Jumaat, 26 Julai 2013

Fakta Pensil yang dilupakan

Assalammualaikum w.b.t
 
1. Pensel boleh diselitkan di telinga. Komputer boleh juga nak selit tapi telinga saper?
2. Hujung pensel, kalau tumpul boleh ditajamkan. Komputer kalau tumpul?
3. Pensel harganya murah. Komputer murah juga tp pd org kaya.
4. Pensel boleh menulis dalam air. Komputer? hehehe…
5. Blackout , pensel masih boleh digunakan untuk menulis. Komputer? Org tension psl tak sempat save fail sebelumnya.
6. Pensel boleh untuk main baling-baling.. Komputer juga boleh untuk dibaling, tapi ko mahu cuba rasa dibaling komputer ?
7. Pensel boleh dipakai korek-korek hidung. Komputer , boleh juga tapi bukan lubang hidung aku.
8. Pensel tak boleh terkena virus. Komputer gudang virus
9. Pensel kalau jatuh, bunyi tak kuat, x mengganggu orang tidur. Cuba ko jatuhkan komputer ko, semasa bini ko tgh tido.
10. Pensel boleh diletakkan di bawah bantal. Komputer juga boleh, tapi bantal tuh x boleh bawak tidur.
11. Pensel, boleh menulis dan melukis tanpa program. Komputer tanpa program, apa jadi ?
12. Pensel basah, boleh dijemur. Komputer kalau basah?

Khamis, 25 Julai 2013

Cara Mandi Wajib

Assalammualaikum w.b.t.
 
Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut:
  1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
  2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
  3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
  4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
  5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
  6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
  7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
  8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan. Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Waulahu a’lam.