Sabtu, 26 Julai 2014

RAMADAN AKAN PERGI

Assalammualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,

Tahun ini 2014 Masihi
1435 Hijrah

Tahun ini juga GAZA dibom bertalu-talu, sehingga catatan ini ditulis seramai 777 orang awam telah menjadi mangsa ISRAEL.  Hari ini 28 Ramadan Sabtu 26 Julai 2014.

Tahun ini juga MAS melalui saat sukar apabila 8 MAC 2014 sebuah kapal boeng MH370 hilang dari radar kawalan dan masih belum ditemui.  Selain itu, pada Julai 2014 sebuah lagi kapal terbang MH0017 ditembak jatuh diantara ruang udara Ukraine - Russia.  Mangsa paling ramai adalah rakyat Belanda.  Sehingga kini, penyiasatan masih berlangsung.

Tahun ini juga insiden penculikan di Pulau Mabul Sabah sehingga perintah berkurung di 5 buah daerah iaitu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. 

Macam-macam yang berlaku, tapi yang paling dekat di hati apabila ayah masuk hospital kerana serangan jantung pada 20 Julai 2014 di Hospital Serdang! 7 Ogos ini ayah akan dibedah untuk kali pertama.  Doa tetap bersamamu Ayah!  Semoga ayah sembuh.  Itu sahaja yang mampu saya buat...

Ya ALLAH dugaanMU sungguh hebat dalam Ramadan kali ini.
Ya ALLAH aku cuma mampu menghulur doa kepada insan-insan seagamaku dan insan yang aku sayang!
Ya ALLAH selamatkan agama, bangsa dan negaraku.
Ya ALLAH!
Amin

Ramadan akan pergi bersama seribu cerita dan Syawal akan menjelma tak lama lagi...

Jumpa lagi...

Tiada ulasan: