SAKURA cuba ingat. Something is missing in my memory. Apa berlaku semalam langsung dia tak ingat! Hanya pada Risham patut dia tanyakan tapi pagi ini dengan perlakuan dan perbuatan Risham kepadanya mana mungkin dia mampu memandang wajah lelaki kejam ini.
Ketap bibir kuat-kuat. Ramas rambutnya dengan kasar. Biar semua sakit! Silapnya juga bersama-sama menikmati nikmat sentuhan pertama kali Risham di tubuhnya. Dia tahu tak pernah benarkan mana-mana lelaki menyentuhnya sejauhnya ini walaupun dia berpakaian seksi. Risham sedang lena tidur di sisinya.
Sakura sedang mengelap rambutnya yang basah. Kemudian duduk di depan cermin solek. Pelakuannya diperhati Risham yang duduk di katil. Sakura cuba untuk mengelak mereka bertentang mata. Selepas aksi di bilik mandi Sakura masih diam. Satu butir suara tidak kedengaran.
"I bagi you semua apa yang you perlu. You cuma perlu layan kehendak batin I. Tak kira bila dan bagaimana. Bila I minta you kena bagi," nada arahan bukan soalan dari Risham.
"Kalau I tak bagi? You nak paksa-paksa?" Sakura bersuara, mendatar. Renungan kosong di sebalik cermin melihat tubuh Risham sedang mendekatinya.
"No... no... no... ini bukan sesi rundingan. You dengar sini. Bila I kata I nak I tak suka dibantah!" Kasar Risham tarik rambut Sakura. Terlepas tuala di tangan dan perbuatan Sakura mengeringkan rambutnya terhenti. Suara Risham yang begitu menggegarkan jantungnya.
Sakura ketap bibir. Kenapa dia rasa ternoda saat getir begini. Pelik.
"I tak hadap harta atau apa saja yang you nak bagi. I nak diri I yang lama!" Sakura melawan dan menepis tangan Risham. Sakit kepalanya akibat rambut ditarik sentap begitu tiba-tiba oleh Risham. Sakura berasa hairan. Kenapa dia ingat nama Risham tapi tak ingat apa kisah semalam. Apa sebenarnya yang terjadi.
Risham paut pinggang Sakura yang bangkit dari duduk. Tubuh gebu itu ditolak naik atas katil. Sengaja ingin menguji kata-kata Sakura sekejap ini. Sakura melawan sekuat kudrat. Tak mahu tewas dan nampak lemah di mata Risham. Dia faham kemahuan Risham. Itu bermakna Risham bernafsu dan normal sebagai lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan