Assalammualaikum
Sekadar kongsi peristiwa semalam.
Banjir di Shah Alam kerana hujan sejak 1 tengahari. Pulang dari Kuala Lumpur, komuter yang ditunggu akhirnya tiba selepas satu jam setengah aku menunggu. Perjalanan lancar pada mulanya tetapi sebelum sampai stesen Subang Jaya komuter berhenti menanti signal clearence katanya.
Rupa-rupanya banjir kat Stesen Batu Tiga. Macam biasa tahun ke tiga aku di sini... Tahun 2013, 2014 pun perkara yang sama. Apa perubahan yang telah berlaku? Banjir masih berlaku. Hari ini hujan mungkin turun sama seperti semalam dengan lebatnya. Pagi-pagi tengok macam matahari belum menjenguk dunia. Suasana suram. Semoga keadaan normal semula walaupun dah tahu hujung tahun musim tengkujuh.
Kita tunggu next.
Thanks mr google ini gambar tahun 2014
Ini gambar semalam 16-11-2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan