Isnin, 25 Ogos 2014

KREATIF BLOK

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar?


Susah hendak berkarya atau mulakan berkarya dinamakan Creative Block. Ada 7 jenis creative block iaitu: 


1. The mental block, dimana kita selalu terbelenggu oleh pemikiran sendiri. Pertanyaan seperti bagaimana nanti, apa orang akan kata sering menggagalkan kita untuk berkarya.

2. The emotional barrier yaitu sering mengalami ketakutan dengan emosi sendiri. Seringkali kita tidak mampu mengawal diri.

3. Work habits that don’t work dimana tabiat persekitaran tempat kita bekerja. Mungkin terlalu banyak gangguan sehingga menyukarkan kita berkarya.

4. Personal problem, gangguan pribadi seperti masallah pribadi yang tidak dapat diselesaikan sehingga menganggu proses berkarya.

5. Proverty. Kesusahan dan keperitan hidup membelenggu mood untuk berkarya sehingga hilang focus.

6. Overwhelm. Terlalu banyak atau sedikit memyebabkan malas untuk berkarya.

7. Communication breakdown dimana sering terganggu akibat terlalu banyak mendengar kritik atau pandang negative sehingga menganggu konsentrasi.

Setelah mengetahui jenis creative block eloklah berusaha untuk dibaiki atau dihindari gangguan tersebut.selamat mencuba.

Thanks to Cikgu yusof gajah

Ahad, 24 Ogos 2014

SIBUK

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar?

Dah beberapa hari tak update blog.  Akibat kesibukan dengan fail-fail kertas kerja dan juga kerja harian selepas 3 bulan cuti bersalin anak ke-4.  Bayangkan kerja yang tertunggak selama 4 bulan perlu diselesaikan kerana pihak yang seorang lagi tidak melaksanakannya.

Terpaksalah den habiskannya.

Hari ini baru selesa sikit tapi belum lega sepenuhnya kerana kertas kerja masih belum settle sepenuhnya.

Apapun semua itu perlukan komitmen jitu.

Pada mereka yang bekerja tentu faham.

Jumpa lagi.

Jika ada kelapangan masa saya akan update blog.  Tak kisahlah cerita apa yang ingin dikongsi apa yang penting saya tak menyepikan diri...

Isnin, 11 Ogos 2014

NASI AYAM

Assalammualaikum wbt.

Hari itu cuba masak nasi ayam, orang yang cuba-cuba ini pula menjadi.  Tak sangka cik abang suka makan.  Request another nasi ayam lagi semalam.  Resepinya simple aje seperti berikut:-

1. Tumis bahan hirisan : 2 sudu planta + 2 biji bawang merah + 2 inci halia + 2 biji bawang putih

2. Tambah air rebusan ayam dalam bahan tumisan (ikut sukatan biasa masak nasi) - atas dapur api.

3. Masukkan beras yang telah di cuci dalam periuk nasi elektrik + air tumisan tadi.

4. Tunggu hingga masak.

5. Siap untuk dimakan.

6. Lumur ayam yang telah direbus empuk dengan sos tiram.

7. Goreng ayam seketika.

8. Sediakan sos cili.

Ringkas.

** sedap makan nasi ayam ini dengan ikan masin.  cubalah.

Selamat mencuba.

Sabtu, 9 Ogos 2014

PUDING ROTI KARAMEL

Assalammualaikum wbt

NAK CUBA RESEPI NI HARI INI.


PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.  Kukus 30min.


Tak sabar nak makan!  Ngeee...


Jumaat, 8 Ogos 2014

AGAR-AGAR PANDAN GULA MELAKA

ASSALAMMUALAIKUM WBT

Hari ini nak kongsi, semalam kita masak agar-agar.  Bahan-bahannya adalah:

A. Rebus : 1 Ketul Gula Melaka 100gm + 4 gelas air (1liter) + 2 helai daun pandan simpul mati + 1/4 gelas gula pasir.  Tos dan asingkan bila gula melaka dah cair.

B. Rebus : 1 paket agar-agar 100gm + 2 gelas air tunggu hingga agar-agar cair.

C. 1 kotak santan + 2 kotak air (bekas kotak santan) + 1 biji telur (Kocak)

Campurkan A + B + C 

Campurkan A ke dalam campuran B ketika B mendidih dengan kacau sehingga mendidih, kemudian campurkan C sedikit demi sedikit sambil kacau campuran sehingga mendidih.

Biarkan seketika kurang panas

Tuang ke dalam acuan ikut kesukaan.

Letak dalam Peti Sejuk.

Selesai.