Bab 1
AREEJ berdiri
serta-merta rasa geram mencengkam jiwa.
Tanpa segaris warna di wajahnya, masam sahaja. Dia berasa dirinya dipermainkan oleh
Emran. Dia pandang Emran dengan tajam,
wajah lelaki itu tidak mencerminkan apa-apa, yang sedang tersengih di
depannya. Emran adalah lelaki yang
dikenali hanya melalui pertembungan di kampus dan teman orientasi mengenali
lelaki itu dan sekarang Emran ada bersama dalam hari terakhir Minggu Destini
Siswi (MDS).
Gambaran
yang tepat untuk menilai lelaki seperti Emran ialah tidak tahu malu. Lengkap segala pakej yang memualkan tekaknya
dan menyempitkan pembuluh darahnya sehingga dia rasa bagai nak cekik mamat
sewel ini. Daripada melayan lelaki
seperti Emran lebih baik dia beredar segera dari sini.
“Areej, dia bukan pelajar dalam bidang kita,”
Suara rakan sekuliahnya menerjah telinga Areej. Nasib agak baik MDS baru saja berakhir petang
Jumaat ini.
“Bagaimana dia boleh terlibat dalam aktiviti kita hari
ini?”
Wajah Areej garang mencuka.
Emran tersengih angkat kening seperti mencabar api amarah
Areej. Mahu sahaja dilempangnya wajah
itu.
Saling pandang memandang antara semua pelajar yang ada di
situ. Ada yang angkat bahu, angkat
kening, kerut muka, mencebik dan bermacam-macam bagai reaksi dengan mimik muka
yang tersendiri. Suara-suara sumbang
juga kedengaran menyindir apabila mendengar soalan lantang Areej.
“Areej aku rasa dia kejar kau,” Nora bersuara perlahan di
telinga kanannya.
“Ha-ah, sejak hari kita melapor diri lagi aku perasan,” Sarah
berdiri di sebelah kirinya.
Rimas pula Areej diperlakukan begitu oleh kedua sahabatnya
yang baru menjalin tali silaturrahim sepanjang MDS berlangsung.
“Siapa dia ni?”
kembali Areej menyoal Sarah bila menyedari dirinya jadi perhatian.
Kedua sahabatnya itu angkat bahu tanda tak tahu.
Emran cuma memerhati gelagat gadis bernama Areej itu. Dia sedar dirinya sedang diperkatakan. Tapi
apakan daya dia tidak boleh melawan rasa hatinya yang sejak akhir-akhir ini
kurang mendengar nasihat. Dia sendiri
serba tidak kena.
“Sudahlah aku rasa aku tak minat nak teruskan aktiviti kita
hari ini,” Areej bergerak menggamit pergi Nora dan Sarah bersama keluar dari dewan.
Emran yang sejak dari tadi diam membisu mula melangkah ke
hadapan Areej. Debaran mula terasa dalam
dada yang menyesak pada Areej. Apa kena
pula Mamat sewel ini sesuka hati sedap mak bapa dia masuk tanpa izin ke sini.
“Eh! Tunggu laaa, dulu…” tangkas pula jari-jemari Emran
menangkap lengan baju kurung Areej.
Gadis berbaju kurung biru muda awan sedondon warna tudungnya itu
benar-benar menawan sukmanya.
Areej terkejut bukan kepalang, berani sungguh lelaki yang
tidak tahu asal usul ini menyentuhnya.
“How dare you!” Areej membutangkan mata, marah Emran. Debaran dadanya kencang tak menentu. Kenapa jantungnya seolah-olah lari dari landasannya.
Emran yang terkejut dengan tindakan drastik dan jeritan Areej
itu, segera melepaskan genggaman tangannya di hujung lengan baju kurung
Areej. Sampai macam itu sekali reaksi
gadis ini belum ada apa-apa pun bagai nak pecah gegendang telinganya oleh jeritan
lantang Areej. Drama mereka menjadi
tontonan bercupak mata. Malu ditolak
tepi.
“Garang gila, lebih dari singa,” Emran senyum bersama kening
terangkat. Dia tak gentar, pengalamannya
dengan ramai gadis tidak menggugatnya kini.
Sikap dan cara Areej itu seperti malu-malu kucing tapi mahu begitulah
apa yang difahaminya sebagai seorang lelaki dewasa. Setiap gadis begitulah sikap mulanya, jual
mahal kononnya, hakikatnya jiwa menggeletek mahu. Dia pasti Areej sebaik sahaja tahu siapa
dirinya sebenar tentu terlenggok dan tersenyum meleret menerimanya tanpa tarik
tali begini. Huh! Dasar perempuan semuanya materialistik, sama
saja.
“Jom pergi, tak payah layan orang sewel,” Sarah pantas memotong cakap.
“Betul kata kau orang sewel yang tak reti bahasa,” Areej
kecilkan mata, sinis sindirannya.
Merah wajah Emran dimalukan begitu.
Siapa yang tak garang kalau lelaki seperti Emran wujud
seperti bayang-bayang. Mengikut ke mana
saja kaki Areej melangkah sama ada di dalam kawasan kampus atau di luar kampus,
ada saja wajah lelaki itu, jika dilihat lelaki itu bukan seorang pelajar. Di Kantin, di Perpustakaan, malah dalam Dewan
Kuliah pun muncul juga wajah tak malu itu.
Mungkin orang-perseorangan yang berurusan di Universiti tempat mereka
belajar ini. Tentunya orang yang ada
berurusan dengan tender, sebutharga memang ramai kelihatan jika dia ke menara
Pentadbiran Universiti kerana kaunter Hal Ehwal Pelajar melalui tingkat yang
sama menguruskan perolehan Universiti.
“Agaknya baru keluar dari tanjung rambutan, jom!” tercetus tawa perlahan Areej.
Pantas mengaja keduanya berlalu. Dia bukan bermaksud mahu mentertawakan Emran
tapi dia mahu memberi sedikit pengajaran kepada lelaki seperti Emran yang tidak
mengenal putus asa itu. Baginya cinta
belum masanya lagi, dia ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul.
Salah orang kau pilih!
Berdetik hati Areej sambil menjeling tajam dan berlalu pergi.
Emran tidak pernah berjumpa gadis secelupar seperti Areej apa
lagi dengan sinisnya Areej mentertawakan dirinya di hadapan khalayak ramai,
kewibawaannya tercabar.
“Tidak semudah itu!”
tegas dan dengan pantas Emran mengheret Areej keluar dari dewan, Nora
dan Sarah terlopong. Areej tidak sempat
berbuat apa-apa bila melihat mata tajam bak helang Emran memberi amaran kepada
kedua sahabatnya. Areej terkedu.
Areej mengetap bibir.
Kenapa lelaki ini tidak tahu malu, sesuka hati bertindak seperti mereka
sudah kenal lama dan tidak gentar dengan perbuatannya memalukan lelaki itu.
“Eh tolong sikit!”
“Banyak pun boleh,”
Areej nak main tarik tali, dia akan simpul tali tersebut
supaya terikat rapi.
“Saya tak kenal awak,” Areej terus berpusing, ingin segera
pergi dari situ tetapi lengan baju kurung birunya dipaut oleh Emran pantas.
“Sebab awak dah kata begitu bolehlah kita berkenalan, kenapa
cepat sangat nak lari dari saya, kita belum habis berkenalan lagi…” Emran
meleret senyum senget.
“Siapa yang nak berkenalan dengan awak, perasan!” selamba Areej menjawab, sengaja mahu
mengenakan Emran. Tanya lagi soalan
pintar tahap satu tu. Lelaki ini betul-betul
sewel.
Emran ketawa kuat mendengar ayat Areej yang lurus bendul
itu. Pertama kali seorang gadis menolak
perkenalan dirinya. Menarik dan manis
itulah yang memikat hatinya tentang Areej.
Emran sendiri tidak mengerti hatinya, sebelum ini minat yang
sofistikated, elegan, elit dan seangkatannya.
Namun mengapa Areej juga yang dikejarnya ke sana ke mari. Sudah
seminggu begini sejak dia terpandang Areej di hentian bas Ekspress, apa
istimewanya gadis itu dia tidak dapat menjawabnya, tetapi debaran dalam dadanya sering
mengundang tindakan luar dugaan kepada dirinya sendiri. Mungkinkah juga kerana faktor penolakan Areej
sejak dari awal. Fikirannya kurang
menerima setiap tindakannya kini. Tapi
dia tetap buat juga.
“Awak nak apa sebenarnya?”
Jika boleh dia tidak mahu kelihatan berbual dengan lelaki
ini. Nanti jadi satu isu pula.
Senyum Emran semakin lebar sambil mengenyit sebelah
mata.
Memang gatal dan penggoda.
“Awak rasa apa yang saya mahu pada awak?”
Emran angkat kening sambil tersenyum-senyum. Soalan yang senang dia jangka dari
Areej. Sering terjadi dia tidak mengerti
mengapa dia perlu terdesak begini, sedangkan tiada yang memaksanya dalam soal
jodoh. Kesannya dia memaksa Areej. Hakikatnya ramai gadis bersedia jika dia
katakan ya. Atau inikah pilihan hatinya
bila melihat gadis ayu berbaju kurung biru laut dan bertudung yang kelihatan
anggun ini sekali lagi.
“Entah tak tahu. Saya
tak kenal awak pun. Kalau dah
terlebih-lebih begini. Awak jangan
salahkan saya jika bertindak di luar kewarasan fikiran,” tajam kata-kata Areej buat Emran
terdiam. Memikirkan maksud kata-kata itu
sebenarnya. Dalam hati Emran menanam
tekad, dia harus ajar Areej sehingga gadis itu sedar yang dirinya tidak punya
apa-apa istimewa padanya.
Emran tahu Areej tidak seberani itu. Emran merenung tajam wajah gadis itu.
Debaran kencang datang semula dan jantung Areej berlari
keluar dari landasannya. Apa ni, kenapa,
apa yang tak kena?
“Okey kita bermula semula… saya Emran, selamat
berkenalan!”
Areej tidak membalas.
Dia sibuk dengan fikirannya. Dia
tidak memahami kenapa dengan hatinya sendiri.
Areej akhirnya mengangkat jari menunjuk ke arah genggaman tangan Emran
di hujung lengan baju kurungnya.
“Tak koyak pun,” selamba badak Emran berkata.
Emran melepaskan cengkaman.
Tanpa amaran dia mengenyitkan mata mengusik lagi Areej yang sentiasa
serius itu. Dengan segaris senyuman
menggoda. Mencairkan setiap mata gadis
yang melihat. Lelaki sekacak Emran
apakah yang dimahukannya dari Areej?
Areej terkejut kerana tidak menyangka Emran akan tersenyum
begitu walaupun telah dilayan dengan buruk.
Areej diam mematung. Oh! Dengupan jantungnya tiba-tiba saja lari dari
landasannya, kenapa ni? Mengapa
tiba-tiba perisai hatinya seakan-akan tergugat.
Ilmu apakah yang sedang diguna Emran ke atas dirinya?