Isnin, 11 Ogos 2014

NASI AYAM

Assalammualaikum wbt.

Hari itu cuba masak nasi ayam, orang yang cuba-cuba ini pula menjadi.  Tak sangka cik abang suka makan.  Request another nasi ayam lagi semalam.  Resepinya simple aje seperti berikut:-

1. Tumis bahan hirisan : 2 sudu planta + 2 biji bawang merah + 2 inci halia + 2 biji bawang putih

2. Tambah air rebusan ayam dalam bahan tumisan (ikut sukatan biasa masak nasi) - atas dapur api.

3. Masukkan beras yang telah di cuci dalam periuk nasi elektrik + air tumisan tadi.

4. Tunggu hingga masak.

5. Siap untuk dimakan.

6. Lumur ayam yang telah direbus empuk dengan sos tiram.

7. Goreng ayam seketika.

8. Sediakan sos cili.

Ringkas.

** sedap makan nasi ayam ini dengan ikan masin.  cubalah.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan: