Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;Berita dukacita akan saya ingat sampai bila-bila. Seseorang yang dekat di hati dan menjadi idola sampai bila-bila. Pemergiannya amat terasa. Airmata saja yang mampu berbicara di antara dua demensi yang berbeza. Al Fatihah dan Yassin jadi perantara. Kesedihan yang terasa ini tidak mampu di tanggung namun saya hanya mampu bersabar dan menangis. Entah mengapa kesannya amat mendalam dalam jiwa saya ketika ini. Tangisan sentiasa berlagu di tubir mata.
Beginilah situasi bagi yang telah kehilangan orang tersayang. Pesan abah akan sentiasa saya ingat, JUJUR, AMANAH, IKHLAS, SETIA. (JAIS)... Abah (Bapa Mertua). Pemergian abah pada jam 1.00 pagi 28 September 2011 dengan mudah dan tenang, walaupun pemergiaan abah tanpa saya berada di sisi abah ketika itu kerana lautan yang memisahkan benua antara kami, namun kesannya terasa sehingga ke hati kecil. Satu kehilangan yang besar pada saya kerana abah seorang yang jujur dan baik. Moga rohnya dirahmati ALLAH.
Amin Ya Rabbal Alamin.
2 ulasan:
Al-Fatihah semuga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..sln takziah dari mama buat rini & keluarga..
terima kasih mama aini... amat terasa sangat pemergiaan abah, asal terkenang automatik airmata mengalir tanpa dapat di tahan... sayu dan terharu...
Catat Ulasan