Sabtu, 1 Oktober 2011

1 Oktober 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera;

Kisah manis, kisah pahit, kisah suka, kisah duka semua orang pasti akan melaluinya sepanjang titian perjalanan hidup selagi umur semakin meningkat.  Saya menikmati kisah manis apabila awal 2011 novel pertama saya mendapat sambutan 'cinta akan indah' oleh para pembaca novel.  terima kasih kepada semua.  

kisah pahit apabila saya dikhianati, kepercayaan dan usaha saya di pertikai, kewibawaan saya di perlekeh, sedihnya saya sehingga saya menghidap penyakit hipotensi, sehingga saya di cekik, saya hanya menjalan tugas yang di amanahkan semata-mata.  salahkah saya? tapi mengapa pada segelintir besar menuduh saya salah?  salahkah saya mempertahankan integriti dan akauntabilit tugas saya? persoalan dalam hati dan minda saya dunia hari ini, yang berlaku jujur dan amanah dalam tugas akan di cemuh, yang menjadi balaci dan bagai lembu di cucuk hidung akan di beri pengiktirafan kerana tidak menentang.  itulah situasi pahit yang perlu saya lalui.  saya harus tabah dan bersabar.

kisah suka? hmm... agaknya setakat hari ini belum ada lagi, apakah kisah suka itu? moga ada kisah suka sebelum akhir 2011. harap-harap...

kisah duka seperti yang telah saya catatkan sebelum ini kehilangan abah amat saya rasai.  saya lepaskan abah pergi, saya sedekahkan al-fatihah dan yasin, ini saja yang saya mampu berikan.  berendam airmata amat meruntun jiwa kehilangan abah tetapi saya kena lepaskan abah.  semoga abah aman di alam sana.  saya sayang abah seperti ayah sendiri.  saya akan rindui abah.  saya tetap ingat segala pesanan abah. Insya'Allah saya akan pegang pesanan abah agar saya menjadi seorang yang jujur, amanah, ikhlas dan setia.  segala nasihat abah akan saya ingati selagi nyawa dikandung badan.  walau sukar untuk menerima kehilangan abah pada mulanya namun saya percaya masa akan mengubah segalanya.

kisah tetap akan menjadi satu cerita dan cerita akan menjadi satu sejarah.  apa juga yang telah berlaku akan berlalu dan menjadi tauladan dan ingatan pada saya.  saya masih mengharap kisah suka akan tiba juga akhirnya.  saya masih mengharap agar kesihatan saya kembali pulih seperti biasa untuk saya meneruskan perjuangan menulis dan terus menulis sebuah manuskrip yang boleh diterima oleh pembaca.  saya mengharap saya akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan berintegriti dan akauntabiliti.

akhir sekali fikir-fikirlah...

Tiada ulasan: