Selasa, 26 Mei 2015

JOM CUKUP AMALKAN CUKUP TIDUR



FAKTA MENARIK TENTANG TIDUR

 

Tahukah anda bahwa tidur punya fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuat memori otak terganggu dan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain.

Penelitian menemukan bahwa tidur tidak hanya melindungi memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang tidur lebih sedikit mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Tapi ini boleh kembali normal sekiranya anda boleh tidur lena selama seminggu. Betapa tidak menguntungkan bukan? Tapi jangan juga menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun banyak yang hanya menghabiskan waktu selama 5 jam saja untuk istirehat. Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh menambah tinggi risiko masalah kardiovaskular.

Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya, ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh. Sebagai contoh, tidur boleh mempertingkat hormon pertumbuhan dan mengganti sistem imune anda. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh membuat depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah, ditambah otak tak boleh berfikir dengan baik. Banyak kes bunuh diri yang terjadi kerana hal ini.

Fakta Menarik tentang Tidur

* Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.

* Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika sedang dalam keadaan sedar.

* Banyak penderita insomnia -penyakit susah tidur- adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.

* Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.

* Suhu tubuh anda akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

* Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa orang tua selalu bangun ketika bayinya menangis.

Bagaimana Tidur yang Sehat?

  1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari musik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.
  1. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman.
  1. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.
  1. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.
  1. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

TIDUR DAN BERAT BADAN

FAKTA
TIDUR AWAL DAN CUKUP  UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
SIAPA TAK NAK BUAT RUGI.
SILA BACA DAN SHARE.

Kita selalu disyorkan untuk tidur 7 – 8 jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. namun entah kenapa sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. padahal cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan. bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat anda lebih produktif di pejabat, masakan anda masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa kebaikan mengelakkan tidur larut malam ini:

1. Berat Badan turun
“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS,RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya tenaga anda akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya. Demikian menurut Rafael Pelayo, MD, Seorang professor dari Sleep Medicine di Stanford University.

2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?

3. Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam. Demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dalam keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda dengan lebih produktif.

4. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.

5. Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R.Gromer, MD dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.

6. Boleh sukan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, anda tidak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan anda?

7. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap berjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang berkerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer. Dengan tidur lebih awal anda akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.

TAK CUBA TAK TAHU.
SO, CUBA, TRY, TEST.
MANA TAHU BOLEH TAHU.