Jumaat, 8 Ogos 2014

AGAR-AGAR PANDAN GULA MELAKA

ASSALAMMUALAIKUM WBT

Hari ini nak kongsi, semalam kita masak agar-agar.  Bahan-bahannya adalah:

A. Rebus : 1 Ketul Gula Melaka 100gm + 4 gelas air (1liter) + 2 helai daun pandan simpul mati + 1/4 gelas gula pasir.  Tos dan asingkan bila gula melaka dah cair.

B. Rebus : 1 paket agar-agar 100gm + 2 gelas air tunggu hingga agar-agar cair.

C. 1 kotak santan + 2 kotak air (bekas kotak santan) + 1 biji telur (Kocak)

Campurkan A + B + C 

Campurkan A ke dalam campuran B ketika B mendidih dengan kacau sehingga mendidih, kemudian campurkan C sedikit demi sedikit sambil kacau campuran sehingga mendidih.

Biarkan seketika kurang panas

Tuang ke dalam acuan ikut kesukaan.

Letak dalam Peti Sejuk.

Selesai.




Tiada ulasan: