Ahad, 9 Oktober 2011

09 Oktober 2011 / 10.35 pagi

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan selamat sejahtera;

Alhamdulillah hari ini saya sihat.  selepas menempuhi sepanjang hari kelmarin kesakitan sepanjang hari.  dengan kesihatan yang mengizinkan hari ini saya mampu untuk berblog dan berfacebook.  saya bersyukur dengan kesihatan yang diberikan sejak awal pagi. 

Ubat-ubatan dari hospital telahpun di telan, kena rajin-rajin minum ubat, agar tidak sakit dan sentiasa sihat.  macam-macam ubat kena telan akhirnya diakui yang paling pahit adalah untuk kepala, nama ubat CAFERGOT dan PROCHLORPSRAZINE ubat ni bila perlu saja minum.  selain itu, doktor juga beri ubat Vitamin B Complex yang rasanya semacam, Mist. Magnesium Trisilicate, dan pelbagai nama ubat yang rasanya kena telan setiap hari.  yang lagi satu Iberet Folic - 500. 

kena rajin-rajin makan ubat moga sentiasa sihat wal'afiat

Sabtu, 1 Oktober 2011

1 Oktober 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera;

Kisah manis, kisah pahit, kisah suka, kisah duka semua orang pasti akan melaluinya sepanjang titian perjalanan hidup selagi umur semakin meningkat.  Saya menikmati kisah manis apabila awal 2011 novel pertama saya mendapat sambutan 'cinta akan indah' oleh para pembaca novel.  terima kasih kepada semua.  

kisah pahit apabila saya dikhianati, kepercayaan dan usaha saya di pertikai, kewibawaan saya di perlekeh, sedihnya saya sehingga saya menghidap penyakit hipotensi, sehingga saya di cekik, saya hanya menjalan tugas yang di amanahkan semata-mata.  salahkah saya? tapi mengapa pada segelintir besar menuduh saya salah?  salahkah saya mempertahankan integriti dan akauntabilit tugas saya? persoalan dalam hati dan minda saya dunia hari ini, yang berlaku jujur dan amanah dalam tugas akan di cemuh, yang menjadi balaci dan bagai lembu di cucuk hidung akan di beri pengiktirafan kerana tidak menentang.  itulah situasi pahit yang perlu saya lalui.  saya harus tabah dan bersabar.

kisah suka? hmm... agaknya setakat hari ini belum ada lagi, apakah kisah suka itu? moga ada kisah suka sebelum akhir 2011. harap-harap...

kisah duka seperti yang telah saya catatkan sebelum ini kehilangan abah amat saya rasai.  saya lepaskan abah pergi, saya sedekahkan al-fatihah dan yasin, ini saja yang saya mampu berikan.  berendam airmata amat meruntun jiwa kehilangan abah tetapi saya kena lepaskan abah.  semoga abah aman di alam sana.  saya sayang abah seperti ayah sendiri.  saya akan rindui abah.  saya tetap ingat segala pesanan abah. Insya'Allah saya akan pegang pesanan abah agar saya menjadi seorang yang jujur, amanah, ikhlas dan setia.  segala nasihat abah akan saya ingati selagi nyawa dikandung badan.  walau sukar untuk menerima kehilangan abah pada mulanya namun saya percaya masa akan mengubah segalanya.

kisah tetap akan menjadi satu cerita dan cerita akan menjadi satu sejarah.  apa juga yang telah berlaku akan berlalu dan menjadi tauladan dan ingatan pada saya.  saya masih mengharap kisah suka akan tiba juga akhirnya.  saya masih mengharap agar kesihatan saya kembali pulih seperti biasa untuk saya meneruskan perjuangan menulis dan terus menulis sebuah manuskrip yang boleh diterima oleh pembaca.  saya mengharap saya akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan berintegriti dan akauntabiliti.

akhir sekali fikir-fikirlah...

Rabu, 28 September 2011

30 Syawal 1432H / 28 September 2011

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Berita dukacita akan saya ingat sampai bila-bila.  Seseorang yang dekat di hati dan menjadi idola sampai bila-bila.  Pemergiannya amat terasa.  Airmata saja yang mampu berbicara di antara dua demensi yang berbeza.  Al Fatihah dan Yassin jadi perantara.  Kesedihan yang terasa ini tidak mampu di tanggung namun saya hanya mampu bersabar dan menangis.  Entah mengapa kesannya amat mendalam dalam jiwa saya ketika ini.  Tangisan sentiasa berlagu di tubir mata. 

Beginilah situasi bagi yang telah kehilangan orang tersayang.  Pesan abah akan sentiasa saya ingat, JUJUR, AMANAH, IKHLAS, SETIA. (JAIS)... Abah (Bapa Mertua).  Pemergian abah pada jam 1.00 pagi 28 September 2011 dengan mudah dan tenang, walaupun pemergiaan abah tanpa saya berada di sisi abah ketika itu kerana lautan yang memisahkan benua antara kami, namun kesannya terasa sehingga ke hati kecil.  Satu kehilangan yang besar pada saya kerana abah seorang yang jujur dan baik.  Moga rohnya dirahmati ALLAH.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Ahad, 25 September 2011

Kurang Sihat

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Hari ini genap 3 minggu saya tidak sihat.  Sejak 11 September yang lalu, saya sering sakit kepala... doktor sahkan 'migrain'.  Masuk minggu ke-2 14 September saya di serang batuk teruk, berkahak dan tekak sakit teramat sangat.  Bila masuk 19 September sekaligus menyerang.. Saya demam panas, badan menggigil ditambah dengan kepala sakit pusing muntah, berkahak, selesema, batuk, dada sakit.  Inilah pertama kali saya sakit teruk.  19-23 September saya perlu outstation terpaksa dibatalkan ekoran masalah kesihatan yang meruncing.  Saya di tahan di hospital likas, di masukkan air, diinjik, di ambil darah untuk sampel.  Disyaki ada penyakit berjangkit akhirnya disahkan saya hanyalah demam dan batuk biasa atau URTI.

Akhirnya genap 3 minggu, badan masih lemah, kepala masih bingung, on-off on-off rasa badan ni tetiba jer nak tumbang, bukan pengsan tapi gelap pemandangan dan rasa hanyut.   Semua kerja terbengkalai.  Nak reedit mss ke-3 ada rasa dan idea tetapi kekuatan diri tidak membantu, kepeningan menguasai.  

Dikesempatan yang sudah menunjukkan rasa sedikit bersemangat saya online hari ini.  Kepala dalam keadaan berat dapat jenguk-jenguk blog rakan penulis seperti Hani Fazuha, Rania Firdaus, Damya-hanna.  dan lain-lain lagi.  

Doakan saya cepat sembuh.


Isnin, 29 Ogos 2011

2011 / 1432H Raya Datang Lagi...

Alhamdulillah. Genap hari ini kita akhir puasa... 
30/08/2011 - 1 Syawal 1432H
31/08/2011 - Merdeka 54 Tahun sejak 31/08/1957
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat islam dan Selamat Hari Merdeka Ke-54 Tahun kepada Rakyat Malaysia... Semoga hari-hari tenang dan damai ini kita syukuri dengan nikmat keamanan selama ini kita kecapi. Merdeka puasa sambut raya, merdeka negara kerana kita! Alhamdulillah...

Ahad, 14 Ogos 2011

Reedit Manuskrip Kedua

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;


Sudah selesai reedit manuskrip kedua.  Saya beri tajuk BRB.  Apa itu BRB nanti saya kongsikan.  Sudah hantar ke Alaf21 pada 13/08/2011, harap melepasi tahap penilaian.  Doakan ye.  Nantikan keputusan sama ada diterbitkan atau kena reedit kali ke-tiga?

Rini Syanira.

Isnin, 1 Ogos 2011

Sahur Pertama

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada semua umat islam di dunia walau di mana jua anda berada saya mengucapkan selamat menjalani sahur pertama dan ibadah puasa selama sebulan.  Semoga amal dan ibadah kita diterima oleh ALLAH S.W.T.

Apa menu pertama sahur anda?

Jumaat, 15 Julai 2011

Sidang

Sidang
Penulis Muda Sabah 2011
"Memartabatkan karya penulis muda"
Tarikh : 23-24 Julai 2011
Tempat : Dewan Besar, DBP Cawangan Sabah

Nota : Saya akan hadir!

Ahad, 3 Julai 2011

Novel Pertama


*CINTA AKAN INDAH* 
"Tak mungkin aku temui cinta sejati kerana kasih sayangmu lebih bererti"
Tarikh terbit : 22 Disember 2010
Penerbit : Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad


Isnin, 20 Jun 2011

Kampung

Perkampungan Sasterawan 2011
Tarikh : 18-19 Jun 2011
Tempat : Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Nota : Saya telah hadir dan mendapat sijil penyertaan.