Isnin, 28 Julai 2014

SYAWAL MENJELMA

Assalammualaikum wbt

Sedih kerana Ramadan telah pergi!  Insha-Allah ada rezeki Ramadan akan datang dapat ditemui semula.  Marilah kita bersederhana menyambut Syawal yang menjelma.

Dikesempatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435HIJRAH
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ahad, 27 Julai 2014

CINTA RAMADAN

Assalammualaikum

Hari ini hari terakhir puasa.

Rindunya Ramadan
Bulan keberkatan.
Tiada duanya
Aku cinta Ramadan


Sabtu, 26 Julai 2014

RAMADAN AKAN PERGI

Assalammualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,

Tahun ini 2014 Masihi
1435 Hijrah

Tahun ini juga GAZA dibom bertalu-talu, sehingga catatan ini ditulis seramai 777 orang awam telah menjadi mangsa ISRAEL.  Hari ini 28 Ramadan Sabtu 26 Julai 2014.

Tahun ini juga MAS melalui saat sukar apabila 8 MAC 2014 sebuah kapal boeng MH370 hilang dari radar kawalan dan masih belum ditemui.  Selain itu, pada Julai 2014 sebuah lagi kapal terbang MH0017 ditembak jatuh diantara ruang udara Ukraine - Russia.  Mangsa paling ramai adalah rakyat Belanda.  Sehingga kini, penyiasatan masih berlangsung.

Tahun ini juga insiden penculikan di Pulau Mabul Sabah sehingga perintah berkurung di 5 buah daerah iaitu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. 

Macam-macam yang berlaku, tapi yang paling dekat di hati apabila ayah masuk hospital kerana serangan jantung pada 20 Julai 2014 di Hospital Serdang! 7 Ogos ini ayah akan dibedah untuk kali pertama.  Doa tetap bersamamu Ayah!  Semoga ayah sembuh.  Itu sahaja yang mampu saya buat...

Ya ALLAH dugaanMU sungguh hebat dalam Ramadan kali ini.
Ya ALLAH aku cuma mampu menghulur doa kepada insan-insan seagamaku dan insan yang aku sayang!
Ya ALLAH selamatkan agama, bangsa dan negaraku.
Ya ALLAH!
Amin

Ramadan akan pergi bersama seribu cerita dan Syawal akan menjelma tak lama lagi...

Jumpa lagi...

Selasa, 15 Julai 2014

RAWATAN GASTRIK

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;

Rawatan penyakit gastrik:

1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
 
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!

3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
 
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
 
5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
 
6. Elakkan makan terlalu kenyang
 
7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
 
8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
 
9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
 
10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
 
11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
 
12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

13.Bekam.

Waulahualam...

Jumpa lagi.

Ahad, 13 Julai 2014

SELAWAT TAJRIAH

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selawat Tajriah

Allahumma Salli Salatan, Kamilatan, Wa Sallim Salaman Tamam, 'alasaiyyidina Muhammad
Ya ALLAH, berikan restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami, Nabi Muhammad
Tanhallu bihi 'l-uqad
Semoga dengan berkatnya tertunai segala macam simpulan
Wa tanfariju bihi 'l-qurab
Dilepaskan dari segala kesusahan
Wa taqda bihi 'l-hawaij
Ditunaikan segala hajat
Wa tunalu bihi 'r-raghaib
Tercapai segala keinginan
Wa husnu 'l-khawatim
Dan mendapat akhir hayat yang baik
Wa yustasqa 'l-ghamam
Dan dicurahkan hujan rahmat
Bi wajhihi 'l-karim
Dengan berkat peribadinya yang mulia
Wa 'ala alihi wa sahbihi fii kulli lamhatin wa nafasin bi 'adadi kulli ma'lumin lak
Demikian juga kepada keluarga dan sahabat Baginda pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.

Rabu, 9 Julai 2014

PELAKON WANITA - DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN


Biodata  Izreen Azminda Pelakon Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan
 
Nama penuh: Izreen Azminda Aznam  
Nama Popular :  Izreen Azminda  
Tarikh lahir: 30 Ogos 1985  
Umur :  29 tahun (2014)  
Tempat lahir: Kangar, Perlis
Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif,
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Drama: Drama: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin, Isabella, Juvana, Mendongak Ke Langit, Tentang Dhia, Penjara
 
Profil Rasmi Intsgram : http://instagram.com/izreenazminda# 
Profil Rasmi Twitter:  https://twitter.com/izreenazminda  
Pencapaian: Tempat ke tiga, Dewi Remaja 2005/2006 

Izreen Azminda & Adrian Umar

Selasa, 8 Julai 2014

DRAMA MENANTU SEPULUH RIBU

Assalammualaikum wbt.

Drama-drama-drama.  Haish!  Jangan tak tahu sejak novel diadaptasi ke drama, saya dah jadi kemaruk dengan info drama.  Kali ini slot Azalea bertajuk Menantu Sepuluh Ribu.  Yang ini bukan novel ya.

Slot Azalea kini kembali mempersembahkan sebuah drama kisah cinta bertajuk 'Menantu Sepuluh Ribu' mengantikan drama Fajar Aiman. Drama bersiri 20 episod terbitan A.Aida Production diarahkan oleh Lizam Tugil (Ujang) nukilan skrip Rosmadewi Md Zain. Antara barisan pelakonnya seperti Fizz Fairuz, Reen Rahim, Annie Ariffin, Ewan Mohammad, Aida Khalida, Azah Suaymi, Cat Farish, Aishah Atan, Salwa Md Razak, dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan 'Menantu Sepuluh Ribu bermula 16 Jun 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang menerusi slot Azalea di TV3.
JUDUL : MENANTU SEPULUH RIBU
EPISOD : 20
TARIKH : 16 Jun 2014 (Isnin hingga Khamis - 4.00 petang)
SIARAN : Slot Azalea di TV3
PENGARAH : Lizam Tugil (Ujang)
SKRIP : Rosmadewi Md Zain
TERBITAN : A.Aida Production
PELAKON : Fizz Fairuz, Reen Rahim, Annie Ariffin, Ewan Mohammad, Aida Khalida, Azah Suaymi, Cat Farish, Aishah Atan, Salwa Md Razak
SINOPSIS MENANTU SEPULUH RIBU
Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang kehidupan Ikhwan (Fizz Fairuz) yang sentisa komited dalam menguruskan empayar perniagaan milik keluarganya sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup. 
Meskipun begitu, Ikhwan menjadi dambaian ramai wanita kerana rupa parasnya yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya. Mona (Salwa Md Razak) merupakan salah seorang wanita yang tidak pernah berputus asa untuk mendampingi Ikhwan. Mona yakin dia akan menjadi isteri Ikhwan kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan kakak ipar Ikhwan, Azah Suaymi. 
Sementara itu, Ikhwan berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaan keluarganya dengan membeli tanah di sebuah kampung untuk membuka kilang. Selepas mendapat sokongan dari ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), Ikhwan segera bergerak ke kampung bekas pemandu ayahnya untuk membeli tanah di situ. 
Kehadiran Ikhwan di kampung itu telah disambut baik oleh Haji Yaakob, bekas pemandu ayahnya. Kemudian, Haji Yaakob (Zack Taipan) membawa Ikhwan bertemu Alang (Zulkifli Mohd Salleh) yang sememangnya memiliki sebidang tanah. Sesampainya di rumah Alang, pandangan Ikhwan tertumpu pada Umairah yang merupakan salah seorang anak dara Alang. Ikhwan terpegun melihat kerajinan Umairah (Reen Rahim) serta sikap pembersih gadis itu. 
Hajat Ikhwan untuk membeli tanah di kampung itu terlaksana juga apabila Alang bersetuju untuk menjual tanah kepada Ikhwan. Ikhwan membuat keputusan untuk berada di kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Dia juga mula berkawan dengan Umairah. Gadis itu juga seing membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. 
Ikhwan senang berkawan dengan Umairah. Apabila Ikhwan jatuh sakit, Umairah kerap menziarahinya di rumah Haji Yaakob sehingga sembuh. Ikhwan terasa terhutang budi pada Umairah kerana mengambil berat tentang dirinya. Dari saat itu, mula lahir bibit cinta di antara Umairah dan Ikhwan. Mona mula mencurigai Ikhwan kerana jarang berada di bandar. Lalu, Mona pergi mencari Ikhwan yang berada di kampung. Mona terus marah apabila ternampak kemesraan di antara Ikhwan dan Umairah. Mona mula merancang pelbagai cara untuk menjauhkan mereka berdua. 
Sementara itu, Ikhwan meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Umairah. Keluarga Ikhwan terkejut apabila mendapat tahu Ikhwan sudah mempunyai calonnya sendiri. Apakah yang akan terjadi selepas itu?
Adakah hasrat Ikhwan untuk menikmati kebahagian bersama Umairah akan tercapai? Berjayakan Datuk Musa mendapat menantu pilihannya? Apakah rancangan Mona untuk merosakkan hubungan Ikhwan dan Umairah?


Isnin, 7 Julai 2014

AYAM MASAK HALIA

Assalammualaikum wbt

Oleh kerana jarang sangat memasak, ada masakan yang sekejap ingat, kadang-kadang ingat dan hasil google inilah masakan untuk menu berbuka petang ini :

AYAM MASAK HALIA
BAHAN-BAHANNYA :
2 keping peha ayam bersaiz besar (potong 4 setiap 1, cuci bersih dan toskan)*
1 inci halia, kisar halus*
2 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*(*disatukan, gaul rata dan perap 1 jam)
1/2 inci halia, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 cawan air
1 pokok daun bawang, kerat pendek

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih yang dihiris halus tadi. Kemudian masukkan ayam bersama bahan2 perapan, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air dan kacau rata.
  2. Masak hingga ayam empum dan kuah pekat. Tambah bawang besar dan hirisan daun bawang. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu boleh tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan.
Simple kan resepi ini
Jumpa lagi...

Ahad, 6 Julai 2014

ANKUR ARORA MURDER CASE

Assalammualaikum wbt

Semalam saya menonton sebuah filem hindustan bertajuk Ankur Arora Murder Case.  Ilmu perubatan dan ilmu perundangan bersatu dalam filem ini.  Penuh debaran dan infomatif.  

Ankur Arora seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dan pesakit apendix, sejam sebelum pembedahan dibuat dia telah makan beberapa keping biskut kerana dia lapar.  Sepatutnya dia perlu berpuasa selama beberapa jam sebelum dibedah.  Akibat terlupa buat prosedur Ryler, Dr Asthana telah melakukan kesilapan.  Beliau terlupa membersihkan perut Ankur Arora sebelum melakukan prosedur pembedahan.

Ibu kepada Ankur Arora iaitu Nandita Arora telah menfailkan saman kepada pihak Hospital.  Kes dibicarakan di mahkamah tetapi peguam pendakwa seorang wanita Kajori Sen yang menguruskan kes ini mempunyai hubungan sulit dengan peguam pembela pihak hospital.  Kajori Sen didapati hamil dan minum racun untuk membunuh diri.  Pil menggugurkan anak.  Kajori Sen terselamat. 

Apa yang penting seorang doktor tahu istilah perubatan.  Orang biasa tidak mengetahui maksud E.D = Mati pucuk.  

Jumpa lagi.

Sabtu, 5 Julai 2014

RAMADAN JANGAN PERGI

Assalammualaikum wbt

Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi akan mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman sebagai pelakon utama. Sheila Rusly pula berlakon sebagai ibu Firdaus Rahman dalam drama tersebut . Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo. Jangan lupa saksikan drama ‪#‎RamadanJanganPergi‬ yang akan menemani anda sepanjang bulan puasa ini., bersiaran mulai 25 Jun 2014 iaitu setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.
 
TAJUK : Ramadhan Jangan Pergi
EPISOD : 15
TARIKH :  25 Jun 2014 (Selasa - Khamis / 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jinggo, Azman Hai Yahya
SKRIP : Sofia J.Rhyland / Sheila Rusly
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Rahman, Siti Saleha, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani

SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
 
 

Jumaat, 4 Julai 2014

KIFARAH 2

Assalammualaikum w.b.t.

Sedang layan TV3 teledrama Kifarah 2 - Al Amin. 

Namun begitu, saya ingin uar-uarkan drama RINDU AWAK 200% ditunda tayangannya pada 15 Julai 2014 atas sebab-sebab teknikal oleh TV3.  Tak sabar nak tengok Ayda Jebat AF9 dan Zul Ariffin berlakon bersama.

Jom setkan tayangan tu...

Jumpa lagi.

Khamis, 3 Julai 2014

ULANGAN DRAMA SEINDAH SAKURA

Assalammualaikum wbt







DRAMA ADAPTASI NOVEL SEINDAH SAKURA
PENERBIT ALAF DUA PULUH SATU SDN BHD
PENULIS LIZA ZAHIRA
PRODUKSI TEMENGGUNG PICTURE
TAYANGAN ULANGAN JAM 9.30 PAGI - 10.30 PAGI TV3 (3/07/2014)

Rabu, 2 Julai 2014

HARI KEEMPAT RAMADAN

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah dapat juga meneruskan puasa sehingga hari ini dan berharap dapat penuhkan walaupun tahu akan ada terang bulan terang sekali dalam sebulan *wink-wink*

Tunggu dan lihat

Insha-Allah.

Jumpa lagi.


Selasa, 1 Julai 2014

DRAMA RINDU AWAK 200% 14 JULAI 2014



NOVEL ADAPTASI RINDU AWAK 200%
PENERBIT ALAF DUA PULUH SATU SDN BHD
PENULIS LIYANA ZAHIM
PRODUKSI CREATIVE SKILL SOLUTIONS
RANCANGAN AKASIA TV3 JAM 7 MALAM