Selasa, 17 November 2015

BANJIR DAN HUJUNG TAHUN

Assalammualaikum

Sekadar kongsi peristiwa semalam.

Banjir di Shah Alam kerana hujan sejak 1 tengahari.  Pulang dari Kuala Lumpur, komuter  yang ditunggu akhirnya tiba selepas satu jam setengah aku menunggu.  Perjalanan lancar pada mulanya tetapi sebelum sampai stesen Subang Jaya komuter berhenti menanti signal clearence katanya.

Rupa-rupanya banjir kat Stesen Batu Tiga.  Macam biasa tahun ke tiga aku di sini... Tahun 2013, 2014 pun perkara yang sama.  Apa perubahan yang telah berlaku?  Banjir masih berlaku.  Hari ini hujan mungkin turun sama seperti semalam dengan lebatnya.  Pagi-pagi tengok macam matahari belum menjenguk dunia.  Suasana suram. Semoga keadaan normal semula walaupun dah tahu hujung tahun musim tengkujuh.

Kita tunggu next.


 Thanks mr google ini gambar tahun 2014


Ini gambar semalam 16-11-2015



Khamis, 12 November 2015

PUISI PENARI LALU

tarinya
begitu lemah lembut
gemalai mengikut alunan rentak irama
tanpa henti dalam keasyikkan

tarinya
longlai dan indahnya susunan
meliuk sentiasa mengikut geraknya
tunduk, tegak, kiri, kanan
depan, berundur
tertib dan teliti

tarinya
melata bergoyang
seri hidup suasana
setapak melangkah melemparkan
senyuman
jemari dialun ke bawah
bangun kembali

tarinya
akan berhenti bila
masa yang sudah tiba
tanpa mengira siapa
bersedia atau tidak
ada seruan memanggilnya

Bilik 6
Kampung Kelumpang Pitas, Sabah
12 Januari 2006
(Khamis - 12 Zulhijjah 1426H)
0841 malam.

kenangan puisi ini tentang penari lalu.

erm masih cuba ingat kisahnya...