebelum menyiapkan kerja lain.



4. GALAKKAN ANAK-ANAK MENYERTAI AKTIVITI REKREASI SEBAGAI ALTERNATIF.
Daftarkan anak kita untuk menyertai aktiviti yang menyihatkan dan memberi faedah bagi mengisi masa mereka seperti kelas taekwando, silat, kelas seni dan muzik, dan kelas agama – yang membawa mereka keluar daripada rumah.

Jika ini bukan suatu pilihan bagi anda atas sebab tertentu, maka kita perlu berusaha untuk meluangkan sedikit masa dengan anak-anak kita supaya mereka tidak menonton TV.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan bersama adalah bermain catur, joging dan berenang, atau meluang masa di taman rekreasi bersama keluarga beberapa jam dalam seminggu.

5. BERI CONTOH YANG BAIK DARIPADA DIRI KITA SENDIRI.
Anak-anak akan mengikut cara apa yang dilihat pada ibu bapa mereka. Oleh itu, kita sendiri harus menghadkan masa menonton TV dan lebihkan masa dengan melakukan aktiviti lain.

Membaca buku beramai-ramai bersama keluarga adalah satu aktiviti yang baik.

Jika ada kelapangan masa yang panjang seperti hujung minggu, anda boleh melakukan aktiviti rekreasi yang melibatkan anak-anak seperti memancing diluar kota. Jika tidak, cukuplah sekadar aktiviti di rumah seperti berkebun dan memasak.

 6. JADIKAN MENONTON TV SEBAGAI AKTIVITI BERSAMA
Tetap masa khusus untuk menonton TV beramai-ramai, seperti hujung minggu dan awal malam, apabila tiada kerja lain yang perlu dibuat.

Ibu bapa boleh mengulas dengan anak-anak mengenai rancangan yang telah mereka tonton, supaya keadaan tidak terlalu pasif dan kita boleh terlibat dengan kehidupan anak-anak.

Ia juga memboleh kita mengawal rancangan yang bersesuaian dan menukar channel jika kita merasakan anak kita tidak harus menonton rancangan itu.

Ahad, 4 Ogos 2019

BANTU SIAPKAN KERJA SEKOLAH ANAK

1. SEDIAKAN SATU RUANG ATAU BILIK KHUSUS YANG TENANG UNTUK ANAK-ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH.
membuat kerja sekolahGangguan luar seperti komputer, televisyen, telefon pintar dan tablet hendaklah dijauhkan dan diharamkan semasa waktu membuat kerja sekolah.

Menyediakan semua kelengkapan persekolahan berdekatan tempat duduk akan mengurangkan anak kita dari kerap bangun dari tempat duduk dan mendapat gangguan ditempat lain.

2. CARI MASA YANG PALING IDEAL UNTUK ANAK ANDA MEMBUAT KERJA SEKOLAH.
Masa yang ideal untuk membuat kerja rumah boleh berbeza antara keluarga kita dan keluarga orang lain.

Sesetengah kanak-kanak masih berada dalam mode belajar walaupun baru sahaja pulang dari sekolah, menjadikan waktu itu adalah waktu yang paling ideal untuk mereka membuat kerja sekolah.

Sesetengah kanak-kanak lain pula mungkin memerlukan masa untuk melepaskan stress dan kepenatan mereka sebelum boleh untuk mula membuat kerja sekolah.

Benarkan anak kita untuk menentukan waktu untuk membuat kerja rumah selepas waktu persekolahan mungkin boleh membantu mengurangkan rasa rimas dan membolehkan mereka menyediakan diri mereka dengan mode belajar.

3. BANTU ANAK ANDA DENGAN MEMBINA PELAN TINDAKAN
Anak-anak kecil anda mungkin merasa cemuh dengan tugasan yang mereka perlu siapkan.

Dengan menyediakan jadual ataupun checklist tugasan mengikut tahap kesukaran atau masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan, boleh membantu anak anda untuk fokus dan mengendalikan beban tugas dengan lebih baik.

4. BANTU MEREKA UNTUK FOKUS
Halang gangguan yang datang dari kerja sekolah itu sendiri seperti terlalu banyak perenggan dan perkataan, serta soalan yang lain dalam kertas soalan yang sama.

Gunakan kertas kosong untuk menutup bahagian yang mengganggu itu supaya anak dapat fokus terhadap soalan yang mereka sedang selesaikan.

Anda juga boleh gunakan pembaris untuk diletakkan dibawah setiap baris ayat yang sedang dibaca dan anak perlu menggerakkan pembaris ke setiap perenggan baru untuk membantu mengekalkan fokusnya.

5. BANGUN DAN JAUHKAN DIRI DARI ANAK BEBERAPA MINIT.
membuat kerja sekolahBila anak kita sudah mula untuk menyiapkan kerja rumah, tinggalkan ruang itu dan biarkan dia menyiapkan kerjanya selama beberapa minit.

Bantu anak kita untuk meneruskan kerjanya dengan memberitahunya bahawa kita akan kembali dalam masa 5 minit untuk memantau perkembangannya dan membantu jika ada sebarang persoalan.

Ini kerana, jika anak terasa terganggu dengan kehadiran kita, ia akan membuatkan anak semakin sukar untuk fokus.

6. AMBIL NAFAS DALAM-DALAM
Kadangkala, proses menyiapkan kerja rumah memang menggeramkan ibu bapa dengan pelbagai karenah anak-anak sehingga hilang rasa sabar.

Anak-anak juga mungkin hilang fokus dan motivasi.

Jika anda merasakan rasa sabar semakin memudar, beralih dari kawasan itu sehingga kita kembali tenang. Juga berikan anak anda rehat selama beberapa minit (sebaik-baiknya 15 minit untuk setiap satu jam) supaya mereka boleh refresh kembali.

7. BERIKAN PUJIAN
Berilah pujian kepada setiap pencapaian dan usaha yang anak anda lakukan dalam menyiapkan kerja sekolahnya, terutamanya jika kerja sekolah itu agak mencabar.

Jika perlu memberi teguran, berilah kritikan secara membina. Memarahi anak kerana tidak dapat mencapai standart yang ditetapkan hanya membuatkan mereka lebih kurang produktif.

Sebaliknya, tanyakan diri kita sendiri apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mencapai standard yang disasarkan.

Sabtu, 3 Ogos 2019

TIPS MENANGANI MASALAH ANAK BERBOHONG

1 MENDENGAR

Mendengar dan memahami apa sebenarnya di sebalik ‘ketidak-jujuran’ itu. Membaca riak wajah, memahami apa yang mereka lalui seharian atau mungkin ada hajat yang tidak dipenuhi. Take time and listen.

2 MENILAI BERDASARKAN TAHAP PERKEMBANGAN

Bila ingin menyalahkan/menghukum mereka, jangan lupa mereka sebenarnya masih kecil. Nilai mereka berdasarkan berapa usia kematangan mereka. Jangan pukul rata, padahal usia yang berbeza mencerminkan tahap perkembangan peribadi yang berbeza.
Anak 3 tahun yang ‘berbohong’ tak sama nilai kesalahannya dengan anak 13 tahun yang berbohong. Tak logik kedua-duanya kena hukuman yang sama. Ingat! Yang salah ialah perbuatan mereka, it’s the behaviour that was wrong, not the person.

3 BINA HUBUNGAN ERAT

Bina hubungan dengan anak anda. Jadikan mereka hormat pada anda sehingga anda menjadi orang ‘terakhir’ yang dia akan tipu dalam dunia ini. Ibu bapa yang jarang di rumah; bila dirumah asyik menghadap telefon; bila diminta tolong bacakan buku, ajar mengaji susah; semua ini antara sikap yang menghakis hormat anak pada ibubapa.

4 BERIKAN CONTOH

Tunjukkan contoh. Jangan menipu, bercakap bohong, jenaka yang melampau tak kira terhadap anak, isteri, suami atau orang lain. Cuba jujur dalam apa jua keadaan.
“Abi tak bagi sebab kakak dah makan banyak aiskrim tadi, nanti gigi rosak, sakit gigi, tak boleh ke sekolah” lebih baik dari ‘makanlah lagi nanti Abi letak kakak dalam peti ais!”

5 MENDIDIK ERTI TANGGUNGJAWAB

Untuk anak yang berusia 7 tahun ke atas, mula didik ‘responsibility’. “Kalau abang buat ini jadi begini, tak buat ini jadi begini”. Bagi mereka faham, apa yang mereka lakukan tak habis disitu sahaja, ada kesan.
Saya ajar anak saya ‘responsibility’ dengan binatang peliharaan. Bila dia tahu tanggungjawab, dia tahu kesan baik buruk perbuatan dia, dia akan nampak value jujur dalam diri.
Kalau tertangkap mereka berbohong, ajar mereka perbaiki sendiri keadaan ‘kalau tak solat, suruh qadha’ solat depan kita, kalau tak jaga adik, potong waktu bermain.

6 MEMBERI HUKUMAN YANG BETUL

Disiplin dengan hukuman. Menghukum mereka kerana ‘berbohong’ boleh mengajar mereka agar tidak mengulang perbuatan. Namun hukuman tidak semestinya fizikal. Boleh jadi tak dapat bintang (system star-chart), kurangkan masa main, duduk sudut bilik (ikut usia – 1 minit untuk satu tahun), jangan bercakap dengannya untuk suatu tempoh, tangguh plan jalan-jalan.

7 BERIKAN SEBAB DIHUKUM

Terangkan kepada mereka mengapa mereka dihukum. Sebelum dan selepas hukuman, brief mereka why do they deserve this. Bagi yang lebih besar, Tanya mereka apa yang mereka dapat bila dihukum.

8 KONSISTEN DAN TEGAS

Be consistent dengan disiplin. Jangan bermusim, memilih, dan tak serius dalam mendisiplinkan anak. Mereka akan dapat mesej bahawa mereka dihukum kerana ‘mood’ mak ayah, bukan kerana kesalahan.

9 HADIAH JIKA JUJUR

Reward kejujuran mereka. Jangan hanya nak menghukum. Bila mereka jujur, iktiraf kejujuran mereka, puji dan bagi hadiah. Tak semestinya fizikal. Extra play time, extra ice-cream semua dikira. Maklumkan mereka reward ini kerana mereka jujur, kalau tak tak akan dapat.

10 DIDIK AKIDAH SEAWAL MUNGKIN

Didik mereka seawal mungkin dengan Aqidah, Allah maha melihat, syurga, neraka, konsep dosa dan pahala. Guna cerita, hadith, movie, nasyid dan sebagainya. Sedikit demi sedikit dan sentiasa relate semula dengan perilaku seharian mereka.
Saya juga masih balajar dan bertatih dalam pengembaraan mendidik anak ini. Setiap anak dan keluarga berbeza. Apa yang kita lalui menjadi manual yang tersendiri dalam mendidik anak. Apa yang saya kongsikan adalah panduan umum, saya alu-alukan para ibubapa yang berpengalaman berkongsi bersama pengalaman masing-masing dalam ruangan komen.
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantarkan ke dalam syurga. Tidaklah seseorang berbuat jujur hingga Allah mencatatnya sebagai orang yang selalu jujur.
Dan berbohong itu membawa kepada kejelekan, dan kejelekan itu menghantarkan ke dalam neraka. Sungguh seseorang terbiasa bohong hingga Allah mencatatnya sebagai seorang pembohong.”
(HR. Bukhari No. 6094, Muslim No. 2607)

Jumaat, 2 Ogos 2019

11 NASIHAT KEPADA IBU YANG SAYANGKAN ANAK (LELAKI) MEREKA


Ibu mana yang tidak sayangkan anak.
Bagi mereka yang pernah bergelar ibu, pasti mereka mengakui bahawa tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa perasaan seorang ibu terhadap anaknya.
Namun kadangkala, perasaan yang terlampau sayang akan membawa kita kearah terlalu memanjakan anak, lantas membuatkan kita membesarkan mereka dalam keadaan yang salah.
Ada beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian, dan bertegas dengan hati sendiri dalam membesarkan anak-anak:

1.AJARKAN DIA MENGEKSPRESI PERASAAN.

Anak anda mungkin selalu menangis kerana marah atau ketakutan.
Jelaskan kepadanya bahawa perasaan-perasaan itu adalah satu cetusan dan beritahunya apa yang perlu dibuat. Bincangkan juga mengenai perasaan anda dengannya.
Apabila dia membesar, dia akan tahu perbezaan diantara marah, kekecewaan, kesedihan dan kekeliruan.
Dan dia juga akan tahu bagaimana untuk mengendalikan emosinya, serta ‘melepaskannya’ dengan cara yang betul.

2. AJARKAN DIA MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI, MEMASAK, MEMBASUH BAJU DAN MENGGOSOK BAJUNYA SENDIRI.

Walau apa-apa pun yang akan terjadi pada suatu masa nanti, pada masa itu, pasti dia akan rasa sangat bertuah kerana anda melatih dia supaya berdikari sejak dari waktu kecil lagi.

3. BACAKAN KEPADANYA DAN MEMBACA DENGANNYA.

Benar, kanak-kanak akan menjadi seorang pencinta buku apabila duduk di riba anda, sambil melihat anda membaca.
Beritahunya apakah buku yang anda suka baca dan watak-watak kegemaran anda. Jelaskan kepadanya kenapa pentingnya untuk membaca.
Bacalah buku bersama.
Amalkan membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah semasa menemani anak melakukan aktiviti ini.
Kemudian berbincanglah dengan dia, merungkai plot dan isi bersama, dan lukis gambar bahagian yang dia paling suka pada cerita tersebut.
Yang paling penting, jelaskan pengajaran berguna yang harus dia teladani.

4. YAKINKAN DIA UNTUK MENCAPAI PERKARA YANG  HEBAT.

Bijak, berani, kuat, berbakat, jujur.
Ceritakan kepadanya tokoh-tokoh yang hebat; penulis, pengembara, saintis, ulamak, pemimpin dan sebagainya.
Ceritakan kepada dia bagaimana mereka ini hidup, apa yang mereka buat dan apa yang mereka telah berjaya capai.
Dan bagaimana kecantikan dalaman didalam diri seseorang adalah jauh lebih penting daripada apa yang ditonjolkan pada luaran.

5. JADI CONTOH KEPADANYA.

Jadilah superhero kepada anak kita, jadilah contoh ikutan.
Perkara ini akan berlaku dengan sendirinya tanpa kita perlu mengeluarkan sepatah ayat pun.
Walau bagaimana pun, anda harus tetap menunjukan kepada anak kecil anda betapa cantik, bijaksana dan jujurnya diri anda.
Bagi mereka, anda adalah manusia paling sempurna, paling ideal..
..dan yang akan menjadi kayu ukur kepada insan-insan lain yang akan datang ke dalam kehidupan mereka.

6. AJARKAN PERILAKU YANG BAIK

Ajarkan anak kita dengan ucapan ‘tolong’ dan terima kasih’.
Ajarkan juga kepadanya agar tidak lokek untuk menawarkan pertolongan, menjadi pemurah dan suka berbuat kebaikan.
InsyaaAllah, perkara ini walaupun kecil, akan memberi sumbangan yang besar kepada dunia.
Pasti ganjaran pahala besar menanti anda.

7. LETAKKAN ALLAH DALAM HATINYA SEBAGAI TEMPAT BERGANTUNG.

Anak-anak kita pasti akan mengalami ketakutan dan kepenatan, kesakitan dan kesedihan, berkali-kali dalam sepanjang kehidupannya.
Adakalanya, disaat dia memerlukan anda, anda tidak mampu untuk berada dekat  disisinya.
Oleh itu tanamkan tempat bergantungan dalam hatinya, iaitu Allah. Tuhan sekalian alam. Ini akan membuatkan hidupnya terus berjalan, walaupun semangatnya telah lemah.
Apabila mereka telah faham ini, mereka tidak akan sesekali rasa kesorangan. Dia ada Allah sebagai tempat bergantung dan meletakkan keyakinan.
Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil, Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashir
“Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

8. AJARKAN MEREKA UNTUK BERLEMBUT

Semaikan rasa kasih sayang dan perasaan berlembut mereka dengan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan haiwan, dengan bunga, dan dengan perasaan orang lain.
Semaikan perasaan berkasih sayang sesama makhluk. Semoga anak kita dibesarkan dalam perasaan yang penuh kasih dalam dirinya.

9. TUNJUKKAN MINAT KEPADA HOBI MEREKA

Ibu bapa yang baik akan mengambil tahu tentang pasukan bola kegemarannya, belajar lagu kegemarannya. Hadirkan diri anda secara aktif dalam hidupnya.
Bukannya hanya memerhatikan gelagat anak kita dari jauh.
Hati anak akan lebih terkesan apabila dia mengetahui bahawa ibu bapanya menyokong minatnya.

10. BUAT AKTIVITI DILUAR RUMAH BERSAMA

Tutup TV, simpan konsol video game, dan tinggalkan telefon bimbit anda.
Keluarlah bersiar-siar dengan anak anda dan biarkan kemana sahaja dia mahu pergi. Perhatikan reaksi mereka dan berkomunikasilah dengan mereka.
Nikmati saat tersebut.
Pasti anda merasakan kebahagiaan apabila dapat mengisi masa dengan anak dan melihat mereka membesar didepan mata.

11. SENTIASA MENJADI ‘RUMAH’ KEPADANYA.

Semasa anak kecil kita sedang belajar berjalan, secara tak stabil dia hanya akan melangkah pergi beberapa langkah dari anda – dan kemudian dia akan kembali.
Kemudian apabila dia sudah sedikit besar, akan mula berjalan lagi sedikit jauh disekitar rumah, tetapi dia akan sentiasa pulang setiap masa.
Dia akan tertunggu-tunggu senyuman bangga anda bila dia menunjukkan lukisan pertamanya kepada anda.
Apabila dia belajar membaca, dia akan membaca buku yang sama kuat-kuat sebanyak 20 kali. Kerana dia tahu ibunya akan sentiasa mendengarnya bila dia buat begitu.
Bila dia dalam pertandingan, dia akan mencari-cari wajah anda disebalik penonton-penonton yang hadir. Bila dia sakit, dia pasti akan telefon mengadu kepada anda.
Dan walaupun dia telah besar panjang, kuat dan boleh menjaga diri sendiri, dia mungkin masih mahu menangis dipangkuan anda – dia tidak mampu menyorokkan perasaannya daripada anda, ibunya.
Walaupun dia sudah mempunyai rumah, keluarga sendiri dan jawatan, anda adalah sentiasa permaisuri dihatinya.
Padanya, anda adalah segala-galanya.
Semoga kita semua dikurniakan anak yang soleh dan dapat membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan barakah.
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Khamis, 1 Ogos 2019

Peluk Anak untuk Tenteramkannya

MEMELUK ANAK ADALAH SUNNAH RASULULLAH

Agama kita juga amat menganjurkannya.
Bahkan contoh daripada kehidupan Rasulullah dan interaksinya bersama kanak-kanak amat banyak untuk diteladani oleh ibu bapa.
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Hurairah dinyatakan bahawa:
 “Sesungguhnya al-Aqra’ bin Habis pernah melihat Nabi memeluk anak (Hassan). Lalu al-Aqra’ berkata: ‘Sesungguhnya aku mempunyai 10 anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya dia tidak akan disayangi’.” 
[Riwayat Bukhari]
Banyak pelajaran yang boleh kita ambil daripada hadis diatas.
Pertama sekali, kita lihat bagaimana Rasulullah, walaupun dengan martabatnya yang tinggi sebagai rasul, ketua negara, panglima perang, imam masjid dan selaku manusia yang paling bertakwa kepada Allah, tetap lemah lembut dan menzahirkan kasih sayangnya kepada anak-anak.
Kemudian lihat bagaimana Rasulullah menzahirkan kasih sayangnya. Baginda tidak segan untuk memeluk anak – anak kecil bahkan Baginda menegur Sahabat tersebut yang menyatakan bahawa beliau tidak pernah memeluk anak walaupun seorang pun daripada mereka.
Rasulullah juga pernah menegur seorang lelaki Badwi yang menyatakan bahawa dia tidak mencium anak-anak lelaki.
Seorang Badwi datang kepada Nabi dan berkata, “Kamu mencium anak-anak lelaki! Kami tidak mencium mereka.” Kemudian Baginda berkata, “Aku tidak boleh meletakkan kasih sayang dalam hatimu selepas Allah mengambilnya.” [Riwayat Bukhari]
Dalam beberapa hadis lain, kita dapat lihat bahawa Rasulullah pernah mendukung anak kecil ketika solat dan memendekkan solatnya ketika mendengar anak kecil menangis.
Rasulullah juga sering menegur (bertegur mesra, bukan teguran akibat melakukan kesalahan) anak-anak kecil yang sedang bermain di jalanan dan berdoa kepada anak-anak.

PENUTUP: PELUKLAH ANAK KITA, MASIH BELUM TERLAMBAT

Sebenarnya banyak lagi kisah daripada perjalanan hidup Rasulullah sebagai panduan kepada kita untuk menyayangi dan menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak melalui tindakan seperti doa, pelukan dan berlemah lembut terhadap mereka.
Peluklah dan doakan anak-anak sebagai satu usaha untuk menuruti sunnah Rasulullah dan sebagai salah satu cara untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak.
Jangan malu untuk sering mencium dan memeluk anak – anak kerana mereka adalah antara anugerah Allah paling berharga buat ibu bapa.
Moga Allah memberikan kita petunjuk dalam mendidik anak-anak dan memberikan kita kekuatan untuk membangunkan mereka sebagai pewaris generasi harapan. InsyaaAllah.

Rabu, 31 Julai 2019

Cara Tangani Anak Mengamuk

Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:

Peluk anak dari arah belakang.
Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.

Sabtu, 21 Oktober 2017

9 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN!

1. CUKA

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.


Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.

Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

2. KAYU MANIS & CENGKIH

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.

Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!


3. SERBUK KOPI

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.
Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

4. SODA PENAIK

Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut.
Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.
5. DAUN SIRIH
Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

6. AIR LADA

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.
Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

7. KULIT TELUR

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

8. KULIT LEMON / OREN

Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.
Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.
Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.

9. DAUN PANDAN

Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan.
Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!
PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH
Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.
Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.
Selamat mencuba!

Jumaat, 20 Oktober 2017

BANJIR DI SABAH DARI KUDAT - KOTA KINABALU

Dinotakan di sini Sabah sedang BANJIR

LAPORAN TERKINI KEADAAN BANJIR KILAT DAERAH KOTA BELUD

1. TARIKH: 20/10/2017
2 MASA:  0600 HRS

---------

6 JALAN YANG DINAIKI AIR :

i) JLN KG BOBOT

- TIDAK BOLEH DILALUI OLEH SEMUA JENIS KENDERAAN.

ii) JLN KG SIASAI TAMU

- TIDAK BOLEH DILALUI OLEH SEMUA JENIS KENDERAAN

iii) JLN KG LEBAK MOYOH (KUDAT BYPASS)

- TIDAK BOLEH DILALUI OLEH SEMUA KENDERAAN. 

iv) JLN KG. MENUNGGUI

- TIDAK BOLEH DILALUI OLEH SEMUA JENIS KENDERAAN

v) JLN KG. LINAU

- TIDAK BOLEH DILALUI OLEH SEMUA KENDERAAN.

vi) JLN KG. LABUAN

- TIDAK BOLEH DILALUI SEMUA JENIS KENDERAAN

 7.JAMBATAN PUTUS/ TANAH RUNTUH 

7.1- NIL

8. PARAS AIR TERKINI DI (3) SUNGAI UTAMA DAERAH KOTA BELUD

i. SUNGAI ABAI- KG SEMBIRAI
- PARAS BAHAYA
- 5.89 METER  0.04M⬆
- 30 MINIT SEBELUM 5.85M

ii. SUNGAI TEMPASUK- KG BOBOT
- PARAS BAHAYA
- 5.38 METER  0.00M
- 30 MINIT SEBELUM 5.38M

iii. SUNGAI KEDAMAIAN- KG PIASAU 
- PARAS AMARAN
- 2.31 METER  0.13M ⬇
- 30 MINIT SEBELUM 2.44M

9. KEADAAN CUACA TERKINI

➖HUJAN 

*
11.PERKEMBANGAN TERKINI

i. TREND HUJAN LEBAT SEKEJAP2

ii. PARAS SEMUA (3) SUNGAI UTAMA KOTA BELUD TURUN NAMUN (2) MASIH LAGI DI PARAS BAHAYA (1) DAN  PARAS NORMAL.

vi. PETA LALUAN ALTERNATIF  DAERAH KOTA BELUD TELAH DIEDAR KEPADA PKOB UTK DIKIRIM KEPADA PIHAK RTM UTK DIWAR2KAN.

vii. PDRM IPD KBELUD TELAH MEMBUAT TANDA ARAH LALUAN ALTERNATIF UNTUK DIPASANG DI 12 LOKASI LALUAN KK -KM/KUDAT DAN  KUDAT/KM - KK SBG PANDUAN KEPADA PEMANDU2 YG MAHU MENGUNAKAN LALUAN ALTERNATIF.

NOTHING BAB 2 : MISSING

SAKURA cuba ingat.  Something is missing in my memory.  Apa berlaku semalam langsung dia tak ingat!  Hanya pada Risham patut dia tanyakan tapi pagi ini dengan perlakuan dan perbuatan Risham kepadanya mana mungkin dia mampu memandang wajah lelaki kejam ini.
Ketap bibir kuat-kuat.  Ramas rambutnya dengan kasar.  Biar semua sakit!  Silapnya juga bersama-sama menikmati nikmat sentuhan pertama kali Risham di tubuhnya.  Dia tahu tak pernah benarkan mana-mana lelaki menyentuhnya sejauhnya ini walaupun dia berpakaian seksi.  Risham sedang lena tidur di sisinya.  
Sakura sedang mengelap rambutnya yang basah.  Kemudian duduk di depan cermin solek. Pelakuannya diperhati Risham yang duduk di katil.  Sakura cuba untuk mengelak mereka bertentang mata.  Selepas aksi di bilik mandi Sakura masih diam.  Satu butir suara tidak kedengaran.
"I bagi you semua apa yang you perlu.  You cuma perlu layan kehendak batin I.  Tak kira bila dan bagaimana.  Bila I minta you kena bagi,"  nada arahan bukan soalan dari Risham.
"Kalau I tak bagi?  You nak paksa-paksa?"  Sakura bersuara, mendatar.  Renungan kosong di sebalik cermin melihat tubuh Risham sedang mendekatinya.
"No... no... no... ini bukan sesi rundingan.  You dengar sini.  Bila I kata I nak I tak suka dibantah!"  Kasar Risham tarik rambut Sakura.  Terlepas tuala di tangan dan perbuatan Sakura mengeringkan rambutnya terhenti.  Suara Risham yang begitu menggegarkan jantungnya.
Sakura ketap bibir.  Kenapa dia rasa ternoda saat getir begini.  Pelik.
"I tak hadap harta atau apa saja yang you nak bagi.  I nak diri I yang lama!"  Sakura melawan dan menepis tangan Risham.  Sakit kepalanya akibat rambut ditarik sentap begitu tiba-tiba oleh Risham.  Sakura berasa hairan.  Kenapa dia ingat nama Risham tapi tak ingat apa kisah semalam.  Apa sebenarnya yang terjadi.
Risham paut pinggang Sakura yang bangkit dari duduk.  Tubuh gebu itu ditolak naik atas katil.  Sengaja ingin menguji kata-kata Sakura sekejap ini.  Sakura melawan sekuat kudrat.  Tak mahu tewas dan nampak lemah di mata Risham.  Dia faham kemahuan Risham.  Itu bermakna Risham bernafsu dan normal sebagai lelaki.

Khamis, 19 Oktober 2017

BANJIR SABAH KOTA KINABALU-TUARAN

SELAMAT PAGI TUAN2, BERIKUT ADALAH SENARAI JALAN  YG DINAIKI AIR DAN LALUAN ALTERNATIF.

1) JALAN LEBAK MOYOH (KUDAT  BYPASS).
- HANYA BOLEH DILALUI KENDERAAN TINGGI.

2) JALAN KG LABUAN.
- TIDAK BOLEH DILALUI SEMUA JENIS KENDERAAN.

3) JALAN KG BOBOT.
- TIDAK BOLEH DILALUI SEMUA JENIS KENDERAAN

4) JALAN SIASAI TAMU.
- TIDAK BOLEH DILALUI SEMUA JENIS KENDERAAN.

5) JALAN KG MENUNGGUI.
- TIDAK BOLEH DILALUI KENDERAAN

6) JALAN KG LINAU.
- TIDAK BOLEH DILALUI SEMUA JENIS KENDERAAN

7) JLN KG KOTA BELUD.
- BOLEH DILALUI.

* LALUAN ALTERNATIF:-

1) KUDAT /KM-KOTA KINABALU

➖ PLAN A
- MELALUI JALAN SANGKIR MENUJU KE KAMPUNG TEMPASUK 2 - KEM PARADISE - KG TAMBULION - KG PIASAU - KG PIRASAN ( RANAU BYPASS) - PEKAN KOTA BELUD - KOTA KINABALU.

➖ PLAN B
- MELALUI JALAN SANGKIR MENUJU KE KAMPUNG TEMPASUK 2 - KEM PARADISE - KG TAMBULION - KG PIASAU - KG PIRASAN ( RANAU BYPASS) - KKIA - JALAN JKR - KOTA KINABALU.

➖PLAN B
- MELALUI JALAN KG KAWANG2 - KOMPLEKS BOTONG- KEM PARADISE - KG TAMBULION - KG PIASAU - KG PIRASAN ( RANAU BYPASS) - PEKAN KOTA BELUD - KOTA KINABALU.

1) KOTA KINABALU - KUDAT /K-MARUDU

➖PLAN A
- KOTA KINABALU - PEKAN KOTA BELUD - KG PIRASAN (RANAU BYPASS) - KG PIASAU - KG TAMBULION - KEM PARADISE - TEMPASUK 2 - KG SANGKIR - KG JAWI- JAWI - KUDAT/KOTA MARUDU.

➖PLAN B
- KOTA KINABALU - JALAN JKR - KG PIRASAN (RANAU BYPASS) - KG PIASAU - KG TAMBULION - KEM PARADISE - TEMPASUK 2 - KG SANGKIR - KG JAWI- JAWI - KUDAT/KOTA MARUDU.

➖PLAN C
- KOTA KINABALU - JALAN JKR - KG PIRASAN (RANAU BYPASS) - KG PIASAU - KG TAMBULION - KEM PARADISE - KOMPLEKS BOTONG - KG KAWANG-KAWANG - KUDAT/KOTA MARUDU.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN.

Rabu, 18 Oktober 2017

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00

Tazkirah Ustaz Kazim

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan
garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja.

Tapi tahukah anda dengan hanya RM 1.00 ???, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.

     😎 Caranya mudah sahaja !!!

🍲 Cara Penyediaan :

• Beli seikat daun SUP,
• Cuci bersih-bersih & potong kecil2,                 
• Masukkan kedalam periuk & masukan air bersih,
• Didihkan untuk sepuluh minit sahaja,
• Sejukkan , tapis & masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.

🍵 Cara minum :

Amalkan  meminumnya segelas sehari dan anda akan rasa perubahannya. IN SHAA ALLAH

📝 Nota :

Segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing . Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba... IN SHAA ALLAH

SHARE untuk SAUDARA & SAHABAT anda!!!

Selasa, 17 Oktober 2017

RUTIN ALAMI MINUM AIR SUAM

SILA KONGSI ARTIKEL  INI DENGAN KELUARGA DANKAWAN-KAWAN, INI SANGAT PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ORANG.

Sekumpulan doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan. Seperti:

1 Migrain
2 Tekanan darah tinggi
3 Tekanan darah rendah
4 Sakit sendi
5 Peningkatan dan penurunan degupan jantung yang mendadak
6 Epilepsi
7 Meningkatkan tahap kolesterol
8 Batuk
9 Badan tidak selesa
10 Golu sakit
11 asma
12 batuk kokol
13 urat tersumbat
14 Penyakit yang berkaitan dengan Uterus & saluran air kencing
15 Masalah perut
16 Kurang selera makan
17 Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.
18 Sakit kepala

BAGAIMANA  MENGGUNAKAN AIR SUAM

Bangun pada waktu pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam apabila perut kosong. Anda mungkin tidak boleh minum 4 gelas sekali gus pada mulanya tetapi perlahan-lahan anda akan terbiasa

NOTA: Jangan makan apa-apa selepas 45min mengambil air.

