Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh
menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas
ini.
Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu
sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi.
basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak
dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk
membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke
kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri
pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai
kepada semua bahagian anggota badan.
Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di
atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam
bahasa melayu.
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu
anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana
dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut,
kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari,
kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan,
kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan
air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Sunat Ketika Mandi Wajib
Menghadap kiblat
Membaca basmalah
Membasuh dua tapak tangan
Mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
Berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
Tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
Membasuh sebanyak tiga kali.
Sebab anda perlu Mandi Wajib
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi Wajib
(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.