Terapi air suam akan menyelesaikan masalah kesihatan dalam tempoh yang munasabah seperti: 

✔ Diabetes dalam 30 hari

✔ Tekanan darah dalam 30 hari

✔ Masalah perut dalam 10 hari

✔ Semua jenis Kanser dalam tempoh 9 bulan

✔urat tersumbat  dalam tempoh 6 bulan

✔ Kurang selera makan dalam 10 hari

✔ Uterus dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari

✔ Masalah Hidung, Telinga, dan Tekak dalam 10 hari

✔ Masalah wanita dalam 15 hari

✔ Penyakit jantung dalam tempoh 30 hari
✔ Sakit kepala / migrain dalam masa 3 hari

✔ Kolesterol dalam 4 bulan

✔ Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan

✔ Asma dalam 4 bulan



AIR SEJUK TIDAK BAIK UNTUK ANDA

Jika air sejuk tidak menjejaskan anda pada usia muda, ia akan merosakkan anda pada usia tua.

* Air sejuk menutup 4 urat jantung dan menyebabkan serangan jantung. Minuman sejuk adalah sebab utama serangan jantung.

* Ia juga menimbulkan masalah di hati. Ia membuatkan lemak terperangkap dengan hati. Kebanyakan orang yang menunggu pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.

* Air sejuk mempengaruhi dinding dalaman perut. Ia menjejaskan usus besar dan menyebabkan kanser.


TOLONG JANGAN SIMPAN MAKLUMAT INI TANPA DISEBARKAN

Beritahu seseorang untuk memberitahu seseorang, MUNGKIN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG.

Rabu, 1 Mac 2017

NOTHING BAB 1 | SOMETHING

"Sakura..." satu suara menyapa. Mata yang sedang baru hendak mula terbuka serentak kepalanya mendongak memandang susuk seseorang di depannya.


Dari aras pinggang ke atas. Dia ingat-ingat lupa. Dia kenal suara dan susuk tubuh yang cuma memakai tuala putih paras pinggang di depannya itu, sedang berdiri tegak di tepi katil dengan pandangan sukar ditafsirkan minda. Titis-titis air yang masih membasahi rambut lelaki itu kelihatan jelas di matanya. Lantas membawa satu tafsiran aneh ke mindanya.

Mata bertentang mata. Buka mata luas-luas. Sakura rasa nafasnya tersekat.

"Risham!" kuat jeritan nama lelaki itu dibibirnya terlepas. Kedua tapak tangannya spontan menekup mulut. Sukar ditafsir perasaannya saat ini. Perlahan Sakura mengintai ke dalam gebar yang masih menutupi separuh badan. Tubunya bogel! Sakura ketap bibir. Apa yang terjadi semalam? Kenapa dia tak ingat. Kenapa boleh jadi begini! Di mana dia sekarang ini?

Sakura pusing kepala ke kiri ke kanan. Nafasnya turun naik. Tiba-tiba pergerakannya terhenti. Matanya tunak melihat pakaiannya dan Risham bersepah di atas lantai. Dan mereka sedang berada di dalam sebuah bilik hotel mewah.

Nota :
Cerita ini start 13/07/2016 jam 11.08 p.m.
Khas untuk mereka yang berminat sahaja.
Percubaan ditulis secara tersirat dan berlapik.
Plotnya I tak tahu lagi. I suka tulis gitu-gitu saja.
Hope you all suka. Don't forget to like and comment.
Ada mood I sambung lagi! Thank you.

Selasa, 16 Ogos 2016

READY STOK RM121.00 (novel 3 in 1)

 RM35 termasuk poslaju
(LIMITED)
NAK KU AJARKAN BERCINTA
Salsabila kena kahwin segera untuk elak diburu lelaki-lelaki mata keranjang di luar sana.
Lain yang dirancang lain yang jadi.  Suami segeranya menduga 
sekeping hati yang belum bersedia untuk menghulurkan cinta.


 RM43 termasuk poslaju

SI PEMBURU HANGAT
Emran cuba untuk memburu cinta Areej. Pelbagai cara dilakukan
namun bukan mudah meleburkan sekeping hati seorang gadis yang
dibayangi kisah perit silam.

RM43 termasuk poslaju

HUTAN CINTA
Lidya dan Syazmee terpaksa akur untuk bersama-sama
mencari  jalan pulang.  Mereka terperangkap di dalam
Hutan Dara Kukut dekat Bukit Sakit.

NAK KU AJARKAN BERCINTA PROLOG

Ready Stock
RM35 termasuk poslaju
Seluruh Malaysia Sahaja


NAK KU AJARKAN BERCINTA
(versi cetak 2016)
Prolog


WAJAH bersih tanpa jerawat yang sedang memandang jauh ke permukaan tasik di hadapan Rock tenung lama.  Cantik!  Secantik anugerah yang begitu siapa pun yang memandang pasti terpikat.  Terikat.  Oh hati kenapa perlu ada debaran tanpa dipinta. Setiap kali mata mengawasi wajah itu, merenung dan mentafsir apa yang ada dalam minda gadis di hadapannya itu.  Entah apa yang sedang berlaku dalam dunia jiwa gadis tersebut.  Dunia jiwanya sedang berperang hebat.  Peluru sana-sini.  Meletup sana-sini.  Ah hati kenapa ni?  Rock gelisah tanpa tahu punca.
             Inikah tanda cinta terhadap sesama manusia?  Gadis itu apa yang merunsingkannya?  Oh hati cuba dengar cakap tuan badan.  Empunya badan ini belum bersedia memulakan rasa cinta itu sendiri.  Tapi mama, nak dia segera cari isteri.  Macam mencari mee segera saja kat pasaraya.  Ya Tuhan!  Kenapa dia tiba-tiba gelisah tak menentu ni.  Semakin direnung wajah gadis di hadapannya itu semakin rancak berpesta sakan jiwanya di dalam.  Apa ni...
             “Apa ni?”  jerit gadis itu tiba-tiba.
             Terkebil-kebil mata Rock melihat adegan kurang wajar berlaku di depan matanya.  Apa kes pulak tu?  Kacau daun sungguh dia nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan itu.  Sudahlah dia sedang melayan jiwa kacaunya.   Berlaku pula benda-benda yang melibatkan perempuan di depan matanya.  Kenapa tidak di depan orang lain kenapa mesti di depan matanya.
             Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan apa yang berlaku di hadapan matanya itu.  Lantas, Rock berdiri menyapu punggung membersihkan daun-daun kering.  Sejak dari tadi dia duduk atas tanah beralaskan daun-daun pokok yang telah mati sambil merenung ke tasik buatan manusia di hadapannya itu.  Seketika keindahan Tasik di Syeksen 7, Shah Alam tercemar dengan bunyi jeritan itu.
             “Kenapa tak boleh?”  jerkah lelaki itu pada gadis itu.  Itu yang didengari Rock sebaik menghampiri mereka.
             Sudah adegan tolak-menolak gadis itu tetap mempertahankan diri.  Isk!  Tak boleh jadi.  Tak boleh jadi.
             “Apa lagi yang awak tak puas hati?”  naik berang gadis itu sudah menjerit.
             Terhinjut sedikit bahu Rock mendengar suara kuat itu.  Ek, nampak aje cantik tapi perangai ya Tuhan.  Benarlah kata orang don’t judge a book by its cover.
             Niat nak menolong jadi terbantut. 
             Pertengkaran antara duanya itu berlarutan.
             “Kurang ajar punya perempuan!”  sumpah lelaki itu pula sudah naik tangan. 
             Eh!  Eh!  Eh!
             Mana boleh jadi ni.  Dia kena masuk campur bila ada kejadian tidak elok di depan matanya.  Apa lagi melibatkan pukul-memukul perempuan.  Mama adalah ratu di hatinya.  Apa lagi wanita-wanita lain di luar sana.
             “Assalammualaikum!”  salam dihulur.  Kedua-duanya memandangnya dengan wajah berkerut. 
             “Wa’alaikummussalam,” Gadis itu menyambut salam yang diberi. 
             Lelaki itu pula buat muka dan tidak jadi menampar si gadis.  Segera menurunkan tangan.  Tahu takut!  Macam kacak sangat dengan wajah putih bersih dia tu.  Dia lagi kacak.  Perasan sekejap.  Dia nak bersantai-santai pun terganggu.  Walaupun malas nak masuk campur tapi rasanya tak wajar membiarkan lelaki itu memperlakukan gadis itu sebegitu.  Itu pada pendapat dia.
             “Kenapa ni?”  soalnya mesra macam dia kenal sangat dengan gadis itu.  Sejuk hatinya kerana gadis itu membalas salam yang diberi.
             Orang yang baik-baik akan tahu salam wajib dijawab.  Lelaki teman si gadis terus buat muka.  Sedarlah tu kesilapan diri sendiri.  Salam diberi tak dijawab.
             “Excuse me!”  lelaki itu menegur.
             “Abang!”  tiba-tiba sahaja gadis itu meluru ke arah Rock.  Tiba-tiba pula gadis itu bersembunyi di belakang badannya.  Eh apasal pulak ni?  Sejak bila pula dia jadi abang pada gadis itu?  Rock berpaling memandang wajah si gadis yang tidak diketahui namanya.  Mata gadis itu seperti berbicara sesuatu.
             “Salsa... siapa ni?” soalan lelaki itu mengalihkan pandangan Rock.
             Salsa!  Nama gadis ini Salsa.  Erk... Salsa?  Salsa?  Eh apasal pulak dia ulang-ulang nama gadis tu.  Kemudian pandangan Rock berkalih ke arah Salsa.  Wajah Salsa nampak mengharap sangat bantuannya.  Hish! Tak boleh jadi ni lama-lama pandang gadis bernama Salsa ini hati dia dah rasa lain macam.  Sejak duduk tadi.
             “Salsa???”  suara lelaki itu bergema lagi.
             “Sini!!!”  lelaki itu cuba menarik tangan Salsa di belakang Rock.
             “Abang, tolong!”  Salsa bersuara.  Membantah.  Dia menjadi macam pokok pula di tengah-tengah mereka sedang keliling kejar-mengejar.
             “Eh diam!”  tegas Rock bersuara.  Macam halilintar suara Rock bergema. Kedua-duanya berhenti dan memandang wajahnya.
             “Saudara, tak elok berkasar dengan Salsa.  Ada apa-apa masalah bincang elok-elok,” Rock cuba meleraikan.
             “Mind your own business!”  lelaki itu mula naik angin.  Nafas sudah tercungap-cungap.  Tak dapat nak tangkap Salsa. 
             Badan Rock ditolak kasar.  Rock terundur selangkah ke belakang.
             “Kau jangan nak sibuk!”  sergah lelaki itu lagi.
             “Aku abang dia kenapa aku tak boleh masuk campur!”  tegas Rock bernada amaran.
             Terhenti seketika lelaki itu.  kemudian terus cabut lari.